• Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya • Dan orang yang menjauhi daripada perkara yang sia-sia • Dan orang yang mengeluarkan zakat • Dan orang yang menjaga kemaluannya • kecuali kepada isteri atau hamba mereka maka itu tidak tercela • Sesiapa yang mengingini selain dari itu , maka mereka adalah orang yang melampaui batas • Mereka yang menjaga amanah dan janji • Dan orang yang memelihara solatnya • Mereka itulah yang akan mewarisi • Iaitu mewarisi syurga Firdaus dan mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya INTISARI AYAT • Ayat 1 hingga 11 menggariskan ciri-ciri orang mukmin yang berjaya sebagai panduan kepada umat Islam dalam mengatur kehidupan. • Kejayaan seorang mukmin hendaklah dilihat berdasarkan sejauh mana dia berjaya melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah dan sesama manusia. • Gesaan supaya menjadi umat cemerlang banyak sekali terdapat dalam al-Quran. CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA BERIMAN KEPADA ALLAH
MENUNAIKAN SOLAT DENGAN KHUSYUK
MENJAUHI DIRI DARI PERKARA KEJI DAN SIA-SIA
MENGELUARKAN ZAKAT
MENJAGA KEHORMATAN DIRI
MENUNAIKAN AMANAH DAN JANJI
MENJAGA WAKTU SOLAT LIMA WAKTU
PANDUAN KHUSYUK DALAM SOLAT • Mengagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah • Memahami maksud setiap ayat dan lafaz • Tidak mengingati perkara lain • Memastikan suasana tempat solat tenang • Menumpukan pandangan ke tempat sujud • Memberi sepenuh perhatian kepada Allah • Ditunaikan secara ikhlas • Menyempurnakan segala syarat dan rukun solat • Merasakan diri seorang hamba yang berhadapan dengan pencipta. MENGELUARKAN ZAKAT • Kita wajib mengeluarkan zakat apabila telah cukup syaratnya. • Zakat difardhukan bagi membantu golongan fakir miskin • Pusat Pungutan Zakat di setiap negeri berperanan untuk mengutip zakat dan digunakan untuk pelbagai tujuan seperti memberi biasiswa kepada pelajar, membantu fakir miskin dan memberi latihan dan kemahiran kepada penerima zakat. MENJAGA KEHORMATAN DIRI
• Orang Islam wajib menjaga kehormatan
diri dan memelihara maruahnya. • Diantara cara menjaga kehormatan ialah :
1. menutup aurat dengan sempurna
2. menjauhi pergaulan bebas dan zina 3. menyalurkan keinginan nafsu syahwat melalui perkahwinan 4. menghindari perkara keji seperti rasuah MEMELIHARA AMANAH DAN JANJI • Kita wajib menunaikan amanah dan menepati janji terhadap Allah dan manusia • Mereka yang mengkhianati janji termasuk dalam golongan munafik. MENJAGA WAKTU SOLAT
• Kita wajib menunaikan
solat dengan sempurna pada waktunya. • Solat yang khusyuk dapat menghindari perbuatan keji dan mungkar. • Solat menjadi pemisah di antara keimanan dan kekufuran kepada Allah. PENGAJARAN AYAT • Tunaikanlah solat dengan khusyuk kerana ia merupakan tiang agama • Allah telah menjelaskan ciri-ciri mukmin berjaya sebagai panduan • Umat Islam hendaklah sentiasa memelihara kehormatan dan maruah diri • Menunaikan janji adalah sifat peribadi mukmin • Setiap orang Islam mesti berazam untuk berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat