Anda di halaman 1dari 11

TILAWAH AL-QURAN

Ciri-Ciri Mukmin Berjaya

SURAH AL-MUKMINUN : AYAT 1 - 11


HAFAZAN
MAKSUD AYAT

• Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman


• Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya
• Dan orang yang menjauhi daripada perkara yang sia-sia
• Dan orang yang mengeluarkan zakat
• Dan orang yang menjaga kemaluannya
• kecuali kepada isteri atau hamba mereka maka itu tidak
tercela
• Sesiapa yang mengingini selain dari itu , maka mereka
adalah orang yang melampaui batas
• Mereka yang menjaga amanah dan janji
• Dan orang yang memelihara solatnya
• Mereka itulah yang akan mewarisi
• Iaitu mewarisi syurga Firdaus dan mereka kekal di
dalamnya untuk selama-lamanya
INTISARI AYAT
• Ayat 1 hingga 11 menggariskan ciri-ciri orang
mukmin yang berjaya sebagai panduan
kepada umat Islam dalam mengatur
kehidupan.
• Kejayaan seorang mukmin hendaklah dilihat
berdasarkan sejauh mana dia berjaya
melaksanakan tanggungjawabnya kepada
Allah dan sesama manusia.
• Gesaan supaya menjadi umat cemerlang
banyak sekali terdapat dalam al-Quran.
CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA
BERIMAN KEPADA ALLAH

MENUNAIKAN SOLAT DENGAN KHUSYUK

MENJAUHI DIRI DARI PERKARA KEJI DAN SIA-SIA

MENGELUARKAN ZAKAT

MENJAGA KEHORMATAN DIRI

MENUNAIKAN AMANAH DAN JANJI

MENJAGA WAKTU SOLAT LIMA WAKTU


PANDUAN KHUSYUK
DALAM SOLAT
• Mengagungkan kebesaran dan
kemuliaan Allah
• Memahami maksud setiap ayat dan lafaz
• Tidak mengingati perkara lain
• Memastikan suasana tempat solat tenang
• Menumpukan pandangan ke tempat
sujud
• Memberi sepenuh perhatian kepada Allah
• Ditunaikan secara ikhlas
• Menyempurnakan segala syarat dan
rukun solat
• Merasakan diri seorang hamba yang
berhadapan dengan pencipta.
MENGELUARKAN ZAKAT
• Kita wajib mengeluarkan zakat
apabila telah cukup syaratnya.
• Zakat difardhukan bagi membantu
golongan fakir miskin
• Pusat Pungutan Zakat di setiap
negeri berperanan untuk mengutip
zakat dan digunakan untuk
pelbagai tujuan seperti memberi
biasiswa kepada pelajar,
membantu fakir miskin dan
memberi latihan dan kemahiran
kepada penerima zakat.
MENJAGA KEHORMATAN DIRI

• Orang Islam wajib menjaga kehormatan


diri dan memelihara maruahnya.
• Diantara cara menjaga kehormatan ialah :

1. menutup aurat dengan sempurna


2. menjauhi pergaulan bebas dan zina
3. menyalurkan keinginan nafsu syahwat
melalui perkahwinan
4. menghindari perkara keji seperti rasuah
MEMELIHARA AMANAH
DAN JANJI
• Kita wajib menunaikan
amanah dan menepati
janji terhadap Allah dan
manusia
• Mereka yang
mengkhianati janji
termasuk dalam
golongan munafik.
MENJAGA WAKTU SOLAT

• Kita wajib menunaikan


solat dengan sempurna
pada waktunya.
• Solat yang khusyuk dapat
menghindari perbuatan
keji dan mungkar.
• Solat menjadi pemisah di
antara keimanan dan
kekufuran kepada Allah.
PENGAJARAN AYAT
• Tunaikanlah solat dengan khusyuk kerana ia
merupakan tiang agama
• Allah telah menjelaskan ciri-ciri mukmin
berjaya sebagai panduan
• Umat Islam hendaklah sentiasa memelihara
kehormatan dan maruah diri
• Menunaikan janji adalah sifat peribadi
mukmin
• Setiap orang Islam mesti berazam untuk
berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat

Anda mungkin juga menyukai