Anda di halaman 1dari 34

TILAWAH BAB 1 : MANUSIA PERLU BERSYUKUR

Intisari ayat Allah beri peringatan kepada musyrikin Mekah mengambil iktibar terhadap kaum dahulu yang dibinasakan Allah kerana tidak bersyukur nikmat-Nya, bahkan melakukan kemungkaran dan kekufuran. Mereka menerima azab yang pedih. Nikmat kurniaan Allah: iman

Islam kesihatan tubuh badan akal fikiran

Cara bersyukur dengan nikmat-Nya Hati Sentiasa ingat Allah Lidah

Merendah diri terhadap kekuasaan-Nya Ucap Alhamdulillah

Baca al-Quran, zikir, tasbih Anggota badan Guna nikmat ke arah kebaikan Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya

Kemusnahan kaum Ad, Thamud, Lut Kaum Ad : Allah beri nikmat tanah subur dan hasil tanaman mewah tetapi mereka kufur dan tolak ajaran Nabi Hus a.s. Mereka dibinasakan oleh Allah dengan puting beliung memusnahkan diri dan harta Kaum Tahmud : Allah beri kekayaan dan hidup mewah tetapi mereka angkuh, tidak beriman dan tuduh Nabi Soleh a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa bumi Kaum Lut : hidup mewah tetapi tolak ajaran Nabi Lut a.s. dan amalkan homaseks. Mereka binasa dengan diterbalikkan negeri mereka Sebab umat terdahulu dibinasakan 1. Menorak ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul 2. Menuduh nabi dan rasul sebagai pendusta 3. Melakukan kemungkaran dan maksiat 4. Tidak mahu bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Tugas manusia sebagai khalifah beribadat kepada-Nya

menegakkan agama Islam melaksanakan amar makruf nahi mungkar membangun dan mengurus alam dengan baik berdasarkan syariat

Pengajaran ayat Allah binasakan umat terdahulu kerana kufur dan ingkar

manusia mesti bersyukur nikmat Allah orang tidak bersyukur diazab Allah

BAB 2 : RASUL PENYAMPAI WAHYU

Tujuan Allah mengutuskan Rasul (peranan Rasul) Membetulkan akidah daripada kesesatan kepada beriman kepada Allah Menjelaskan syariat dan peraturan untuk kebahagian manusia Mengajar / menunjuk cara ibadat yang betul Mendidik manusia supaya berakhlak mulia Mengajar cara hidup bermasyarakat harmoni Memberitahu berita gembira kepada orang yang taat dan azab untuk yang ingkar Menjelaskan adanya alam akhirat yang kekal Bahagian alam ghaib Hanya diketahui Allah seperti masa berlakunya kiamat, rezeki, bentuk kejadian manusia Perkara yang telah berlaku seperti kisah Nabi, kemusnahan umat yang derhaka kepada Allah Suatu yang wujud tetapi tidak boleh dilihat oleh pancaindera seperti malaikat, syaitan Sesuatu yang akan berlaku seperti kemunculan Nabi Isa, Dajjal Perkara yang diketahui manusia melalui ilmu dan kajian seperti jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat / jenis logam yang berharga di dalam bumi Tugas manusia Mencari kurniaan untuk akhirat Berusaha mendalami ilmu pengetahuan Memiliki kemahiran Melaksanakan perintah wahyu Pengajaran ayat Rasul merupakan penyampai wahyu Wajib mentaati Rasul Nabi / Rasul manusia pilihan Allah Kita hendaklah berfikir berlandaskan wahyu Contoh Soalan 1. Jelaskan tiga hikmat Allah mengutuskan para rasul walaupun manusia telah dikurniakan akal. 2. Kategorikan perkara-perkara ghaib serta contoh. 3. Mengapakah rasul dilantik dari kalangan lelaki? 4. Mengapakah manusia perlu berfikir berpandukan wahyu? 5. Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat diambil dari ayat di atas. 6. Jelaskan dua perbezaan di antara wahyu dengan akal. 7. Senaraikan tiga ciri-ciri orang yang beriman dengan wahyu Allah.

BAB 3 : LARANGAN MEMPERSENDAKAN AGAMA

Intisari ayat Terdapat beberapa golongan manusia mempermain dan mempersenda agama mereka tertipu dengan keseronokan dan keindahan hidup dunia dan mengutamakan dunia daripada laksanakan perintah Allah Huraian ayat mempermain/mempersenda meliputi tindakan lisan atau perbuatan yang merendahkan martabat Islam Contoh perbuatan mempersenda agama bangga melanggar perintah Allah

hina gol brtaqwa menyanjung maksiat melanggar syariat seperti tidak solat, puasa, bayar zakat

Golongan mempersenda agama musyrikin: menyekutukan Allah dan nenentang agama tauhid

munafik : menyembunyi kekufuran, menzahirkan keislaman murtad: keluar agama Islam Asi: melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah

Akibat mempersenda agama akidah rosak

mendapat balasan azab di akhirat jiwa menjadi resah gelisah segala kebaikan menjadi sia2

Tuntutan memelihara agama melaksanakan perintah Allah dan menjahi larangan-Nya

melakukan amal solah dan berakhlak mulia menentang kemungkaran melahir nilai keislaman dalam masyarakat

Akibat tidak memelihara agama umat Islam mundur dan ketinggalan

Islam dihina dan dipermain oleh pihak lain maksiat berleluasa umat Islam tidak dihormati dan disisih

Harta kekayaan dan pangkat sebagai ujian harta dan kekayaan kurniaan Allah yang kadang-kadang dijadikan ukuran taraf seseorang

Islam menggalakkan mencari harta kekayaan asalkan harta tersebut halal dan berdasarkan prinsip Islam umat Islam hendaklah jadikan harta sebagai alat kebahagiaan dunia dan akhirat

Pengajaran ayat umat Islam wajib menjaga kesucian agama setiap masa

Islam bukan satu alat kepentingan peribadi

orang yang mempersenda aagama akn dapat azab dan seksaan pedih di akhirat BAB 4 : HIDAYAH MILIK ALLAH

Pengertian Hidayah ialah cahaya petunjuk Allah yang diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menuju ke jalan yang benar Mengapa manusia wajib memohon hidayah 1. Mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. 2. Cara untuk memohon hidayah 3. Menghayati perintah agama 4. Berakhlak mulia Kesan hidayah kepada manusia 1. Berubah daripada seorang yang tidak beriman kepada yang beriman. 2. Peningkatan ketara dalam beribadah 3. Mengamalkan perbuatan baik dan meninggalkan perbuatan mungkar. 4. Rasa gembira dan tenang menjalankan perintah Allah dan menjauhi perbuatan mungkar 5. Tetap beriman walaupun disiksa atau diberi tawaran kesenangan. 6. Terdorong melakukan tugasan amar makruf nahi mungkar Pengajaran ayat 1. Kita wajib menjaga kesucian agama Islam 2. Agama Islam bukan alat kepentingan peribadi atau golongan tertentu. 3. Orang yang mempersendakan agama akan menerima azab yang pedih 4. Wajib menjauhi perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah diri dan agama Islam. Contoh Soalan 1. Nyatakan maksud hidayah. 2. Jelaskan tiga cara untuk mendapat hidayah Allah. 3. Huraikan kesan orang yang mendapat hidayah Allah. 4. Senarai tiga perbezaan sikap antara orang yang mendapat hidayah dan tidak mendapat hidayah. 5. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat di ambil dari ayat di atas.

BAB 5 : AQIDAH TERAS KEHIDUPAN

Matlamat hidup muslim ialah melakukan ibadah semata, untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tugas dan tanggungjawab manusia 1. Diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah. 2. Membina kekuasaan di bumi untuk menjalankan perintah Allah dan sistem hidup yang berteraskan pengabdian diri kepada Allah. 3. Membina prasarana dalam pelbagai bidang pembangunan spiritual dan material untuk membentuk negara maju, hidup dalam kemakmuran. Pengajaran ayat 1. Agama Islam sahaja yang benar dan diredhai Allah. 2. Matlamat hidup orang Islam berteraskan syariat. 3. Manusia bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya. 4. Perbezaan taraf manusia merupakan satu ujian Allah kepada hambanya. Contoh Soalan 1. Terangkan tiga tugas manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. 2. Huraikan dengan ringkas mengapakah para rasul dan sahabatnya dimuliakan oelh Allah. 3. Jelaskan sifat-sifat manusia yang dimurkai oleh Allah. 4. Huraikan implikasi ingkar melaksanakan perintah Allah.

BAB 6 : CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA

Intisari Ayat Allah janjikan kemenangan kepada orang yang tunaikan solat dengan khusyuk, menjauhi daripada perbuatan siasia , mengeluarkn zakat, jaga kehormatan diri, bersifat amanah, menepati janji. Golongan ini pewaris syurga Firdaus dan kekal di dlmnya untuk selamanya. Islam menyeru umat mencapai kejayaan (al-Falah) dunia dan akhirat Huraian Ayat Ciri-ciri mukmin berjaya beriman kepada Allah

solat dengan khusyuk menjauhi perkara keji dan sia-sia keluarkan zakat jaga kehormatan diri tunai amanah dan janji jaga waktu solat

Khusyuk Dalam Solat Khusuk dalam solat ialah tunduk dan rendah diri dengan tumpukan fikiran, hati dan angota ketika solat sematamata kerana Allah Cara khusyuk dalam solat mangagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah

memahami maksud ayat dan lafaz menumpukan pandangan ke tempat sujud tidak bergerak atau berpaling ke kiri dan ke kanan menunaikan solat dengan ikhlas solat dengan tidak tergesa-gesa

Mengeluarkan Zakat Peranan zakat dalam masyarakat membangunkan ekonomi

memberi biasiswa kepada pelajar membantu fakir miskin yang hidup dalam kedaifan memberi latihan kemahiran kepada para penerima zakat

Menjaga Kehormatan Diri Menjaga kehormatan diri adalah memelihara maruah diri daripada perbuatan yang dilarang Islam Cara jaga maruah diri tutup aurat dengan sempurna

jauhi zina dan pergaulan babas hindar diri daripada terlibat dengan perkara keji seperti rasuah dan penipuan amal akhlak mulia

Memelihara Amanah Dan Menepati Janji orang yang mengkhianati janji termasuk dalam golongan munafik

tanda-tanda munafik bercakap bohong mungkir janji pecah amanah melampaui batas ketika bertengkar

Menjaga Waktu Solat cara menjaga waktu solat

kerjakan solat apabila masuk waktu menjaga segala rukun qalbi (hati), qauli (perkataan) dan fikli (perbuatan) bersungguh-sungguh tunaikan solat

Pengajaran Ayat solat hendaklah ditunaikan dengan khusyuk dan ikhlas kerana solat tiang agama

umat Islam hendaklah menjaga maruah dan kehormatan diri setiap masa menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi Muslim

BAB 7 : NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

Intisari Ayat Luqman menasihati anaknya supaya bersyukur kepada Allah, tidak mensyirikkan Allah, berbakti kepada kedua ibu bapa, mendirikan solat, melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tidak bersikap sombong dan bersopan ketika berjln. Segala amalan baik dan jahat akan dibalas di akhirat kelak Huraian Ayat Luqman ialah hamba Allah yang soleh lagi bertaqwa beliau dianugerahkan pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman agama yang mendalam, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi

beliau digelar Al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau. Kisahnya menjadi pengajaran dan teladan kepada manusia

Nasihat Luqman kepada anaknya 1. Jangan melakukan syirik 2. berbuat baik kepada kedua ibu bapa 3. bersabar terhadap bala bencana 4. jangan bersombong 5. melakukan kebaikan dan cegah kemungkaran 6. menunaikan solat Tidak Melakukan Syirik syirik ialah menyekutukan Allah atau menyamakan Allah dengan yang lain sama ada dari segi zat, sifat atau perbuatan-Nya syirik termasuk dosa besar. Orang yang syirik terbatal iman, ibadat tidak diterima dan mendapat balasan neraka Bahagian syirik 1. syirik jali: syirik terang-terangan seperti sembah berhala, sembah pokok dan puja kubur 2. syirik khafi: syirik tersembunyi (tidak nampak) seperti percaya kepada azimat, tangkal, riak dan takbur Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa Sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa ibu bersusah payah mengandungkan anaknya ibu bapa menjaga anaknya hingga dewasa dengan penuh kasih sayang bapa cari nafkah untuk anak sanggup bersusah payah demi kebaikan anak Contoh beradab dengan ibu bapa merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka dengar nasihat mereka mematuhi perintah mereka yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam sentiasa menggembirakan mereka orang yang buat baik kepada ibu bapa akan dapat balasan baik di dunia dan di akhirat manakala orang derhaka akan dapat azab di akhirat Menunaikan Kebaikan setiap mukmin bertanggungjawab menyeru orang lain kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran bersyukur dan berterima kasih adalah amalan mulia dan kita hendaklah berterima kasih kepada Allah dan manusia Tegahan Bersifat Sombong Islam perintahkan kita tegur sapa dan tunjuk wajah manis serta lihat muka ketika berbicara dengan orang lain kita erlu berbicara dengan lembut dan berhemah agar pendengar memahami jelas dan menerima dengan hati terbuka Menghadapi Bencana Kepentingan sabar memperoleh kejayan kerana tidak berputus asa reda hadapi dugaan dan ujian Allah melakukan pekerjaan dengan cermat dan bersungguh-sungguh tidak mudah dihasut syaitan Pengajaran Ayat Allah jadikan kisah Luqman sebagai panduan hidup bagi seluruh umat manusia Islam memberi penghormatan tinggi kepada kedua ibu bapa umat Islam hendaklah beradab sopan dan berbudi bahasa dalam pergaulan

HADITH BAB 8 : MAKANAN YANG BAIK

Hikmah menjauhi makanan dan minuman yang haram 1. Menjaga kesihatan badan 2. Memelihara kewarasan akal 3. Dimakbulkan doa 4. Mendapat pahala kerana mengikut sunnah 5. Menjauhkan diri daripada seksa neraka Hubungan makanan, minuman dan pakaian dengan ibadah ialah sebagai penyebab dimakbulkan doa Syarat rukhsah memakan dan meminum makanan yang haram 1. Hanya terdapat makanan atau minuman yang haram sahaja 2. Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa 3. Makan atau minum bukan untuk kenyang Hikmah rukhsah memakan dan meminum yang haram di dalam keadaan darurat 1. Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga 2. Melambangkan ajaran Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya. Pengajaran hadith 1. Umat Islam mestilah prihatin terhadap makanan atau minuman yang halal dan bersih. 2. Wajib menghindari makanan atau minuman yang haram. 3. Allah tidak menerima doa hambaNya yang mengambil makanan atau minuman yang haram. 4. Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat, bersih dan sesuai. Contoh Soalan 1. Jelaskan tiga hikmah memakan makanan yang halal. 2. Terangkan ciri-ciri makanan yang halal dan haram. 3. Islam mementingkan makanan yang berkhasiat dan halal Jelaskan tiga akibat mengabaikan tuntutan tersebut. 4. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat di ambil dari haditj di atas.

BAB 9 : PERPADUAN TERAS KEMAJUAN

Sifat-sifat umat Islam yang menghalang kemajuan 1. Dengki (al-hasad) 2. Benci-membenci (al-ghadhab) 3. Menipu (al-najasy) 4. Berpaling muka 5. Jual beli (diatas jualan orang lain) Sebab umat Islam haram bersifat hasad, menipu, berdusta dan membenci 1. Perbalahan dan permusuhan dalam persahabatan 2. Suka melihat orang lain susah 3. Mementingkan diri sendiri Cara memupuk perpaduan 1. Memupuk kasih sayang di antara anggota masyarakat 2. Mengamalkan sikap tolong-menolong dan saling bekerjasama 3. Memelihara hak orang lain dengan menghormati maruah dan budaya mereka 4. Bertolak ansur dan prihatin terhadap masalah jiran dan masyarakat 5. Mengamalkan budaya ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjung 6. Bersikap patriotik dan sayangkan negara. Pengajaran hadith 1. Semua orang Islam bersaudara 2. Perpaduan sangat penting kepada kestabilan bangsa dan negara 3. Mengekalkan perpaduan adalah tanggungjawab semua rakyat 4. Sifat dengki-mendengki akan menghancurkan ukhwah islamiyyah Contoh Soalan 1. Senaraikan larangan-larangan yang terdapat dalam hadith. 2. Jelaskan tiga sebab larangan berhasad dengki berdasarkan hadith di atas. 3. Huraikan tiga akibat mengingkari larangan berhasad dengki dan benci membenci. 4. Jelaskan tiga langkah untuk menyatupadukan ummah.

AKIDAH BAB 10 : PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN Pengertian Iman Iman dari segi bahasa bererti percaya. Menurut istilah ahli sunnah wal jamaah ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota Kepentingan Dan Keperluan Iman Dalam Kehidupan membentuk keperibadian Muslim sejati berani tegakkan kebenaran sabar dan reda menghadapi rintangan dan dugaan pencetus semangat jihad Perkara Yang Membatalkan Iman 1. syirik 2. kufur 3. riddah 4. khurafat 5. sihir 6. nifak Syirik Syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan-Nya. Syirik boleh berlaku melalui pemujaan, penyembahan atau permintaan kepada sesuatu selain dari Allah Bahagian syirik 1. Syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti sembah berhala dan sebagainya 2. Syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat atau syirik secara sembunyi seperti percaya kepada tangkal, riak, ujub, takbur Kufur Kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. orang yang melakukannya adalah kafir Bahagian Kufur 1. Kufur hakikat: ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa Rasulullah. Contoh: tidak mengakui adanya balasan di akhirat, tolak hukum yang ada dalam al-Quran dan menyatakan solat membuang masa 2. Kufur nikmat: mengingkari pencipta atau Allah sebagai pemberi nikmat kepada maknusia dan makhluk ciptaan-Nya seperti guna nikmat ke jalan maksiat, tidak keluarkan zakat/sedekah dan sebagainya Faktor Kufur pegangan agama lemah terpengaruh dengan hawa nafsu tg ingin keseronokan dan kebebasan terlalu mengejar kesenangan dunia hingga ketepikan agama kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan perbuatan kufur untuk memenuhi keperluan hidup Contoh Soalan 1. Kufur ialah tidak mempercayai ajaran Allah serta menengkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Tuliskan dua contoh kufur hakikat dan kufur nikmat. 2. Jelaskan dua kesan ke atas individu yang kufur. 3. Huraikan tiga akibat perbuatan kufur terhadap masyarakat. 4. Terangkan dua faktor luaran yang mendorong seseorang menjadi kufur.

Riddah Riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam. Orang yang keluar agama Islam dihukum murtad Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara: 1. iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam 2. perkataan: mengisytihar keluar Islam 3. perbuatan: menganut agama selain Islam Faktor Riddah: lemah pegangan agama jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam terpengaruh dengan tawaran kebendaan tidak bimbingan memahami Islam
Kesan Riddah perkahwinan terbatal

haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam menjadi penghuni neraka selama-lamanya

Cara Menangani Orang Murtad memberi nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada Islam

memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf melaksanakan hukum hudud (bunuh)

Hikmah Hukuman Bunuh Kepada Orang Murtad memberi amaran bahawa Islam tidak boleh dipermainkan

menghindar masyarakat Islam daripada huru-hara dan berpecah-belah menghalang perbuatan yang mencemarkan kesucian Islam dan perkara-perkara yang memburukkannya

Contoh Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan murtad? 2. Jelaskan dua kesan daripada perbuatan murtad. 3. Terangkan dua langkah menangani masalah murtad dalam masyarakat.

Khurafat Khurafat ialah kepercayaan atau amalan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam Contoh Perbuatan Khurafat mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya

membuang anjak bagi menghalau hantu mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial mempercayai kubur yang dianggap keramat

Faktor Khurafat Masih Berterusan iman kurang matap terhadap Allah

terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan khurafat ambil langkah mudah cepat kaya wujud tempat pemujaan khurafat

Cara Mengatasi Khurafat menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu

mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat memberi kesedaran tentang keburukan khurafat mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap keramat

Kesan Buruk Khurafat menyebabkan syirik dan terbatal iman

membazir masa, tenaga, harta masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia menyekat akal berfikir logik dan sistematik

Sihir Sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan . sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia Akibat Sihir merosakkan akidah dan membatalkan iman

memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim membazir wang, masa, tenaga

Nifak
Nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah. orang yang melakukannya digelar munafik Ciri-Ciri Munafik 1. bercakap bohong 2. khianat apabila diberi amanah 3. mungkir janji 4. melampaui batas apabila bertengkar Akibat Buruk Munafik menghilangkan sikap percaya-mempercayai

melemahkan perpaduan masyarakat menghancurkan kekuatan umat Islam menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam

BAB 11 : DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH Pengertian Dosa Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah S.W.T. dan meninggalkan suruhan-Nya. Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar Asi. Dua Jenis Dosa: Dosa besar:kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh Dosa kecil: kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia Faktor Manusia Melakukan Dosa terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa melawan percakapan mereka meniggikan suara ketika bercakap tidak dengar nasihat dan teguran mereka melayan mereka dengan kasar Contoh Soalan 1. Senaraikan dua contoh perbuatan menderhakai ibubapa. 2. Sebutkan dua sebab seseorang anak wajib mentaati kedua ibubapanya. 3. Jelaskan dua ciri anak yang bertanggungjawab terhadap ibubapanya. Menipu Dan Berbohong menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen Mencuri Dan Merompak mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak masyarakat hidup tidak aman dan tenteram dipandang hina oleh orang dipulau dan disisihkan masyarakat timbul pergaduhan dan permusuhan negara tidak aman dan tenteram Makan Riba Riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses pertukaran barang, wang, hutang-piutang dan sebagainya Jenis Riba

Riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang sama jenis seperti pertukaran beras dengan beras Riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaran Hikmah Pengharaman Riba membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia mewujudkan kestabilan ekonomi melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong mencegah sifat pentingkan diri sendiri Makan Harta Anak Yatim anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan silaturahim mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta Lari Dari Medan Perang perang jihad ialah peperangan antara orang Islam dengan kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam setiap rakyat yang baligh dan berakalserta berkeupayaan menyertai jihad wajib mempertahankan kesucian Islam orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besar Akibat Lari Dari Medan Perang dipandang hina umat Islam ditindas balasan neraka merendah martabat agama dan umat Contoh Soalan 1. Apakah hukum ke atas orang yang lari dari medan perang. 2. Terangkan dua akibat lari dari medan perang. Mengumpat Dan Memfitnah mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti Sebab Mengumpat Dan Memfitnah ingin lihat orang menderita dan susah tidak mahu mengakui kelebihan orang takut persaingan hidup sikap buruk sangka terhadap orang Akibat Mengumpat Dan Memfitnah dibenci dan dipandang hina berlaku pergaduhan dan permusuhan masyarakat Islam mundur hidup menderita dunia dan akhirat Cara Mengatasinya menyemai kasih sayang sesama Islam reda dengan ketentuan Allah sentiasa muhasabah diri meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh

Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat Minum Arak Dan Menagih Dadah Arak ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada buah yang diperam Faktor Minum Arak arak mudah didapati terpengaruh dengan rakan yang liar tiada penguatkuasaan undang-undang dadah pula ialah sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir seseorang Hukuman hudud terhadap peminum arak ialah disebat 40 kali Hikmah Pengharaman Arak Dan Dadah menjaga kewarasan akal fikiran elak berlaku pergaduhan dan permusuhan kekalkan kesihatan fizikal dan mental mengelak penyakit berbahaya seperti AIDS dan sebagainya Langkah Pencegahan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat iba bapa hendaklah prihatin dengan kehidupan anak-anak kempen tentang bahaya arak dan dadah amal gaya hidup sihat dengan adakan aktiviti kemasyarakatan, riadah Kesan Minum Arak Dan Menagih Dadah Terhadap Individu membazir wang, masa, harta menjatuhkan maruah diri dan keluarga terdedah kepada jenayah lalai daripada mengingati allah Terhadap Negara Dan Masyarakat menjadi mundur dan tidak tenteram banyak wang negara dihabiskan bagi sediakan pusat pemulihan hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat terdedah kepada penjajahan dan penindasan kuasa asing Contoh Soalan 1. Jelaskan tiga kesan buruk perbuatan minum arak terhadap individu. 2. Terangkan dua hikmat Islam mengharamkan arak dan dadah. 3. Terangkan dua langkah untuk mencegah perbuatan minum arak dan dadah.

Zina Zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sah Faktor Zina kurang pendidikan agama pergaulan bebas lelaki dan perempuan mengunjungi tempat maksiat membaca dan menonton bahan lucah Kesan Zina menjatuhkan maruah diri dan keluarga mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannya Hukuman Penzina penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin) direjam hingga mati penzina yang belum berkahwin disebat 100X sebatan Menuduh Zina (Qazaf) menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang saksi yang adil hukumannya 80 kali sebatan Syarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina: berakal baligh atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa) mengetahui haramnya qazaf bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh Liwat Dan Musahaqah Liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks/gay) Musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan (lesbian) Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah terpengaruh dengan budaya liar membaca dan melihat bahan lucah tiada undang-undang tegas kurang didikan dan pengetahuan agama Akibat Liwat Dan Musahaqah institusi perkahwinan runtuh dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis dapat balsan azab di akhirat maruah diri, masyarakat, agama tercemar Membunuh Diri Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri Punca Bunuh Diri kecewa dengan rahmat Allah anggap bahawa bunuh diri jalan penyelesaian terhadap masalah tidak sanggup menghadapi kegagalan hidup

Cara Mengatasi Bunuh Diri hendaklah yakin dengan rahmat Allah berusaha memajukan diri dengan syariat Islam memberi pendidikan agama sejak kecil mengingati bahawa dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi Contoh Soalan 1. Huraikan kesan daripada perbuatan bunuh diri terhadap individu. 2. Kemukakan dua sebab gejala membunuh diri masih berlaku dalam masyarkat Islam hari ini. BAB 12 : TUNTUTAN TAUBAT Pengertian Taubat Taubat ertinya kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah-Nya. Syarat-syarat Taubat menyesal terhadap maksiat yang dilakukan berhenti melakukan perbuatan tersebut dengan segera berazam tidak akan ulang perbuatan tersebut memohon maaf jika kesalahan tersebut berkaitan manusia Hikmah Taubat memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali ke jalan Allah memberi ketenangan hati kepada Muslim yang bertaubat mendapat keampuan serta petunjuk Allah Contoh Soalan 1. Sebutkan hukum bertaubat ke atas orang yang melakukan dosa. 2. Jelaskan syarat-syarat taubat yang diterima oleh Allah s.w.t. 3. Terangkan tiga sebab diperintahkan ke atas umat Islam yang melakukan dosa supaya segera bertaubat.

IBADAT BAB 13 : LAMBAIAN KAABAH Sunat Haji 1. Mandi ketika hendak ihram di miqat 2. Sembahyang dua rakaat sebelum niat ihram 3. Memakai pakaian ihram berwarna putih 4. Memotong kuku 5. Membanyakkan talbiah ketika ihram sehingga melontar di jamratul aqobah 6. Mandi ketika hendak mausk kota makkah dan keika hendak wuquf 7. Membanyakkan tahmid, zikir dan doa 8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf 9. Berturut, 7 pusingan tawaf 10. Bermalam di mina pada 9 zulhijjah 11. Melewatkan tempoh berada di arafah hingga terbenam matahari 12. Berada di muzdalifah hingga subuh 13. Keluar dari tempat saie melalui pintu sofa Hikmah Kepada Masyarakat 1. Saling berkenalan sesama umat islam 2. Membantu mempertingkatkan ekonomi umat islam 3. Menyatupadukan umat islam tanpa mengikut bangsa dari seluruh dunia 4. Meneguhkan hubungan persaudaraan umat islam Wukuf Wukuf ialah berada di padang arafah di antara gelincir matahari 9 zulhijjah hingga terbit fajar 10 zulhijjah walaupun seketika Hikmah Wukuf 1. Mengingatkan semula tempat pertemuan nabi adam dengan hawa setelah berpisah 2. Menimbulkan keinsafan kepada jemaah haji bahawa manusia adalah sama disisi Allah 3. Mengingatkan kita kepada perhimpunan di padang mahsyar Contoh Soalan 1. Ibadat haji adalah rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh umat Islam. Sebutkan dua perkara sunat ketika mengerjakan haji. 2. Terangkan dua hujah yang membuktikan bahawa ibadat haji dapat membentuk perpaduan ummah. 3. Bilakah masa wukuf di Arafah? 4. Terangkan dua hikmah amalan wukuf.

BAB 14 : SEMBELIHAN 1 Sembelihan: menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memotong urat halkum dan urat merih dengan menggunakan benda-benda yang tajam selain kuku dan tulang kerana Allah 2 Hukum sembelihan adalah wajib dengan tujuan dimakan dagingnya 3 Rukun sembelihan: (a) penyembelih: Islam; tidak dalam ihram haji atau umrah. (b) binatang yang disembelih: halal dimakan; mati dengan sekali sembelihan; putus urat halkum dan urat merih.
4 Hikmah sembelihan: (a) mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat. (b) memastikan daging yang dimakan bersih dan bermutu. (c) sebagai tanda penghormatan manusia ke atas makhIuk lain. (d) membezakan antara daging yang halal dengan daging yang haram.

BAB 15 : KORBAN AMALAN MULIA 1 Pengertian: Menyembelih binatang ternakan (Al-Anam) pada Hari Raya Aidiladha atau hari-hari Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah. 2 Hukumnya sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. 3 Syarat sah korban: (a) binatang yang sudah cukup umur; (b) binatang yang sihat dan tidak cacat; (c) diniatkan korban ketika menyembelih; (d) disembelih oleh orang Islam; (e) binatang ternakan yang halal dimakan.
4 Hikmah korban: (a) mengingati dan menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail; (b) memberi peluang kepada fakir miskin bersama-sama menikmati daging korban; tanda kesyukuran atas nikmat Allah; (c) memupuk semangat berkorban (d) meningkatkan syiar Islam. 5 Waktu sembelihan: selepas Aidiladha hingga terbenam matahari pada ketiga belas Zulhijjah.

BAB 16 : AKIKAH 1 Pengertian : Menyembelih binatang ternakan yang tertentu sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat cahaya mata yang baru. 2 Hukum berakikah: sunat muakkad.
3 Kadar binatang akikah: (a) kanak-kanak lelaki: dua ekor kambing atau dua bahagian daripada seekor lembu, kerbau, atau unta; (b) kanak-kanak perempuan: seekor kambing atau satu bahagian daripada seekor lembu, kerbau, atau unta.

4 Syarat sah akikah: (a) niat sembelihan kerana Allah; menyembelih binatang ternakan yang halal menyembelih binatang yang tidak cacat menyembelih binatang yang sudah cukup umur memenuhi syarat-syarat sembelihan. 5 Hikmah akikah. (a) tanda kesyukuran kepada Allah kurniaan zuriat; (b) menggalakkan amalan bersedekah; mengeratkan silaturahim antara keluarga bayi dengan masyarakat setempat; mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam.

(c) (d) (e)

(b)

(c) (d)

BAB 17 : JUAL BELI DAN SEWA JUAL BELl 1 Definisi: menukarkan barang dengan barang mengikut cara yang tertentu. 2 Rukun jual beli: (a) penjual dan pembeli: Islam, mukallaf, kemahuan sendiri, merdeka, tidak bankrap, atau hartanya ditahan; (b) barang jualan: bersih dan suci, berfaedah, kepunyaan penjual atau wakilnya, boleh menyerahkan barang ketika akad, penjual dan pembeli mengetahui jenis, sifat, dan keadaan barang; (c) harga: bersih, milik pembeli, mampu diserahkan oleh pembeli kepada penjual, penjual dan pembeli mengetahui jenis mata wang yang digunakan; d) ijab dan kabul tidak diselangi dengan perkataan yang lain, bersamaan dengan ijab dan kabul, tidak boleh ditaklikkan, dan tidak boleh dihadkan masanya. SEWA 1 Definisi: perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dan suatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan penjanjian yang telah ditentukan. 2 Rukun sewa: (a) penyewa dan pemberi sewa; (b) bayaran sewa; (c) manfaat. 3 Tamat kontrak sewa: (a) barang sewaan rosak, hilang, atau musnah; (b) batal kontrak; (c) tidak menepati syarat-syarat kontrak; (d) kontrak sewa tamat.

GADAIAN

BAB 18 : GADAIAN DAN SYARIKAT

Pengertian Bahasa : menahan sesuatu Syarak : sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendpatkan pinjaman Rukun Gadaian 1. Penggadai 2. Pemegang gadai 3. Barang yang digadai 4. Ijab dan qabul 5. Barang yang diberikan kepada penggadai (bayaran) Syarat Sah Gadaian 1. Harta yang digadai sah untuk dijual beli 2. Orang yang menggadai dan yang menerima akil baligh 3. Dengan kerelaan sendiri 4. Kepunyaan sendiri 5. Tidak boleh merugikan orang yang menggadai 6. Tidak boleh merugikan orang yang menerima gadai Perkara Yang Membatalkan Gadaian 1. Barang yang digadai diserah semula kepada penggadai 2. Penggadai telah membayar semua hutangnya 3. Barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah 4. Pemegang gadai membatalkan gadaiannya 5. Penggadai meninggal dunia 6. Barang digadai rosak 7. Barang digadai telah disewa, dihibah atau disedekahkan kepada orang lain Hikmah Gadaian 1. Memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan 2. Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang 3. Memberi peluang kepada umat Islam mengembangkan ekonomi 4. Melahirkan sifat kerjasama dan kasih sayang antara satu sama lain Contoh Soalan 1. Sebutkan tiga rukun gadaian. 2. Terangkan tiga perbezaan antara amalan gadaian Islam dengan gadaian bukan Islam. 3. Terangkan dua perkara yang membatalkan gadaian. 4. Huraikan dua hikmah diharuskan gadaian SYARIKAT 1 Definisi: perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau lebih. 2 Rukun syarikat: a) ahli syarikat: berakal, baligh, merdeka modal lafaz akad

b) c)

3 Perkara yang membatalkan syarikat: a) syarikat dibatalkan oleh salah seorang rakan kongsi hilang kelayakan seperti gila yang berterusan salah seorang rakan kongsi mati atau membatalkan penyertaan dalam syarikat.

c)

b)

BAB 19 : HUTANG, INSURANS DAN SAHAM HUTANG Pengertian Hutang ialah memberi sesuatu barang atau menfaati kepada seseorang yang boleh dikembalikan Hukum Memberi hutang asalnya sunat menjadi wajib dalam keadaan tertentu Membayar hutang adalah wajib, haram menangguhkan pembayaran hutang bagi orang yang mampu Rukun Berhutang 1. Penerima dan pemberi hutang 2. Barang yang diberi hutang adalah milik penuh pemberi hutang 3. Sighah iaitu akad pemberi hutang Hikmah Diharuskan Hutang 1. Membantu golongan susah 2. Mengelakkan sifat malas dan suka meminta-minta secara percuma 3. Mengelakkan penindasan pihak yang kaya kepada yang miskin 4. Memberi peluang orang miskin membaikkan taraf ekonomi Contoh Soalan 1. Apakah maksud hutang menurut syarak? 2. Jelaskan dua perbezaan antara hutang dengan riba. 3. Apakah hukum memberi dan membayar hutang? 4. Terangkan tiga hikmah Islam membenarkan seseorang berhutang. INSURANS

Definisi: faedah yang diperoleh apabila satu kumpulan menggembleng tenaga dan sumber serta berikrar untuk saling tolong-menolong apabila ditimpa masalah.

2 Prinsip Insurans (a) pemegang polisi bekerjasama bagi mengadakan faedah bersama; (b) suatu perjanjian bantu-membantu di kalangan pemegang polisi; (c) tidak mempunyai unsur gharar (penipuan); (d) bertujuan memberi keuntungan kepada ahli. 3 Insurans Islam: (a) bebas daripada unsur gharar; (b) tidak terdapat unsur judi; (c) tidak mengandungi unsur riba.

SAHAM 1 Definisi: sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat untuk dijadikan sebagai alat pemilikan. 2 Saham merupakan suatu jual beli di mana pembeli ditangguhkan penyerahan barang hingga satu tempoh yang ditetapkan.

Sumber modal bagi sesebuah syarikat: (a) pemegang-pemegang saham; (b) pinjaman; (c) kadar tertentu daripada keuntungan syarikat.

SIRAH BAB 20 : KERAJAAN KHULAFA AR-RASYIDIN TAJUK : SAIDINA ALI BIN ABI TALIB Perlantikan Khalifah Ali bin Abi Talib 1. Selepas pembunuhan Saidina Usman bin Affan, negara berada dalam keadaan kurang stabil. 2. Puak pemberontak telah meminta Ali mengambil alih kepimpinan negara menggantikan Saidina Usman. 3. Pada awalnya Saidina Ali enggan menerima perlantikannya. 4. Apabila melihat keadaan semakin genting akhirnya beliau bersetuju untuk memegang jawatan tersebut. Sumbangan Dan Jasa Menerima jawatan khalifah ketika negara berada dalam keadaan yang tidak tenteram Contoh Soalan 1. Terangkan riwayat hidup Saidina Ali b. Abi Talib r.a. 2. Terangkan dua polisi yang telah dilaksanakan oleh Khlaifah Ali b. Abi Talib bagi mengatasi keadaan negara yang kurang stabil pada ketika itu. TAJUK : SAIDINA USMAN BIN AFFAN Polisi Khalifah Usman bin Affan Khalifah Usman telah mengubah polisi yang telah diamalkan oleh Saidina Umar bin al-Khattab. Antaranya : 1. Memberi peluang terbuka kepada sesiapa jua yang ingin berjihad demi penyebaran agama agama dan memperluaskan pengaruh Islam. 2. Para sahabat tidak lagi dilarang meninggalkan Kota Madinah. 3. Beliau melonggarkan syarat penggunaan harta baitulmal. 4. Menetapkan bahawa al-quraan dibaca hanya menggunakan lahjah (dialek) Quraisy. 5. Ramai gabenor dilantik terdiri daripada kalangan Bani Ummaiyah tetapi masih mengambil kira kepada kelayakan dan kepimpinan mereka. Sumbangan Dan Jasa Khalifah Usman Bin Affan 1. Menyumbang harta kekayaan untuk pertahanan Negara 2. Mengumpul dan membukukan al-Quran dalam satu naskhah. 3. Membesarkan angkatan tentera darat dan laut yang memberi kesan kepada perluasan kuasa dan wilayah. Contoh Soalan 1. Usman b. Affan adalah khalifah dalam pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. beliau telah banyak memberi sumbangan selama menjalankan pentadbiran negara. Terangkan dua daripada sumbangan beliau. 2. Jelaskan dua polisi pemerintahan Khalifah Usman bin Affan.

TAJUK : AKIBAT MEMBELAKANGKAN KEPIMPINAN KHULAFA AR-RASYIDDIN 1. Negara Islam selepas khulafa ar-Rasyiddin dipimpin oleh khalifah secara warisan. 2. Keadaan kacau bilau dengan pembunuhan Khulafa ar-Rasyidin Saidina Usman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Negara Islam terdedah dengan fitnah dan peperangan sesama sendiri. 3. Orang munafik mendapat peluang memecahbelahkan umat Islam. 4. Timbulnya perpecahan aliran pemikiran seperti Ahli Sunnah dan Syiah yang memberi kesan sehingga ke hari ini.

Contoh Soalan 1. Jelaskan dua akibat jika membelakangkan kepimpinan Khulafa Al-Rasyidin.

BAB 21 : KERAJAAN BANI UMAIYAH KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR BIN ABDUL AZIZ
1. Umar bin Abdul Aziz Khalifah Umaiyah yang kelapan daripada 14 orang khalifah Umaiyah. 2. Beliau daripada keturunan Umar bin al-Khattab daripada sebelah ibu Laila Hashim bin Umar al-khattab. 3. Beliau dianggap sebagai khalifah ar-Rasyiddin kelima bagi sesetengah ahli sejarawan kerana sifat, sikap, dan pemerintahan Khulafa ar-Rasyiddin.

Kegemilangannya 1. Mempunyai sifat peribadi yang luhur, tawadduk dan menyayangi rakyat. 2. Beliau membina masjid-masjid serta memberi tumpuan kepada kebajikan rakyatnya. 3. Beliau memecat pegawai-pegawai yang kurang cekap bagi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar. 4. Beliau telah menghapuskan cukai Jizyah golongan Mawali. 5. Beliau telah melaksanakan hukuman dengan adil. 6. Beliau telah memberhentikan penguasaan wilayah dan diganti dengan kerajaan Islam. 7. Ekonomi Negara berada ditahap yang paling tinggi dan kewangan melebihi keperluan. 8. Beliau merupakan Khalifah pertama meminta supaya hadis-hadis Rasulullah ditulis dan dibukukan.
Contoh Soalan 1. Pemerintahan Khalifah Umar b. Abdul Aziz mempunyai persamaan dengan Khulafa al-Rasyidin. Terangkan tiga langkah yang dijalankan oleh Khalifah Umar b. Abdul Aziz yang memberikan kejayaan dalam pentadbirannya.

BAB 22 : IMAM ABU HANIFAH 1 Riwayat Hidup: a) nama sebenar beliau Nukman bin Thabit. Dilahirkan pada tahun 80 Hijrah (699 Masihi) di Kufah b) berketurunan Parsi dan digelar Abu Hanifah kerana salah seorang anaknya bernama Hanifah c) meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah (767 Masihi) ketika berusia 70 tahun d) merupakan pengasas Mazhab Hanafi 2 Pendidikan: a) mempelajari pelbagai ilmu terutamanya ilmu undang-undang Islam sempat belajar dengan beberapa orang ulama sahabat Nabi SAW dan para pengikut baginda turut bergiat dalam perniagaan dan mempraktikkan hukum Islam dalam kehidupan 3 Sumbangan: a) menghabiskan banyak masa untuk mengajar di masjid berfikir secara kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah ulama pertama menyusun kitab fekah secara sistematik mengikut bab dan fasal tertentu menghasilkan kitab fekah Al-Akbar dan Al-Faraid berkebolehan dalam mengeluarkan hukum

b) c)

b) c) d) e)

BAB 23 : IMAM MALIK RAHIMAHULLAH


Riwayat Hidup Nama : Malik bin Anas Tempat lahir : Madinah Tarikh Lahir : 93H /713M Tarikh Meninggal : 179H/798M (berusia 86 tahun) Tempat pengkebumian : Baqie Madinah

Sifat peribadinya : 1. Menghormati ibubapa, berpandangan luas, Teguh pendirian, cerdas dan kuat ingatan. 2. Berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang yang sakit dan mengiringi jenazah. 3. Tawaduk Pendidikan 1. Mendampingi ulama sejak kecil. Menghafa al-quran/al-hadith sejak kecil 2. Tekun mencari ilmu 3. Berguru dengan lebihkurang 900 orang guru terdiri daripada tabie dan tabiat tabiein. 4. Guru pertamanya Imam Abdul Rahman bin Hamzah
Imam Malik Sebagai Guru 1. Mula mengajar sejak berusia 17 tahun. 2. Ketinggian ilmunya telah menarik perhatian guru untuk menghadiri majlis ilmunya. 3. Majlis ilmunya dihadiri oleh penduduk Madinah dan negeri-negeri yang jauh. 4. Muncul Mazhab Maliki dan berkembang luas keseluruh dunia terutamanya Hijaz, Maghribi, Andalus. 5. Majlis pengajarannya dibuat di Masjid anNabawi. Di Madinah. Penghormatan Imam Malik kepada Hadith 1. Sangat menghormati hadis Rasulullah bila ditanya tentang hadis, beliau akan mandi, 2. Memakai pakaian yang bersih, memakai bau-bauan dan memakai serban. 3. Tetap berpegang teguh dengan hadis, menyatakan bahawa hadis adalah petunjuk dan penyuluh kepada seluruh umat Islam. Sumbangan 1. Kitabnya yang masyhur al-Muwatta yang melahirkan aliran pemikiran Mazhab Maliki 2. Al-Muwatta menjadi sumber rujukan utama selepas al-Quran dan alHadis.

Ketegasan Imam Malik 1. Menentang pendapat gabenor Madinah yang bertentangan dengan pendapatnya. 2. Sanggup dipukul kerana mempertahankan Islam. 3. Berani menegur Khalifah Abu Jaafar al-Mansur yang meninggikan suara ketika bermuzakarah di dalam majlis ilmu. 4. Berpegang dengan prinsip murid mencari guru. Contoh Soalan 1. Nyatakan sejarah pendidikan Imam Malik. 2. Imam Malik merupakan tokoh terkemuka dalam ilmu hadis dan sangat menghormati hadis. Nyatakan dua contoh amalan mulia yang ditunjukkan oleh Imam Malik sebagai penghormatan kepada hadis.

BAB 24 : IMAM SYAFIE RAHIMAHULLAH Biodata/ Latar Belakang Nama : Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Othman bin Syafiee bin al Saib. Gelaran : As-Syafie sempena nama datuknya Syafie bin al-Saib. Tempat Lahir : Di Gazza, Palestin Tarikh Lahir : 150H/769M Asal Usul Keturunannya : Kedua ibubapanya berasal dari Mekah al-Mukarramah, Ibunya bernama Fatimah binti Abdullah bin Hassan bin Ali bin Abi Talib. Meninggal : Pada 29 Rejab 204 H /820M di Mesir Sifat Peribadinya : 1. Kuat ingatan dapat menghafal al-Quran ketika berusia 9 tahun. 2. Dapat menghafaz semua pelajaran yang diajar. 3. Rajin, mempunyai peribadi yang sangat tinggi. 4. Berkebolehan tinggi , apabila gurunya tidak dapat mengajar kerana sesuatu urusan. 5. Beliau telah diamanahkan untuk mengambil tempat gurunya mengajar. 6. Sangat gigih menuntut ilmu, sanggup mengembara berjalan kaki. 7. Sentiasa berada disamping gurunya mengajar dan memberi syarahan. Pendidikan: 1. Mula belajar al-Quran pada usia 5 tahun. 2. Mendalami ilmu hadis dan selok belok bahasa Arab daripada pelbagai puak dan kabilah. 3. Menguasai semua lahjah baha dan kebudayaan Arab. 4. Mahir dalam bidang penulisan dan mampu menggubah syair, sajak yang amat indah. 5. Menghafaz al-Muwatta semasa umurnya 10 tahun. 6. Mengajar Hadis yang terdapat dalam al-Muwatta Kata-kata Hikmah Imam as-Syafie 1. Setiap kali bertambah ilmuku, bertambahlah kejahilanku. 2. Perut yang kenyang, akan menambahkan berat badan, membekukan hati, menumpulkan fikiran. Nama-nama Guru Imam as-Syafie 1. Ilmu Hadith : Suffian bin Umaiyah Muslim bin Khalid 2. Ilmu Quran : Ismail bin Qustantin Contoh Soalan 1. Sebutkan tiga bidang ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Imam Syafie yang menjadi warisan kepada umat Islam masa kini. 2. Terangkan tiga kegigihan Imam Syafie dalam menuntut ilmu yang perlu dicontohi oleh seseorang pelajar. BAB 25 : IMAM AHMAD BIN HANBAL (Imam Hambali) 1 Riwayat Hidup: (a) nama sebenarnya Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. Dilahirkan tahun 164 Hijrah (780 Masihi) di Baghdad (b) keturunannya bertemu dengan salasilah Nabi SAW di sebelah neneknya, Mazan bin Maad bin Adnan (c) merupakan ahli sunnah yang terbesar dan zuhud (d) dianggap sebagai Mujaddid bagi abad ketiga Hi[rah (e) meninggal dunia pada tahun 241 Hijrah (855 Masihi) ketika berusia 77 tahun 2 Pendidikan: a) minat dan rajin belajar serta berjaya menghafaz Al-Quran ketika berusia 14 tahun seorang yang amat mencintai ilmu dan sanggup mengembara ke beberapa buah negeri untuk menambah ilmu seperti ke Kufah, Basrah, dan Syam

b)

(c) Iebih cenderung kepada ilmu-ilmu hadis walaupun bijak menyelesaikan masalah-masalah fekah; (d) mengutamakan Al-Quran dalam menetapkan hukum. 3 Sumbangan: (a) menghasilkan karya-karya yang menjadi bahan rujukan dan kajian umat Islam seperti AIMusnad; (b) pendokong utama Mazhab Hambali; (c) bersungguh-sungguh meneliti hadis dalam usaha melindungi hadis daripada pemalsuan BAB 26 : IMAM BUKHARI 1 Riwayat Hidup: a) nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad bin Ismail; dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijriyyah (810 Masihi) di Bukhara b) berketurunan orang alim, soleh dan warak c) meninggal dunia pada tahun 256 Hijriyyah (870 Masihi) ketika berusia 62 tahun 2 Pendidikan: a) mendapat pendidikan awal dengan baik daripada ibunya b) menghafaz Al-Quran ketika berusia 11 tahun dan membetulkan kesalahan gurunya ketika mengajar hadis c) menulis kitab mengenai hadis daripada para sahabat dan perawi hadis ketika berusia 18 tahun d) merantau selama 16 tahun serta berulang-alik ke Baghdad, Mesir dan Syam untuk menuntut ilmu 3 Sumbangan: a) menghasilkan pelbagai jenis kitab dan yang paling masyhur ialah Sahih Bukhari b) berjaya mengumpulkan sebanyak 600,000 hadis dalam kitab tersebut c) menyusun kitab Tarikh al-Kabir yang terdiri daripada hadis-hadis Nabi yang tidak terdapat dalam kitab Sahih Bukhari. BAB 27 : IMAM GHAZALI 1 Riwayat Hidup: a) nama sebenarnya Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Ghazali At-Tusi; dilahirkan pada tahun 450 Hijriyyah (1058 Masihi) di bandar Tus, Khurasan, Iran b) digelar al-Ghazali sempena nama kampung kelahirannya bernama Ghazalah c) seorang ulama, ahli fikir dan ahli falsafah Islam yang terkemuka hingga kini d) meninggal dunia pada tahun 505 Hijriyyah (1111 Masihi) 2 Pendidikan: a) belajar menulis dan membaca serta menuntut ilmu nahu, bahasa Arab, ilmu feqah dan menghafaz al-Quran daripada sahabat bapanya b) mempelajari ilmu di sekolah yang didirikan oleh Perdana Menteri Nizam al-Mulk c) menyambung pelajaran dengan Imam al-Harmain dalam pelbagai bidang ilmu seperti ilmu fekah, ilmu tauhid dan ilmu falsafah 3 Sumbangan a) penasihat agung Perdana Menteri Nizam al-Mulk b) tenaga pengajar di Universiti Nizamiyah di Baghdad c) pendokong mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dan pelopor kepada golongan sufi d) menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi dan yang paling terkenal ialah Ihya Ulumuddin

BAB 28 : AKAL CAHAYA HIDUP 1 Peranan akal: (a) mempertingkat iman dan amal seseorang untuk menuju ke mercu kejayaan (b) berfikir tentang kebenaran, kekuasaan, dan kebijaksanaan AIlah (c) menentukan sesuatu tindakan 2 Adab berfikir: (a) bersumberkan wahyu dan syariat Islam (b) menggunakan akal bagi membezakan antara perkara baik dengan buruk (c) berfikir daripada bukti-bukti kajian saintifik (d) berfikir mengenai maklumat dan fakta yang betul (e) bersumberkan matlamat yang jelas, berfokus, dan terancang 3 Cara berfikir yang betul ialah mengetahui: (a) tujuan berfikir (b) batasan dan kemampuan akal (c) perkara yang difikirkan (d) risiko yang akan berlaku

