Anda di halaman 1dari 26

NOTA LENGKAP TASAWWUR ISLAM

TINGKATAN 4 KSSM

Kandungan
Tajuk m/s
Pelajaran 1 Islam adalah cara hidup 1-2
Pelajaran 2 Akidah menurut Islam 2-3
Pelajaran 3 Ibadah menurut Islam 3-4
Pelajaran 4 Akhlak menurut Islam 4
Pelajaran 5 Prinsip pandangan hidup Islam 5
Pelajaran 6 Fitrah kejadian insan 5-6
Pelajaran 7 Tanggungjawab sebagai hamba 6-7
dan khalifah Allah SWT
Pelajaran 8 Peranan wahyu dan akal 7-8
Pelajaran 9 Asas sistem sosial Islam 9
Pelajaran 10 Sistem kekeluargaan Islam 9 - 10
Pelajaran 11 Prinsip pergaulan Islam 10-11
Pelajaran 12 Hiburan menurut Islam 11-12
Pelajaran 13 Kesenian menurut Islam 12

TEMA 1: ISLAM SEBAGAI AL-DIN

PELAJARAN 1: Islam adalah cara hidup

• Islam ialah agama Allah SWT untuk seluruh manusia.


• Islam sebagai al-Din bermaksud Islam adalah cara hidup yang
lengkap merangkumi akidah, ibadah dan akhlak.

Sebab manusia perlu kepada Islam sebagai cara hidup


• Memandu arah hidup manusia supaya mengikut syariat Islam.
• Cara hidup Islam ialah jalan untuk mendapat kebahagiaan di dunia
dan akhirat.
• Akal manusia terbatas untuk mengetahui hakikat kebenaran
sesuatu perkara.
• Islam menjadi asas tatacara perhubungan manusia untuk mencapai
keharmonian hidup bermasyarakat.

Maksud Islam dari segi bahasa


• Sejahtera, selamat dan penyerahan.
Maksud Islam dari segi istilah
• Taat dan patuh kepada perintah Allah SWT, meninggalkan
larangan-Nya, beroleh kesejahteraan dan keselamatan apabila
berserah kepada-Nya.

Maksud Iman dari segi bahasa


• Yakin dan percaya.
Maksud Iman dari segi istilah
• Membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan dan beramal
dengan anggota badan terhadap segala perintah dan suruhan Allah
SWT.

Maksud Ihsan dari segi bahasa


• Berbuat kebaikan
Maksud Ihsan dari segi istilah
• Kesungguhan dalam melakukan sesuatu ibadah dan pekerjaan
semata-mata kerana Allah SWT

Lima rukun Islam


• Mengucap dua kalimah syahadah.
• Menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam.
• Mengeluarkan zakat.
• Berpuasa pada bulan Ramadan.
• Mengerjakan haji bagi mereka yang mampu.

Enam rukun Iman


• Beriman kepada Allah SWT.
• Beriman kepada malaikat.
• Beriman kepada kitab-kitab-Nya.
• Beriman kepada Nabi dan Rasul.
• Beriman kepada Hari Akhirat.
• Beriman kepada Qadak dan Qadar.

Kepentingan Rukun Islam


• Asas ketaatan kepada ajaran Islam.
• Menjamin hubungan baik antara manusia dengan Allah SWT.
• Merupakan kunci kejayaan di dunia dan akhirat.
• Membawa kebahagiaan dalam hidup manusia.

Kepentingan Rukun Iman


• Iman merupakan syarat amalan diterima oleh Allah SWT.
• Rukun Iman menghubungkan makhluk dengan Allah SWT dari
sudut kepercayaan dan keyakinan yang bersumberkan wahyu.
• Menegaskan konsep mengesakan Allah SWT sebagai ajaran yang
dibawa oleh semua nabi dan rasul.
Kepentingan Ihsan
• Merasakan Allah SWT mengawasi dan melihat segala gerak-geri
manusia sepanjang masa.
• Mengajar manusia untuk berbuat baik kepada manusia dan makhluk
yang lain.
• Mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Islam adalah cara hidup yang lengkap
• Membaca, menghayati dan mengamalkan al-Quran.
• Menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan dalam segala
tindakan.
• Menghayati sirah perjuangan Rasulullah SAW.
• Menghayati sirah perjuangan para sahabat dan salafusoleh.
• Menghayati dan melaksanakan Rukun Islam, Rukun Iman dan
Ihsan.
• Mendalami ilmu asas Islam yang terdiri daripada akidah, syariah
dan akhlak.

PELAJARAN 2: Akidah menurut Islam

• Akidah ialah keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah


SWT serta sifat-sifat kesempurnaan-Nya berdasarkan dalil naqli
(Quran dan Hadis) dan aqli (akal yang sejahtera).

Konsep Akidah

Ketuhanan (Ilahiyyah)
Nama-nama Allah SWT
• Allah SWT memiliki nama-nama yang indah (Asma’ al-Husna).
Nama yang paling agung ialah Allah.

Zat Allah SWT


• Setiap mukalaf perlu meyakini Allah SWT itu wujud, tetapi hakikat
Zat Allah SWT tidak dapat diketahui oleh manusia.

Sifat-sifat Allah SWT


• Sifat-sifat Allah SWT banyak dan tidak terbatas jumlahnya. Antara
yang wajib diketahui ialah 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan 1
sifat harus.

Perbuatan (Af’al) Allah SWT


• Perbuatan Allah SWT adalah setiap perlakuan yang dilakukan oleh-
Nya dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan berdasarkan
kekuasaan-Nya (Qudrat) dan kehendak-Nya (Iradat).

Kenabian dan Kerasulan (Nubuwwah)


Maksud Nabi
• Lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu kepadanya dan
tidak diperintahkan menyampaikannya kepada orang lain.
Maksud Rasul
• Lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu dan diperintahkan
menyampaikannya kepada orang lain.

Sifat-sifat wajib Rasul


• Benar (as-Siddiq), amanah (al-Amanah), menyampaikan (at-
Tabligh) dan bijaksana (al-Fatanah).

Sifat-sifat mustahil Rasul


• Bohong (al-Kizb), pecah amanah (al-Khianat), menyembunyikan
(al-Kitman) dan bodoh (al-Baladah)

Kitab
• Zabur (Nabi Daud AS), Taurat (Nabi Musa AS). Injil (Nabi Isa AS)
dan al-Quran (Nabi Muhammad SAW).

Tujuan perutusan rasul


• Menyeru manusia mentauhidkan dan menyembah Allah SWT.
• Mengajar manusia cara beribadat yang betul.
• Menunjukkan cara hidup yang benar dan lengkap.

Perkara-perkara ghaib (Ghaibiyyah)


• Perkara yang tidak dapat dilihat dan tersembunyi serta tidak
nampak pada pandangan mata kasar.
• Hanya diketahui oleh manusia melalui wahyu iaitu al-Quran dan al-
Sunnah yang sahih.
• Manusia wajib percaya dan yakin akan kewujudan perkara ghaib
yang dikhabarkan oleh para nabi dan rasul.
• Contoh: malaikat, iblis, jin, syaitan, barzakh, hari kiamat, mahsyar,
hisab, sirat dan syurga.

Pegangan Akidah yang benar


• Berasaskan tauhid.
• Bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah.
• Berlandaskan ilmu, iman dan amal.
• Berpegang dengan dalil naqli dan aqli.

Amalan yang amat berkaitan dengan pegangan akidah dalam Islam


• Berdoa kepada Allah SWT.
• Berzikir mengingati Allah SWT.
• Bertawakal (berserah kepada Allah SWT).
• Bertaubat.
• Mujahadah (berusaha bersungguh-sungguh).
• Muhasabah (menilai dan melihat kekurangan diri).

Kepentingan pelaksanaan amalan akidah mengikut syarak


• Syarat utama amalan diterima oleh Allah SWT.
• Benteng daripada perkara syirik, khurafat dan bidaah.
• Tunjang kekuatan umat Islam.
• Beroleh rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.
• Membentuk jati diri sebagai Muslim sejati.
• Penentu kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Amalan sebagai pembuktian akidah yang benar


• Memohon perlindungan hanya kepada Allah SWT.
• Bersyukur apabila beroleh kejayaan dalam kehidupan.
• Sentiasa ikhlas dalam amalan.
• Menjauhi fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam.
• Reda dengan ketentuan Allah SWT.
• Menjauhi amalan tilik nasib atau ramalan bintang kelahiran.

PELAJARAN 3: Ibadah menurut Islam

Maksud ibadah dalam Islam


• Pengabdian kepada Allah SWT melalui perbuatan, perkataan dan
pengakuan hati yang ikhlas semata-mata kepada Allah SWT.

Konsep ibadat
• Keikhlasan menjadi asas penerimaan ibadah di sisi Allah SWT.
• Kewajipan menuruti perintah yang disyariatkan dan tidak mengada-
adakan ibadah .
• Tujuan hidup manusia adalah untuk beribadah kepada Allah SWT.
• Ibadah melibatkan segala kegiatan manusia dari segi rohani dan
jasmani.

Pembahagian ibadah dalam Islam


Ibadah khusus
Semua amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah SWT sama ada
fardu atau sunat.
• Fardu ain (solat fardu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji).
• Fardu kifayah (solat jenazah, menguruskan jenazah).
• Sunat (solat sunat, puasa sunat).

Ibadah umum
Semua amalan kebaikan yang disyariatkan oleh Allah SWT bagi
menghubungkan manusia dalam sesebuah masyarakat demi kebaikan
dan keharmonian hidup bersama.
• Fardu ain (bekerja, belajar).
• Fardu kifayah (membuat penyelidikan, bekerja sebagai doktor).
• Sunat (membuang benda yang bahaya di jalanan).

Contoh ibadah wajib yang perlu dihayati dan diamalkan dalam


kehidupan
• Solat fardu 5 waktu
• Berpuasa di bulan ramadan.
• Melaksanakan ibadah haji.
• Mengeluarkan zakat.
• Bekerja untuk penuhi keperluan hidup.
• Menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi membantu
masyarakat.

Dua syarat ibadah


• Ikhlas: ibadah dilakukan hanya keran Allah SWT semata-mata dan
mengharap keredaan-Nya.
• Ittiba’ as-Sunnah: mengikut sunnah iaitu sebagaimana yang
disyariatkan oleh Allah SWT dan rasul-Nya.

Kepentingan Ibadah menurut Islam


Lafaz syahadah
• Menjadi bukti penyaksian Allah SWT sebagai pencipta dan Nabi
Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT.
• Syarat menjadi seorang muslim.
Solat
• Meneguhkan hubungan manusia dengan Allah SWT.
• Meningkatkan ketaqwaan.
Puasa
• Mendidik hawa nafsu.
• Merasai kesusahan orang miskin.
Bekerja
• Mencari nafkah dikategorikan sebagai ibadah.
• Hidup mulia dan tidak membebankan orang lain.
Belajar
• Menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
• Membangunkan tamadun agama, bangsa dan negara.

Cara meningkatkan kualiti ibadah


• Sentiasa mengingati Allah SWT ketika melakukan pekerjaan.
• Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang ibadah khusus dan umum.
• Berdamping dengan orang soleh dan berilmu.
• Sabar dan istiqamah dalam melalukan ibadah.
• Memahami hikmah di sebalik ibadah.

PELAJARAN 4: Akhlak menurut Islam

• Akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong


sesuatu perbuatan dan perlakuan tanpa memerlukan pertimbangan
yang mendalam.

Ciri-ciri akhlak menurut Islam


• Bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
• Berlandaskan fitrah kejadian manusia.
• Meliputi semua aspek kehidupan.
• Tetap dan tidak berubah sepanjang zaman.

Akhlak mahmudah
• Akhlak terpuji yang bersumberkan wahyu al-Quran dan al-
Sunnah.
Contoh akhlak mahmudah
• Reda
• Bersyukur
• Amanah
• Menghormati orang lain
• Menjaga kebersihan
• Rasulullah SAW diutuskan kepada manusia untuk
menyempurnakan akhlak yang baik.

Akhlak mazmumah
• Akhlak terkeji yang dilarang oleh al-Quran dan al-Sunnah daripada
diamalkan.
Contoh akhlak mazmumah yang dilarang
• Putus asa.
• Kufur.
• Memandang hina orang lain.
• Khianat
• Pengotor
• Membazir

Proses penyucian jiwa


• Mengosongkan jiwa daripada sifat buruk.
• Bermatlamatkan mencari keredaan Allah SWT.
• Menghiaskan jiwa dengan sifat-sifat terpuji.
• Mengindahkan pekerti melalui kelakuan lahiriah.

Kepentingan akhlak menurut Islam kepada


Individu
• Membina jati diri yang baik mengikut al-Quran dan al-Sunnah.
• Melahirkan individu yang bertaqwa.
Keluarga
• Membentuk sebuah keluarga bahagia.
• Saling bertolak ansur dan bantu-membantu.
Masyarakat
• Melahirkan masyarakat yang harmoni.
• Meneguhkan perpaduan masyarakat.
Negara
• Membina negara sejahtera dan dirahmati Allah SWT.
• Meningkatkan imej negara.

Cara memupuk akhlak mulia


• Mentaati perintah Allah SWT.
• Mencontohi dan meneladani Rasulullah SAW yang berpekerti
mulia.
• Sentiasa berdoa memohon dihiasi akhlak mulia.
• Mujahadah dalam memperbaiki diri.
• Sentiasa bermuhasabah diri.
• Bersabar dan istiqamah dalam berakhlak mulia.

Pengamalan akhlak Islam


• Hormat-menghormati
• Prihatin.
• Tolong-menolong.
• Kasih-sayang.

PELAJARAN 5: Prinsip pandangan hidup Islam

Rabbaniyyah
Ketuhanan iaitu segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang
terkandung dalam Islam adalah bersumberkan wahyu Allah SWT.
Ciri-ciri
• Islam ialah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT.
• Islam dan seluruh makhluk merupakan hak milik Allah SWT.
• Islam ialah satu pegangan yang jitu dan bersih daripada
kekurangan, kejahilan dan dorongan hawa nafsu.
• Allah SWT sebagai pemberi peraturan hidup.

Syumuliyyah
Lengkap iaitu agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW
lengkap dan sempurna serta meliputi kehidupan di dunia dan akhirat.
Ciri-ciri
• Kesempurnaan hanya milik Allah SWT.
• Islam tidak terikat dengan masa, tempat dan ruang tertentu.
• Manusia dibekalkan dengan akal dan syariat yang lengkap sesuai
dengan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.

‘Alamiyyah
Sarwajagat iaitu Islam ialah agama yang sesuai bagi semua manusia
tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman.
Ciri-ciri
• Kedudukan manusia sebagai sebaik-baik kejadian.
• Nilai keadilan Islam bersifat sejagat.
• Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.
• Islam menjamin hak asasi manusia.

Waqi’iyyah
Realiti iaitu Islam ialah agama praktikal, mampu diamalkan oleh semua
golongan manusia.
Ciri-ciri
• Praktikal dan mampu diamalkan.
• Menyelesaikan masalah kehidupan.
• Menekankan kesederhanaan dan keseimbangan hidup.

