Anda di halaman 1dari 2

Ciri-ciri mukmin berjaya

Firman Allah S.W.T :

. . . . . . . . . . .
Surah Al-Anam: Ayat 161-165 Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya dan orang yang menjauhi daripada perkara-perkara yang sia-sia dan orang yang mengeluarkan zakat. Orang yang menjaga kemaluannya kecuali kepada isteri atau hamba-hamba mereka, maka itu tidak tercela. Sesiapa mengingini selain daripada itu, maka mereka adalah orang yang melampaui batas. Mereka yang menjaga amanah dan janji dan tetap memelihara solatnya, mereka itulah yang akan mewarisinya, iaitu mewarisi syurga firdaus selama-lamanya. Huraian ayat : Ayat di atas menggariskan ciri-ciri mukmin yang berjaya sebagai panduan kepada umat Islam mengatur kehidupan mereka. Kejayaan umat Islam hendaklah berasaskan sejauh mana dia berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diwajibkan berhubung dengan Allah dan sesama manusia. Hubungan dengan Allah seperti sentiasa memelihara waktu solat.Hubungan sesama manusia seperti menunaikan amanah dan janji. Ciri-ciri mukmin yang berjaya : Beriman kepada Allah. Menunaikan solat dengan khusyuk. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang keji dan sia-sia. Mengeluarkan zakat. Menjaga kehormatan diri. Menunaikan amanah dan janji. Menjaga waktu-waktu solat. Panduan khusyuk solat : Mengagungkan kebesaran Allah. Memahami maksud setiap ayat dan lafaz yang dibaca. Tidak mengingati perkaralain yang boleh melalaikan dan tidak memberi tumpuan dalam solatnya. Memastikanm suasana dan tepat solat tenang dan aman. Menumpukan pandangan ke tempat sujud. Memberi sepenuh tumpuan kepada Allah. Ditunaikan secara ikhlas. Mengharapkan Allah menerima solatnya. Menyempurkankan segala syarat dan rukun solat. Merasakan diri seorang hamba yang berhadapan dengan penciptanya.

Mengeluarkan zakat : Kita wajib bersegera mengeluarkan zakat apabila telah cukup syaratsyaratnya. Zakat difardhukan kepada orang mukmin untuk membantu golongan fakir miskan yang memerlukannya. Begitu juga di Malaysia hasil pungutan zakat digunakan untuk pelbagai tujuan, anataranya memberi biasiswa kepada pelajar. Cara menjaga kehormatan diri : Menutup aurat dengan sempurna. Menjauhai pergaulan bebas dan zina. Menyalurkan keinginan nafsu syahwat melalui perkahwinan. Menghindarkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara keji seperti rahsuah, penyelewengan dan penipuan. Memelihara amanah dan menepati janji : Kita wajib menunaikan amanah dan menepati janji terhadap Allah dan manusia. Mereka yang menghianati janjinya termasuk dalam golongan menunafik sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud : Tanda-tanda orang yang munafik tiga perkara, apabila dia bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia khianat. Menjaga waktu solat : Kita wajib menunaikan solat dengan sempurna pada waktunya Solat hendaklah ditunaikan dengan menyempurnakan rukun Qalbi, Qauli, dan Fikli. Pengajaran Ayat :

Tunaikanlah solat dengan khusyuk kerana ia merupakan tiang agama. Allah telah menjelaskan beberapa ciri mukmin berjaya sebagai panduan. Umat Islam hendaklah sentiasa memelihara kehormatan diri dan marwah. Menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi muslim. Setiap orang yang beriman mesti berazam untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai