Anda di halaman 1dari 7

Ciri-Ciri Insan Cemerlang Menurut

Surah Al-Mukminun
OLEH WAN ZURIATI WAN JUSOH  •  19 FEB 2020  •  6 MIN BACA

Al-Quran sudah banyak berbicara dan memberi panduan kepada kita mengenai cara
untuk menjadi individu yang cemerlang. Panduan inilah yang seharusnya diikuti untuk
membimbing kita ke arah kejayaan yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat nanti.

Antaranya, melalui surah al-Mukminun, Allah menyebutkan beberapa sifat orang


mukmin yang akan mendapat kejayaan dan meraih syurga Firdaus.

#1- Orang Yang Khusyuk Dalam Solat

Antara sifat utama orang mukmin yang akan mendapat kejayaan adalah sebagaimana
yang disebutkan Allah melalui surah Al-Mukminun ayat ke-2:

َ‫صال ِت ِهم ٰخشِ عون‬


َ ‫الَّذينَ هُم في‬

“(Iaitu) orang-orang yang khusyuk di dalam sembahyangnya”

Khusyuk di dalam solat adalah perkara pertama yang seharusnya ada dalam diri kita.
Khusyuk dalam solat bukan bermaksud menggerakkan anggota badan semata-mata,
malah hati dan pemikiran perlu fokus dan hanya tertumpu kepadaNya.

Berapa ramai orang yang solat namun sebenarnya mereka mencuri di dalam solatnya.
Ia dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh dan dalam keadaan malas, terlalu
banyak pergerakan anggota badan serta bacaan dalam solat yang tunggang-langgang.
Fikiran pula masih disibukkan dengan perihal dunia sehinggakan solat yang dilakukan
menjadi kosong. Perlunya untuk kita menghadirkan rasa pengagungan dan kecintaan
kepada Allah dengan menumpukan sepenuh hati hanya kepadaNya. Bait-bait bacaan
dalam solat juga harus difahami dan diteliti.

#2 – Meninggalkan Perbuatan Yang Sia-Sia

Dalam ayat berikutnya Allah berfirman :

َ‫عرضون‬ ِ َّ‫َوالَّذينَ هُم َع ِن الل‬


ِ ‫غو ُم‬

Mafhum: “Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang
tiada berguna”

Sifat yang kedua untuk menjadi orang mukmin yang berjaya ialah dengan menjauhkan
dan meninggalkan perbuatan yang sia-sia. Ramai yang mengisi masa lapang mereka
dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Hakikatnya dunia hari ini dipenuhi dengan pelbagai perkara yang boleh melalaikan kita.
Tetapi, Allah SWT menjanjikan kejayaan buat mereka yang mampu menahan diri
daripada melakukan perkara yang sia-sia sama ada dari segi perbuatan mahupun
perkataan.

Fitnah, cacian, hinaan serta ejekan juga sedang menjadi trend dan masyarakat tidak
mengambil berat akan perlakuan tersebut.

Malah, aktiviti sebegini menjadi semakin rancak di media sosial. Manusia tanpa segan
silu mengeluarkan kata-kata kesat dan saling menjatuhkan orang lain. Orang-orang
mukmin yang berjaya ialah mereka yang meninggalkan perbuatan sedemikian, bahkan
sentiasa menunjukkan akhlak-akhlak yang terpuji dalam setiap perkataan dan
perbuatan yang dilakukan.
#3 – Orang Yang Membersihkan Harta

Dalam ayat berikutnya, Allah menjelaskan sifat orang mukmin yang ketiga iaitu:

َ‫ِلز َك ٰو ِة ٰ َف ِعلُون‬
َّ ‫َوٱلَّذِينَ ُه ْم ل‬

Mafhum: “Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan


zakat harta itu)”

Zakat ialah pembersihan kepada diri sama ada dari segi harta mahupun jiwa. Orang
yang berjaya ialah orang-orang yang menjaga kewajipan zakat harta dan jiwanya.
Sentiasalah meringankan tangan untuk bersedekah dan memberi kepada orang lain.

Bersedekah tidak harus menunggu sehingga kita kaya, tetapi ketika kita merasa
kekurangan. Ia merupakan waktu yang tepat untuk kita memberi.

Hal ini kerana, ia dapat menanamkan sifat ikhlas dan syukur melalui diri terhadap
pemberian Allah sekali gus menunjukkan pemahaman kita terhadap rezeki yang
datangnya daripada Allah SWT. Bukankah dengan bersyukur Allah akan menambahkan
lagi nikmat kita?

Di samping itu, pembersihan jiwa juga harus dilakukan dengan membersihkan diri kita
daripada segala sifat syirik dan mazmumah yang lain.

Usahakan sedikit demi sedikit untuk melakukan perubahan di dalam diri kita. Berusaha
untuk meninggalkan satu persatu sifat-sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati.
Tanamkan kesabaran, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah sebagai asas jati diri yang
utama. Rendahkanlah diri dan sentiasa menuntut ilmu pengetahuan sepanjang masa.

#4 – Menjaga Kehormatan
Sifat keempat untuk menjamin kejayaan dan menggapai syurga ALlah ialah melalui
firmanNya di dalam ayat keenam di dalam Surah Al-Mukminun ayat 5-6:

َ‫َوالَّذِينَ ُه ْم لِفُ ُرو ِج ِه ْم َحافِ ُظون‬

َ‫ِإاَّل َع َل ٰى َأ ْز َوا ِج ِه ْم َأ ْو َما َم َل َك ْت َأ ْي َما ُن ُه ْم َفِإ َّن ُه ْم َغ ْي ُر َملُومِين‬

Mafhum: “Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau
hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela”

Sifat orang mukmin yang keenam ialah mereka dapat menjaga kemaluannya kecuali
buat yang halal baginya. Dewasa ini,kitaa melihat isu-isu perzinaan yang berlaku
secara berleluasa. Malah, terdapat sgeelintir wanita yang menjadikan pelacuran
sebagai kerjaya.

Zina boleh menimbulkan kesan buruk yang amat dahsyat sehingga menghasilkaan kes
pembuangan bayi. Anak-anak ini tidak terjaga dan terbiar akan menimbulkan kekeliruan
nasab keturunan lebih-lebih lagi apabila ibu bapa sendiri tidak mengakui hasil daripada
hubungan tersebut.

Kes penceraian dan pergaduhan rumah tangga juga tidak kurang hebatnya. Justeru,
mereka yang meninggalkan perbuatan tersebut adalah mukmin yang berjaya. Setiap
manusia mempunyai nafsu syahwat dan ia adalah fitrah. Namun, nafsu tersebut perlu
dikawal dan dijaga agar tidak menimbulkan fitnah.

Allah memberi kebebasan kepada hambaNya untuk mendatangi mereka yang halal
baginya sahaja. Allah SWT sesekali tidak menghalang fitrah manusia yang memerlukan
teman dan pendamping buat diri. Maka, teguhkan diri dengan ilmu agama dan
dekatkanlah dengan orang-orang soleh yang mampu membimbing kita ke arah
kebaikan dunia dan akhirat.
#5 – Menunaikan Amanah Dan Janji

Di dalam ayat berikutnya. Allah menjelaskan dua sifat orang mukmin di dalam satu ayat
iaitu mengenai amanah dan janji:

َ‫َوٱلَّذِينَ ُه ْم َأِل ٰ َم ٰ َن ِت ِه ْم َو َع ْه ِد ِه ْم ٰ َر ُعون‬

Mafhum: “Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya”

Untuk menjadi mukmin yang berjaya juga ialah dengan menjaga amanah dan janji yang
dilafazkan. Ramai yang sanggup memikul amanah namun tidak ramai yang mampu
menggalasnya dengan baik. Setiap dari kita mempunyai amanah yang harus
diselesaikan dan yang paling utama ialah amanah untuk mengabdikan diri kepada Allah
serta beribadah kepadaNya.

Sama ada sebagai anak, ibu bapa, pelajar, pekerja atau apa sahaja jawatan yang
dipikul, ia perlu dilaksanakan mengikut cara dan tuntutan yang sepatutnya. Begitu juga
dengan janji-janji yang dilontarkan perlu ditunaikan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah
SAW ada menyebut tentang sifat-sifat orang munafik iaitu:

“Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Tanda-tanda


orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila berjanji tidak
ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)”

#6 – Cakna Akan Solat

Ayat ke-9 surah al-Mukminun menjelaskan sekali lagi bahawa solat merupakan ibadah
utama dan harus diambil cakna. Solat ialah tiang agama. Bagi sesiapa yang
meremehkan solatnya, seolah-olah dia telah meruntuhkan agamanya. Allah berfirman:

َ‫ص َل ٰ َو ِت ِه ْم ُي َحافِ ُظون‬


َ ‫َوٱلَّذِينَ ُه ْم َع َل ٰى‬
Mafhum: “Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.”

Dalam ayat ini, Allah menjanjikan kejayaan buat orang-orang mukmin yang menjaga
dan memelihara solatnya. Apakah sebenarnya maksud memelihara solat ini? Solat
yang dikerjakan haruslah konsisten dan ditunaikan pada waktu yang tepat serta tidak
dilengah-lengahkan.

Memelihara solat juga haruslah dilihat melalui kesempurnaan rukun dan kewajipan solat
semasa mengerjakannya bermula dari kita mengambil wuduk sehinggalah ke akhirnya.
Laksanakanlah solat-solat sunat sebagai ibadah tambahan yang melengkapi solat-solat
wajib tersebut. Begitu juga dengan zikir-zikir selepas solat yang amat penting untuk
diketahui, dipelajari serta difahami.

Ayuh kita tumpukan sepenuh hati dan jiwa pada ayat di dalam surah al-Mukminun yang
berikutnya, iaitu pada ayat ke-10:

ِ ‫ُأو َل ٰـِئ َك ُه ُم ا ْل َو‬


َ‫ار ُثون‬

َ ‫الَّذِينَ َي ِر ُثونَ ا ْلف ِْردَ ْو‬


َ‫س ُه ْم فِي َها َخالِدُون‬

“Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga
Firdausi; mereka kekal di dalamnya.”

Kesimpulan

Tuntasnya, Allah memberi jaminan kepada kita bahawa orang yang mengerjakan
semua kebaikan akan mewarisi syurga Firdaus dan kekal di dalamnya buat selamanya.
Tiada yang utama daripada jaminan yang diberikan Allah SWT kepada kita. Allah juga
melayakkan kita untuk menempah tiket di syurga yang tertinggi iaitu syurga Firdaus.
Maka, tidakkah lagi kita mahu untuk terus berusaha menggapai kejayaan yang
dijanjikan ini?
KONGSIKAN ARTIKEL INI

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan
adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan
sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Wan Zuriati Wan Jusoh


Merupakan anak kelahiran Kelantan Darul Naim. Telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial
Antropologi Dan Dakwah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Berminat di dalam pembacaan buku
pelbagai genre dan turut aktif di dalam bidang penulisan dan kini sedang bergelar sebagai seorang
pendidik di Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kuala Krai Kelantan.

 FACEBOOK
 
 INSTAGRAM
 
 TWITTER

Anda mungkin juga menyukai