Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CTU 101

TAJUK : PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH DALAM


MASYARAKAT
AHLI KUMPULAN : NUR DALILA BINTI AZAHARUDIN
SYAZWANI BINTI KAMARULZAMAN
ZULAIKHA BINTI HAMZAH
KELAS : BMD1GA
PENSYARAH : UST. RUAAIN HJ MUSTARI
TARIKH PENGHANTARAN : 12 FEBRUARI 2010
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

OBJEKTIF

PENDAHULUAN

DEFINISI AQIDAH

ASAS-ASAS AQIDAH

PERANAN AQIDAH DALAM MASYARAKAT

LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN AQIDAH

KEDUDUKAN AQIDAH

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBATALKAN AQIDAH

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

2
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin yang Maha Esa seiring
dengan kerjasama antara kami serta komitmen yang diberikan dalam melaksanakan
amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada kami ini telah dapat disempurnakan
dengan jayanya.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Ustazah Ruaain Binti Hj Mustari kerana telah
memberikan bimbingan serta tunjuk ajar kepada kami untuk melengkapkan tugasan ini
dengan sempurna.

Akhir kata, kami ingin menyusun sepuluh jari memohon sejuta kemaafan seandainya
terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan dalam melaksanakan tugasan ini.
Walaupun tugasan ini merupakan hasil pertama dari kami berempat, kami amat bersyukur
kerana dengan kecekapan, kesungguhan, kesabaran dan kerjasama yang kami tunjukkan
akhirnya tugasan ini dapat disiapkan pada masanya.

Terima kasih.

3
PENDAHULUAN

Pada zaman global kini, hari berganti hari, minggu berganti minggu bulan berganti
bulan, tahun berganti tahun aqidah umat Islam semakin meruncing dan sangat kritikal
sekiranya dapat kita fikirkan sejenak. Bagi mereka yang terlalu mengikut hawa nafsu dan
tidak menggunakan nikmat akal dengan sempurna yang dikurniakan oleh Ilahi akan
mudah dpengaruhi oleh godaan duniawi. Oleh sebab dunia hari ini dianggap dunia serba
canggih dan boleh diterokai tanpa sempadan, tidak hairanlah manusia menganggap dunia
hanya di hujung jari.

Oleh itu, umat Islam pada hari ini hanya menganggap aqidah dan akhlak dalam
kehidupan seharian mereka adalah perkara kolot dan remeh-temeh. Mereka hanya
menganggap bahawa dunia ini hanyalah tempat di mana untuk mencari nama dan pangkat
serta harta semata-mata walhal mereka alpa bahawa dunia ini hanyalah sementara sahaja
yang diciptakan oleh Sang Pencipta kepada hamba-Nya yang tidak lain dan tidak bukan
adalah untuk beribadat dan megabadikan diri serta mendapat rahmatullah. Orang yang
menghabiskan segala kebijaksanaan, masa, dan kudratnya untuk mencari harta tanpa
mempedulikan suruhan dan larangan Allah adalah bertuhankan kepada nafsu dan
hartanya. Allah telah berfirman dalam surah al-Jathiah ayat 23 yang bermaksud: “Apakah
kamu pernah melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan?”

Saidina Ali pernah berkata “Di sini negeri tempat beramal, tidak ada ganjaran
padanya…Di sana negeri tampat ganjaran, tidak ada amal padanya…Aku berpesan pada
kalian, agar beramallah di negeri tiada ganjaran agar engkau tiada masalah apabila
sampai di negeri yang tidak boleh hendak beramal lagi nanti…”.

Justeru, dalam tugasan ini kami ingin menerangkan tentang definisi aqidah, asas-
asas aqidah, peranan aqidah dalam masyarakat, langkah-langkah untuk menjaga aqidah,
kedudukan aqidah, dan perkara-perkara yang membatalkan aqidah.

4
DEFINISI

Aqidah adalah berasal dari perkataan arab ”aqid” iaitu perkataan aqd yang
umumnya bererti ikatan atau simpulan. Biasanya ikatan atau simpulan ini berlaku pada
benda yang dirasa seperti tali dan seumpamanya. Tetapi perkataan ini digunakan seperti
perjanjian dan seumpamanya. Dari ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalam
ideologi atau kepercayaan. Aqidah boleh difahamkan sebagai kepercayaan yang terikat
kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai.

Aqidah boleh ditakrifkan sebagai kepercayyan yang tetap dan kekal, yang pasti dan
hakiki lagi qudus dan suci seperti yang diwajibkan dalam islam selaras dengan ayat Al-
quran yang bermaksud ”maka sesiapa yanfg kafirkan taghut dan beriman kepada Allah,
sesunggguhnya telah berpegang teguh dengan simpulan tali yang kukuh dan tidak
terputus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.

5
Asas-Asas Aqidah

Asas-asas aqidah adalah rukun iman.

Beriman kepada Allah


Mempercayai kewujudanNya, mengenaliNya, mempelajari segala ajaranNya yang
dibawa oleh rasul dan berusaha untuk menghayati dalam kehidupan kita

Beriman kepada Malaikat


Malaikat hádala makhluk Allah yang Sangay taat kepada Allah dalam melaksanakan
perintah Allah
Kita wajib mempercayai malaikat sebagai perantara Allah dan rasulnya untuk
menyampaikan Islam

Beriman kepada Kitab


Terdapat 4 kitab yang menjadi petunjuk kapada umat manusia:
Zabur:nabi Daud
Taurat: nabi Musa
Injil: nabi Isa
Al-quran: nabi Muhammad

Beriman kepada Rasul


Peranan utama para rasul adalah menyeru umat manusia ke arah kebenaran yang diredhai
oleh Allah

6
Rasul mengajar manusia cara mengabdikan diri kepada Allah samaada dari sudut aqidah,
kaedah ibadat, tatacara kehidupan menurut syariat dan kehidupan yang dihiasi akhlak
berpandukan ajaran Allah.

Beriman kepada Hari Kiamat


Peringkat-peringkat akhirat
Alam kubur dan barzakh
Hari kemusnahan dan kebangkitan
Perhimpunan dan pengkiraan amalan
Menanti sirattulmustakim dan merima balasan

Beriman kepada Qada’ dan Qadar


Qadar atau takdir ialah ketentuan Allah terhadap semua ciptaannya
Qada ialah pelaksanaan takdir tersebut.