Thabat
Tetap dan teguh iaitu perkara yang tetap (qat’iyy), tidak boleh diubah
dasar, prinsip serta pelaksanaannya menurut Islam.

Ciri-ciri
• Akidah, kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah SWT sebagai
tuhan yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.
• Ibadat khusus seperti solat fardu, puasa, haji dan zakat telah
ditetapkan cara pelaksanaannya oleh syariat Islam.
• Ketetapan hukum syariah seperti hudud, qisas, diat dan takzir.

Murunah
Luwes atau anjal iaitu boleh berubah mengikut kesesuaian, namun
masih tetap pada prinsip asasnya.
Ciri-ciri
• Islam agama yang mudah.
• Dilaksanakan mengikut keadaan dan kemampuan.

Keistimewaan prinsip pandangan hidup Islam


• Sesuai dengan fitrah dan akal manusia.
• Bersifat jelas dan praktikal.
• Sesuai dengan peranan sebagai khalifah.
• Keseimbangan.
• Mementingkan budaya ilmu.
• Rahmat bagi sekalian alam.

TEMA 2: MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH


ALLAH SWT.
PELAJARAN 6: Fitrah kejadian insan

Maksud insan
• Makhluk ciptaan Allah SWT yang dikurniakan akal dan ditugaskan
untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
• Allah SWT telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik
kejadian.

Proses kejadian insan


1. Nutfah (sperma + ovum)
2. Alaqah (segumpal darah)
3. Mudghah (seketul daging)
4. Izam dan lahm (tulang dibaluti daging)
5. Janin (ditiupkan roh)
6. Bayi (dilahirkan ke dunia)

• Allah SWT akan meniupkan roh ke dalam tubuh janin yang


berumur 4 bulan.
• Asal usul kejadian insan adalah bermula daripada penciptaan Nabi
Adam AS yang berasal daripada tanah.

Peringkat alam yang dilalui manusia


1. Alam roh
2. Alam rahim
3. Alam dunia
4. Alam barzakh/alam kubur
5. Alam akhirat

Alam musyahadah
Alam nyata yang dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal manusia
tentang kewujudannya seperti manusia, haiwan dan tumbuhan.

Alam ghaib
Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal.
Kewujudannya hanya dapat diketahui dan diyakini daripada penjelasan
al-Quran dan al-Sunnah seperti alam barzakh, alam mahsyar, syurga dan
neraka.

Keistimewaan insan berbanding makhluk lain


• Dikurniakan akal fikiran untuk berfikir.
• Diberikan kitab sebagai panduan hidup.
• Dianugerahkan rasul sebagai pembimbing.
• Diberikan tanggungjawab sebagai khalifah.

Kepentingan memelihara fitrah kejadian Insan


• Mendapat keredaan dan petunjuk Allah SWT.
• Mengukuhkan keimanan dan menyemai ketaqwaan.
• Menerima kebenaran dan menolak kebatilan.
• Membentuk kehidupan yang aman dan harmoni.
• Dapat memakmurkan bumi.

PELAJARAN 7: Tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah


Allah SWT

Konsep hamba dan khalifah Allah SWT


Hamba
• Manusia sebagai hamba Allah SWT bermaksud manusia wajib
mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dengan mematuhi
segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Khalifah
• Manusia sebagai khalifah Allah SWT bermaksud manusia wajib
mentadbir dan memakmurkan bumi selari dengan kehendak
syariat.

Hubungan hamba dan khalifah


• Hakikat manusia sebagai hamba Allah SWT bukanlah satu
penghinaan sebaliknya satu kemuliaan.
• Keistimewaan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT
ialah anugerah dan amanah yang tidak dimiliki oleh makhluk lain.
• Hubungan hamba dengan khalifah Allah SWT dapat dijelmakan
dengan konsep penyerahan diri kepada Allah SWT dalam akidah,
syariat dan akhlak.

Tujuan penciptaan manusia


• Mengabdikan diri kepada Allah SWT.
• Memakmurkan bumi Allah SWT berdasarkan syariat Allah SWT.

Tanggungjawab manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT


Kepada Allah dan rasul
• Menyembah Allah SWT yang maha Esa tanpa mensyirikkan-Nya.
• Mematuhi segala perintah Allah SWT serta menjauhi larangan-Nya.
• Bersyukur atas nikmat Allah SWT dan sentiasa mengingati-Nya
dengan zikrullah.
• Berselawat dan meneladani sunnah Rasulullah SAW.

Kepada manusia
• Menjalinkan hubungan silaturahim sesama manusia.
• Memelihara hak sesama manusia seperti memelihara hak jiran.
• Mengamalkan nilai murni dalam masyarakat dengan konsep amar
makruf nahi mungkar.
• Sentiasa hormat-menghormati sesama masyarakat.

Kepada alam
• Mentadbir dan memakmurkan alam secara terancang.
• Menggunakan sumber alam semula jadi secara bijaksana dan
efektif.
• Memelihara alam daripada pencemaran dengan tidak membuang
sampah merata-rata.
• Menggiatkan usaha pemuliharaan alam bagi menjaga kelangsungan
hidup flora dan fauna.