BAB 29 : ADAB BERHIAS DIRI 1 Adab-adab berhias diri: a) amalan mandi sunat b) gosok gigi c) memakai bau-bauan d) menyikat rambut memotong kuku dan mencabut bulu ketiak menghias muka cara berpakaian bertujuan menutup aurat tidak berniat berbangga diritidak jarang atau ketat tidak menyerupai pakaian agama lain 2 Amalan yang dilarang ketika berhias diri: a) memakai emas atau sutera asli bagi orang lelaki b) berpakaian yang berlawanan jantina menyambung rambut membuat tatu di badan pembedahan anggota badan untuk kecantikan 3 Hikmah berhias diri: a) disukai Allah dan manusia b) memperolehi pahala kerana menzahirkan nikmat Allah menjauhi diri daripada kehinaan memelihara kehormatan diri

e) f) g) -

c) d) e)

c) d)

BAB 30 : ADAB MENJAGA ORANG SAKIT 1 Hukum menziarahi dan menjaga orang sakit adalah fardhu kifayah 2Adab menjaga orang sakit: Aspek rohani: a) mengingatkan pesakit bahawa setiap kesakitan adalah ujian Allah b) membantu pesakit menunaikan kewajipan agama c) menasihati pesakit supaya sabar dan tabah Aspek emosi: menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut memahami keperitan dan kesakitan pesakit mesra dan menunjukkan muka yang manis ketika melayan pesakit Aspek fizikal: menjaga kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat pesakit mengingatkan pesakit supaya makan ubat pada waktunya memberi kerehatan dan bertanya tentang keinginannya 3 Hikmah beradab dengan pesakit: a) merapatkan silaturrahim b) meringankan penderitaan pesakit meningkatkan syiar Islam melahirkan sifat prihatin dalam diri

a)

b) c)

a) b) c)

c) d)

BAB 31 : ADAB AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNKAR 1 Amar Makruf dan Nahi Munkar: menyeru manusia melakukan kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. 2 Orang Islam wajib melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Munkar. 3 Sifat-sifat pendakwah yang baik: a) berilmu: iaitu menguasai ilmu-ilmu agama dalam sesuatu perkara dan memahami maksud AlQuran dan Al-Hadis b) beramal dengan ilmu dan ajaran Islam dengan sempurna c) berakhlak mulia dan berperibadi tinggi 4 Adab Amar Makruf dan Nahi Munkar: a) cara berhikmah b) nasihat yang baik c) berbincang dengan cara yang baik 5 Cara Amar Makruf dan Nahi Munkar: a) memilih masa yang sesuai untuk melaksanakan amar makruf dan nahi munkar supaya menyenangkan pihak pendengar b) menggunakan cara diplomasi sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan menghantar surat kepada pembesar c) tidak melakukan perkara yang boleh membangkitkan kemarahan pihak yang didakwahkan d) memberi hadiah kepada mereka yang baru memeluk Islam supaya mereka gembira dan istiqamah dengan agama Allah

6 Hikmah Amar Makruf dan Nahi Munkar: a) syariat Allah dapat ditegakkan di atas muka bumi ini b) gejala sosial dan perbuatan jenayah dapat dihapuskan c) dapat mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat d) dapat mengangkat martabat agama dan umat Islam.#

BAB 32 : ADAB DI TEMPAT REKREASI 1 Definisi Rekreasi: kegiatan menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan seperti beriadah dan beristirehat 2 Kategori rekreasi: a) aktif: aktiviti lasak yang melibatkan ketahanan fizikal dan mental seperti memanah, berenang dan bersukan b) pasif: aktiviti yang tidak banyak menggunakan tenaga dan pergerakan yang banyak 3 Adab berekreasi: a) berpakaian menutup aurat b) bertanggungjawab menjaga harta awam c) mematuhi peraturan yang disediakan 4 Hikmah beradab di tempat rekreasi: a) memperolehi keredhaan Allah b) memupuk hubungan persaudaraan di kalangan pengunjung c) mengekalkan persekitaran yang bersih dan nyaman d) melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan bertanggungjawab.#

BAB 33 : ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM 1 Takrif Kemudahan Awam: kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan orangramai 2 Kepentingan kemudahan awam: a) memberi kemudahan kepada golongan yang kurang mampu b) membantu ketika kecemasan c) memupuk sikap bertoleransi dalam kalangan masyarakat d) dapat menarik pelancong dan meningkatkan ekonomi negara

3 Adab menjaga kemudahan awam: a) menggunakannya mengikut peraturan yang disediakan


b) bertimbang rasa dengan pengguna lain c) bertanggungjawab terhadap keselamatan kemudahan awam d) tidak melakukan pembaziran atau vandalisme 4 Penyalahgunaan kemudahan awam: a) membuat panggilan palsu kepada pihak polis atau bomba b) menconteng papan-papan tanda jalan raya c) membuang sampah di merata-rata tempat

BAB 34 : ADAB MENZIARAHI JENAZAH 1 Adab-adab menziarahi jenazah: a) berdoa supaya jenazah memperolehi keampunan Allah b) menunaikan solat jenazah c) mengucapkan takziah dan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga si mati d) memberi pertolongan kepada keluarga si mati dalam urusan pengkebumian e) melahirkan perasaan dukacita di atas pemergian si mati 2 Perkara yang dilarang ketika menziarahi jenazah: a) meratap dan meraung kerana berasa kesal terhadap kematian b) tidak redha dengan takdir Allah c) membuat bising atau melakukan perkara yang menyinggung perasaan waris si mati 3 Hikmah menziarahi jenazah: a) dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga si mati dapat menunaikan hak seorang Muslim ke atas Muslim yang lain mengurangkan tekanan emosi keluarga si mati yang kehilangan ahlinya BAB 35 : ZIKRULLAH PENGUBAT HATI 1 Takrif : Berzikir ialah mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan. Hal ini dapat menghubungkan manusia dengan Penciptanya. 2 Adab-adab berzikir: a) menyebut lafaz zikir dengan betul dan memahami maksudnya b) berzikir dalam keadaan bersih dan suci c) zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah d) menyebut dengan nada suara yang perlahan e) tidak berzikir semasa qada hajat (buang air) 3 Sebab perlunya beradab ketika berzikir: a) supaya tidak mengganggu ketenteraman orang lain b) mencapai kesempurnaan ketika beribadat c) lebih berdisiplin ketika menunaikan solat 4 Kerugian orang yang tidak berzikir: a) terdedah dengan perkara mungkar kerana mudah dikuasai syaitan b) lalai menunaikan tanggungjawab terhadap agama c) berada dalam keadaan gelisah BAB 36 : ADAB DENGAN RASULULLAH SAW 1 Adab dengan Rasulullah: a) berselawat kepada Nabi SAW b) bertawadhuk dan bersopan santun c) menziarahi makam Rasulullah SAW mengasihi dan menyayangi sahabat baginda SAW e) beriltizam dengan sunnah Rasulullah SAW 2 Tingkah laku yang tidak beradab dengan baginda SAW: a) tidak mentaati suruhan baginda SAW b) tidak menghormati sahabat baginda SAW membuat bising ketika menziarahi makam baginda SAW 3 Hikmah beradab dengan Rasulullah SAW: a) dikasihi Allah serta mendapat rahmat dan keampunanNya b) c)

d)

c)

b) melahirkan insan beradab sesama makhluk c) dapat mengamalkan sunnahnya 4 Kerugian orang yang tidak mengamalkan sunnah baginda SAW: a) tidak berpeluang menerima syafaat daripada baginda di akhirat b) boleh merosakkan iman c) terhapus pahala atas kebaikan yang dilakukan d) dianggap tidak berpegang dengan ajaran Allah kerana tidak berpegang dengan sunnah rasulNya

Anda mungkin juga menyukai