Kepentingan melaksanakan tanggungjawab manusia sebagai


hamba dan khalifah Allah SWT
Kepada Agama
• Syariat dan undang-undang Islam dapat dilaksanakan.
• Rakyat berpegang teguh dengan ajaran agama Islam yang sebenar.
• Nilai murni dan akhlak mulia dapat dihayati dan dipraktikkan oleh
masyarakat.

Kepada pendidikan
• Melahirkan masyarakat madani yang bertaqwa.
• Masyarakat mendapat pendidikan rohani, fizikal, mental dan emosi
yang seimbang.
• Melahirkan tenaga pakar untuk mentadbir dan memakmurkan alam
ini.

Kepada politik
• Melahirkan pemimpin yang berintegriti.
• Kestabilan politik terjamin dan melancarkan urusan pentadbiran
negara.
• Negara menjadi aman dan sejahtera.

Kepada ekonomi
• Ekonomi maju dan pesat.
• Pembangunan negara dapat dijalankan dengan lancar.
• Merapatkan jurang ekonomi dalam kalangan masyarakat.

Kepada sosial
• Perpaduan dapat dikekalkan.
• Masyarakat hidup dengan toleransi dan saling menghormati.
• Wujud keharmonian dalam masyarakat.

Punca pengabaian tanggungjawab manusia sebagai hamba dan


khalifah Allah SWT
• Syariat Islam tidak dilaksanakan.
• Mengabaikan pendidikan.
• Kelemahan urusan pentadbiran dan salah guna kuasa.
• Masyarakat bersikap malas dan memilih pekerjaan.
• Hilang sikap hormat-menghormati antara masyarakat.

Kesan pengabaian tanggungjawab manusia sebagai hamba dan


khalifah Allah SWT
• Berlaku keruntuhan akhlak dan jenayah berleluasa.
• Masyarakat akan kekurangan ilmu dan jahil.
• Ekonomi tidak membangun.
• Berlaku perpecahan dan diskriminasi dalam masyarakat.
• Hilang kepercayaan kepada pemimpin dan negara akan mundur.
• Berlaku perpecahan dan diskriminasi dalam masyarakat.

Contoh aktiviti yang sesuai untuk laksanakan tindakan sebagai


hamba dan khalifah Allah SWT dalam kehidupan
• Kempen kitar semula.
• Bengkel kemahiran dan inovasi.
• Kursus kepimpinan sekolah.
• Kem jati diri.

PELAJARAN 8: Peranan wahyu dan akal

Maksud wahyu
• Kalam Allah SWT yang disampaikan kepada para nabi dan rasul
melalui perantaraan malaikat Jibril a.s atau terus daripada Allah
SWT.

Ciri-ciri wahyu
• Datang daripada Allah SWT yang kebenarannya adalah mutlak.
• Diturunkan kepada nabi dan rasul sahaja, bukannya orang awam.
• Kesuciannya terpelihara hingga hari kiamat.
• Wahyu terhenti dan tidak diturunkan selepas kewafatan Rasulullah
SAW.
• Penurunan wahyu adalah melalui perantaraan malaikat Jibril a.s,
mimpi yang benar, suara di sebalik tabir atau Allah
SWTmengilhamkan ke dalam hati Rasulullah SAW.

Maksud akal
• Keupayaan berfikir yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada
manusia untuk membezakannya dengan haiwan.

Ciri-ciri akal
• Anugerah paling istimewa yang dikurniakan oleh Allah SWT.
• Akal membezakan manusia dengan haiwan.
• Akal tidak mampu memikirkan perkara ghaib.
• Akal sentiasa berubah dan berkembang.

Fungsi wahyu
Terhadap akidah
• Panduan dan pedoman bagi akidah yang sahih.
• Memperbaiki dan membetulkan akidah manusia.
• Menerang dan menjelaskan perkara ghaib seperti syurga, neraka
dan titian sirat.

Terhadap ibadah
• Sebagai sumber utama syariat Islam.
• Membimbing dan membetulkan tatacara beribadat.
• Ganjaran dan balasan beribadah ditetapkan oleh wahyu.

Terhadap akhlak
• Panduan dalam pembentukan akhlak mulia.
• Menetapkan hukum-hukum praktis yang berkaitan dengan akhlak.
• Membimbing masyarakat untuk berinteraksi antara satu sama lain.

Keistimewaan al-Quran
• Kandungan al-Quran benar dan tidak ada keraguan.
• Kandungan dan hukum al-Quran kekal sehingga hari kiamat.
• Panduan al-Quran meliputi pelbagai aspek seperti akidah, ibadah,
akhlak dan lain-lain.
• Membaca dan mendengar al-Quran dikira sebagai ibadah dan
mendapat pahala.

Fungsi akal bagi membuktikan kita sentiasa perlu bersyukur


kepada Allah SWT
• Memahami hakikat kebesaran Allah SWT supaya kita sentiasa taat
kepada-Nya.
• Mempelajari cara-cara beribadat kepada-Nya supaya menjadi
hamba yang bersyukur.
• Membezakan antara kebenaran dan kebatilan agar kita tidak
terpesong dari syariat Islam.
• Memahami dan memikirkan wahyu firman Allah SWT agar kita
berada di landasan yang benar.
• Memahami dan membuktikan kebenaran Islam.
• Memikirkan kejadian makhluk dan alam.

Kedudukan wahyu
• Wahyu merupakan sumber dan panduan kepada setiap manusia.
• Menjadi rujukan utama dalam menentukan hukum-hakam.
• Sebagai pemisah antara hak dengan batil.
• Pemikiran yang bertentangan dengan wahyu dianggap salah dan
sesat.
• Sebagai petunjuk mutlak yang tidak terpengaruh dengan suasana
ataupun peristiwa.

Kedudukan akal
• Kurniaan Allah SWT yang paling istimewa kepada manusia.
• Membantu memahami kandungan wahyu.
• Menjadi syarat dalam mempelajari ilmu.
• Menjadi syarat penerimaan taklif Syariat Islam bagi manusia yang
sempurna akal.
• Mempunyai keterbatasan untuk menjelaskan sesuatu seperti perkara
ghaib.

Contoh perkara yang boleh rosakkan akal


• Penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah.
• Gejala negatif dan maksiat seperti membaca atau menonton bahan
lucah.
• Mengambil makanan dan minuman yang memabukkan seperti arak.
• Memikir perkara di luar kemampuan akal seperti memikirkan
tentang zat Allah SWT.

Kepentingan wahyu dalam memelihara akal


• Wahyu memerintahkan manusia menggunakan akal sepenuhnya.
• Wahyu membimbing akal dalam memelihara kebenaran akidah dan
iman.
• Wahyu memastikan kesahihan ibadah yang dilaksanakan oleh
manusia.
• Wahyu mempengaruhi akal untuk menghasilkan kemuliaan akhlak
dan tingkah laku.
• Wahyu memelihara akal supaya berfikir dan bertindak secara logik
serta selari dengan tuntutan syarak.
• Wahyu melarang perkara yang merosakkan akal seperti arak.

TEMA 3: SISTEM SOSIAL ISLAM

PELAJARAN 9: Asas sistem sosial Islam

• Sistem sosial Islam ialah sistem yang mengawal dan memberi


panduan berkaitan cara manusia berhubung antara satu sama lain.

Empat sumber utama Sistem Sosial Islam


• Al-Quran.
• Al-Hadis.
• Al-Ijmak.
• Al-Qias.

Matlamat sistem sosial Islam


• Mendapatkan keredaan Allah SWT.
• Melaksanakan tugas sebagai khalifah untuk mentadbir dan
memakmurkan alam.
• Melaksanakan hak dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.
• Mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan
akhirat.

Adab dan etika berdasarkan sistem sosial Islam


• Berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.
• Perhubungan atas dasar iman dan taqwa kepada Allah SWT.
• Memgutamakan kepentingan umum berbanding kepentingan
individu.
• Mengamalkan akhlak mulia pada setiap masa.
• Menghormati kepelbagaian budaya dan adat resam

Hak asasi manusia


• Kebebasan beragama.
• Kebebasan bersuara.
• Perlindungan nyawa.
• Kehormatan diri.
• Pemilikan harta.
• Keamanan dan keselamatan.

Keistimewaan sistem sosial Islam


• Bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
• Menjaga hak asasi manusia.
• Menjadikan keluarga sebagai asas masyarakat sejahtera.
• Membangunkan modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia.

Kepentingan sistem sosial Islam


Agama
• Melahirkan masyarakat yang mentaati perintah Allah SWT dalam
kehidupan.

Politik
• Menjamin kestabilan politik.
• Memastikan pemerintahan dilaksanakan dengan adil dan amanah.

Ekonomi
• Menegakkan keadilan ekonomi dalam masyarakat berdasarkan
kepada sistem jual beli dan mengharamkan riba.
• Memberi kebebasan kepada semua pihak berusaha mencari harta
dan memiliki kekayaan secara halal.
Pendidikan
• Membangunkan sistem pendidikan holistik yang meliputi ilmu
fardu ain dan fardu kifayah.

Perpaduan
• Mewujudkan masyarakat yang saling hormat-menghormati antara
satu sama lain.

Contoh tindakan yang sesuai bagi merealisasikan sistem sosial


Islam dalam kehidupan
• Gotong-royong.
• Program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan).
• Sukaneka.

PELAJARAN 10: Sistem kekeluargaan menurut Islam

• Keluarga ialah unit sosial yang dihubungkan melalui pertalian


darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.
• Keluarga asas terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak.

Ciri-ciri kekeluargaan Islam


• Dibina berdasarkan ketaatan kepada Allah SWT.
• Sentiasa mengamalkan akhlak mulia dan contoh teladan yang baik.
• Melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
• Sentiasa berkomunikasi secara positif.
• Sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain.
Matlamat Institusi Kekeluargaan Islam
• Menjaga kehormatan diri manusia.
• Melahirkan generasi yang bertaqwa kepada Allah SWT.
• Membentuk kesempurnaan akhlak mulia.
• Memastikan kelangsungan zuriat manusia melalui ikatan
perkahwinan yang sah.
• Melaksanakan tanggungjawab manusia sebagai hamba dan
khalifah.
• Menjamin keutuhan sosial dan ekonomi.
• Dapat melaksanakan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan.

Peranan ahli keluarga


Peranan suami
• Sebagai pemimpin keluarga.
• Memastikan ahli keluarga mentaati perintah Allah SWT dan
menjauhi larangan-Nya.
• Menyediakan keperluan asas.
• Memberikan pendidikan yang sempurna.
• Melindungi ahli keluarga.
• Berlaku adil jika berpoligami.

Peranan isteri
• Taat kepada suami selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah
SWT.
• Menjaga rahsia rumah tangga.
• Mengurus hal ehwal rumah tangga.
• Membantu suami dalam mendidik anak-anak.

Peranan bersama suami dan isteri


• Memelihara dan mendidik anak dengan baik.
• Menghubungkan silaturahim antara kedua-dua keluarga.
• Menunaikan hak kepada pasangan.
• Nasihat-menasihati ke arah kebaikan.
• Memelihara kehormatan diri dan maruah.

Peranan anak
• Mematuhi ajaran agama.
• Menjauhi perbuatan mungkar.
• Mematuhi nasihat daripada ibu bapa.
• Menghormati ibi bapa.
• Berbakti kepada ibu bapa.
• Menjaga maruah ibu bapa dan keluarga.
• Mendoakan ibu bapa ketika masih hidup atau telah meninggal
dunia.

Kepentingan pembinaan keluarga


• Memenuhi naluri semula jadi manusia untuk hidup berpasangan
berdasarkan lunas syarak.
• Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
• Memelihara diri daripada maksiat dan penyakit.
• Membina ahli keluarga yang terdidik dengan nilai-nilai Islam.
• Membentuk masyarakat yang bertamadun berteraskan syariat Islam.
• Memastikan kelangsungan zuriat manusia melalui ikatan
pernikahan yang sah.
• Menjalinkan cinta dan kasih sayang berlandaskan peraturan syariat.
Cara pembinaan keluarga Islam
• Solat berjemaah.
• Makan bersama.
• Beriadah dan berekreasi.
• Meraikan kejayaan.

PELAJARAN 11: Prinsip pergaulan menurut Islam

• Pergaulan dalam Islam ialah merujuk kepada komunikasi antara


seorang individu dengan individu lain berteraskan syariat Islam.
• Islam menggalakkan pergaulan pergaulan yang memberikan
manfaat.
• Pergaulan dalam Islam mestilah mengambil kira batas-batas
mahram, jantina dan juga jenis aktiviti yang dijalankan.

Asas pergaulan dalam Islam


Saling mengenali (ta’aruf)
• Memberi salam ketika bertemu.
• Mengenal latar belakang antara satu sama lain.
• Berkomunikasi dengan sopan.

Saling memahami (tafahum)


• Bersikap lapang dada.
• Saling nasihat-menasihati.
• Menjauhi sikap adu domba (namimah)

Saling bekerjasama (ta’awun)


• Saling tolong-menolong ke arah kebaikan.
• Prihatin antara satu sama lain.
• Menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Prinsip pergaulan
• Bermatlamatkan keimanan.
• Berlandaskan syariat Islam.
• Memberikan panduan berinteraksi sesama manusia berdasarkan
ajaran Islam.
• Menghormati antara satu sama lain.
• Bekerjasama dalam perkara kebaikan dan mencegah kejahatan.
• Mengutamakan keamanan dan keharmonian.

Adab pergaulan dalam Islam


• Menjaga tutur kata supaya tidak menyakiti hati orang lain.
• Berlaku adil dan ihsan terhadap semua manusia.
• Menghormati dan tidak menghina orang lain.
• Bersangka baik.
• Menjaga batasan pergaulan antara lelaki dengan prempuan.
• Menjaga batasan aurat.

Sifat mahmudah dalam pergaulan


• Ikhlas.
• Benar.
• Amanah.
• Penyayang.
• Sopan.
• Menghormati.
• Bersangka baik.
• Bekerjasama.

Cara-cara memupuk sifat mahmudah


• Mempelajari ilmu yang benar.
• Dilatih dan dipupuk sejak kecil.
• Mempraktikkan sifat mahmudah dalam pergaulan sesama manusia.
• Menggalakkan kesediaan setiap individu untuk sentiasa
mengamalkan nilai-nilai Islam.
• Membudayakan sifat mahmudah pada seluruh lapisan masyarakat.

Kepentingan prinsip pergaulan Islam


• Memelihara kesucian dan maruah umat Islam.
• Membentuk masyarakat yang harmoni, saling memahami dan
membantu antara satu sama lain.
• Melahirkan manusia yang bertaqwa, istiqamah dan berdisiplin.
• Mengukuhkan institusi perkahwinan.
• Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
• Menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang dimurkai
Allah SWT.
• Mengelakkan keruntuhan akhlak dan maksiat secara berleluasa
dalam kalangan masyarakat.
• Membanteras perlakuan yang menyalahi fitrah.
PELAJARAN 12: Hiburan menurut Islam

Maksud hiburan
• Sesuatu perkara yang dapat menghiburkan dan menggembirakan
hati seseorang yang selari dengan kehendak syarak.

Konsep hiburan dalam Islam


• Bertujuan mengagungkan Allah SWT dan mendidik jiwa.
• Meliputi aspek iman dan akhlak.
• Berhibur selari dengan kehendak syariat.
• Hiburan sebagai memenuhi tuntutan fitrah manusia.
• Membangunkan potensi umat Islam dalam seni hiburan.

Adab dan etika dalam berhibur menurut Islam


• Hiburan yang boleh meningkatkan keimanan.
• Hiburan yang tidak bercanggah dengan syarak.
• Sentiasa memelihara ibadah wajib ketika berhibur.
• Berhibur secara sederhana dan tidak melampaui batas.
• Tiada unsur yang merosakkan akidah dan maksiat.
• Hiburan yang berteraskan nilai akhlak Islam.
• Tidak mengganggu atau menzalimi orang lain.
• Menghasilkan karya hiburan yang asli.

Kepentingan adab dan etika hiburan


• Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
• Mengetahui batasan manusia dalam berhibur.
• Menjaga jiwa dan maruah diri.
• Menghasilkan hiburan yang selari dengan nilai akhlak Islam.

Garis panduan hiburan dalam Islam


• Bertujuan untuk perkara kebaikan.
• Betulkan niat mengadakan program untuk mendapatkan keredaan
Allah SWT.
• Program hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.
• Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat serta tidak jarang,
ketat dan menampakkan bentuk tubuh badan.
• Sentiasa memelihara ibadah wajib sewaktu bersukan seperti solat.
• Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan.
• Gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat.
• Menghormati waktu solat.
PELAJARAN 13: Kesenian menurut Islam

• Kesenian Islam bermaksud aktiviti seni atau hasil karya yang


dicipta dengan menggunakan bakat dan kreativiti manusia bagi
menzahirkan keindahan dan kehalusan yang menepati syarak.

Contoh kesenian dalam Islam


• Seni bina, khat/kaligrafi, seramik/arca/ukiran, lukisan/mural, reka
fesyen, fotografi, muzik, filem/drama, tarian, senjata, nyanyian,
penulisan.

Konsep kesenian Islam


• Mengagungkan Allah SWT.
• Berteraskan syariat Islam.
• Meliputi aspek iman dan akhlak.
• Bersifat menyeluruh meliputi fizikal dan kerohanian.
• Membangun potensi umat Islam.

Adab dan etika kesenian Islam


• Menghasilkan kesenian yang boleh meningkatkan keimanan.
• Hasil seni yang tidak bercanggah dengan syarak.
• Kesenian yang berteraskan nilai akhlak Islam.
• Sentiasa memelihara ibadah wajib ketika berkarya.
• Mencipta karya yang asli.
• Berkarya secara sederhana dan tidak melampaui batas.
• Tiada unsur merosakkan akidah dan maksiat.
• Tidak mengganggu atau menzalimi orang lain.

Kepentingan adab dan etika kesenian menurut Islam


• Mengakui dan meyakini kekuasaan Allah SWT yang Maha
Berkuasa lagi Maha Menciptakan.
• Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
• Memenuhi fitrah manusia yang menyukai keindahan selari dengan
syarak.
• Mengetahui batasan manusia dalam berkarya.
• Memberi panduan dalam menghasilkan seni yang menepati nilai-
nilai akhlak Islam.
• Mempamerkan kecemerlangan tamadun Islam.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN B


Contoh cara menjawab soalan (nyatakan, berikan, senaraikan)

Berikan empat contoh akhlak mazmumah. (4m)


Jawapan:
Empat contoh akhlak mazmumah ialah
1. Putus asa.
2. Khianat.
3. Kufur.
4. Memandang hina orang lain.

Contoh cara menjawab soalan (jelaskan, terangkan, huraikan)

Jelaskan dua ciri akhlak menurut Islam. (4m)


Jawapan:
Dua ciri akhlak menurut Islam ialah
1. Bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
2. Tetap dan tidak berubah sepanjang zaman.

Terangkan dua cara memupuk akhlak mulia. (4m)


Jawapan:
Dua cara memupuk akhlak mulia ialah
1. Sentiasa bermuhasabah diri (isi) agar dapat mengetahui kelebihan
atau kekurangan diri sendiri. (huraian)
2. Mencontohi dan meneladani akhlak Rasulullah SAW (isi) agar kita
berpekerti mulia. (huraian)

Contoh cara menjawab soalan KBAT

Rakan anda Azwan Aliff sering menggunakan perkataan-perkataan


kurang sopan ketika berbicara.

Berdasarkan situasi di atas, jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh


anda sebagai langkah mengembalikan manusia kepada fitrah sebenar.
(4m)
Jawapan:
Saya akan cuba untuk menasihatinya (isi) agar beliau segera
meninggalkan perbuatan yang boleh mengundang dosa (huraian
ringkas). Kesannya, jika beliau menggunakan kata-kata yang baik
ketika berbicara, beliau akan dihormati oleh orang lain. (huraian
lengkap). Oleh itu, kita mestilah menjadi seorang muslim yang sentiasa
berakhlak berperibadi mulia agar dikasihi Allah SWT . (kesimpulan)
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD SHAHIDAN BIN ILYAS
SMK MACHANG BUBUK, BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
1

Anda mungkin juga menyukai