Anda di halaman 1dari 8

1

TEKS PENGACARA
MAJLIS PENUTUP MAJLIS TADARUS AL-QURAN
PERINGKAT ZON DONG
12 MAC 2019 BERTEMPAT DI SK TEMAU
BIL TINDAKAN
AGENDA SKRIP
1 12.00 Petang Para hadirin yang saya hormati sekalian. Ismiyah
Acara
Penutupan Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya murid-
murid, guru-guru pengiring dan para hadirin dapat mengambil
Pengumuman tempat masing-masing.
awal
Para hadirin sekalian.

Makluman kepada semua peserta Majlis Tadarus Al-Quran.


Sekiranya anda diumumkan sebagai pemenang, untuk mengambil hadiah di
atas pentas, sila gunakan tangga sebelah ________ pentas dan turun di
sebelah ________ pentas.

Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih

SETELAH DIBERI ISYARAT KETIBAAN, BOLEH BUAT PENGUMUMAN

2 Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Ismiyah


tetamu
kehormat
, …………………………………………………………………………………………………….
Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Raub
dan dif-dif jemputan ke Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Zon Dong.
PERARAKAN MASUK PERASMI DAN DIF JEMPUTAN
SETELAH PERASMI DAN DIF JEMPUTAN DUDUK
Hadirin dipersilakan duduk.
2

3 Kata aluan ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ Yati


‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬
Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolati wassalamu ‘ala ashrafil
anbia iwalmursalin.
Wa’ala alihi wa ashabihi ajma’in
Robbishrohli……

Yang berbahagia Encik


……………………………………………………………………………………………………………….,
…………………………………………………………………
.Pegawai Pendidikan Daerah Raub

Yang berusaha Encik Jaafar Bin Omar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Tanjung Raja, merangkap Pengerusi MGB Zon Dong dan pengerusi
jawatankuasa pengelola, Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Zon Dong.

Yang Berusaha Encik ……………………………………………………………., Penyelia


Kanan Pendidikan Islam Daerah Raub

Yang Berusaha Encik Dzulkarnain bin Suboh, Penolong PPD j-QAF,

Yang berusaha Encik Suzairi bin Sulaiman, Penyelia Pendidikan


Islam Daerah Raub

Guru-guru besar

Jawatankuasa pengelola

Guru-guru pengiring

Para peserta

Dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah


sekalian. Ahlan wa sahlan saya ucapkan.

Dalam suasana ceria dan gemilang,


3

Dari Dewan ......................... Sekolah Kebangsaan Temau, Ismiyah


Majlis mengalu-alukan Kedatangan hadirin sekalian ke dalam
Majlis Penutupan Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Zon Dong.
Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari;
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa
syukur ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana
dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita bertemu dalam Majlis
Penutupan Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia peringkat Zon Dong.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran


yang berbahagia Encik ………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………
Pegawai Pendidikan Daerah Raub
kerana sudi hadir merasmikan Majlis Penutupan Tadarus Al-
Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
peringkat Zon Dong pada hari ini.

Dengan tema kali ini iaitu “Al-Quran Pembawa rahmat untuk


Umat”, semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan
yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat
martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk
utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan
akhirat.

4 Bacaan doa Hadirin hadirat yang dirahmati Allah, Yati

Al-Quran diturun sebagai penyuluh,


Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.

Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan Al-


Fadhil Ustaz Badrul Hisham bin Ibrahim untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.

Bacaan doa
4

Majlis mengucapkan terima kasih kepada al-fadhil ustaz atas


bacaan doa itu tadi.
5 Ucapan Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian, Ismiyah
Aluan
Seorang pemimpin hebat,
Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.

Justeru, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang


berusaha En Jaafar Bin Omar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjung
Raja, merangkap Pengerusi MGB Zon Dong dan pengerusi
jawatankuasa pengelola, Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-
sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Zon Dong
untuk menyampaikan ucapan aluan. Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan.

Ucapan>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan sebentar


tadi.

6 Ucapan Sidang warga dewan yang dirahmati Allah sekalian, Yati


perasmi
Cempaka sari warisan sejati
Menjadi kebanggaan seisi negeri
Ucapan perasmi memang dinanti
Berilmu tinggi bijak bestari.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia


Encik ……………………………………………………………………………………………….,
…………………………………………………………………. Pendidikan Daerah Raub
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis
penutupan Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia peringkat Zon Dong.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.....


5

- Ucapan Perasmian

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulillah wassola tannabi;
Dengan takbir llahi Rabbi,
Selesailah sudah upacara merasmi.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi


penghargaan kepada atas ucapan dan kesudian menyempurnakan
majlis perasmian sebentar tadi.

7 Ulasan Hadirin sekalian Ismiyah


ketua
jemaah Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita
hakim mengetahui keputusan pertandingan yang telah dilaksanakan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik


Shahdan Bin Hassan selaku pengerusi Jemaah hakim untuk
memberikan ulasan keputusan pertandingan dalam Majlis Tadarus
Al-Quran. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan..

Ucapan >>>>>>>>>>>

Terima kasih diucapkan atas ulasan itu tadi.

8 Majlis Hadirin dan hadirat sekalian… Yati


penyampaian
sijil /hadiah. Kini tibalah masa ke kemuncak acara ,bagi menyaksikan
penyampaian sijil dan hadiah kepada yang terbaik antara yang
baik. Sebelum itu,majlis berbesar hati mempersilakan Yang
Berusaha Encik Jaafar Bin Omar menjemput dan mengiringi Yang
Berbahagia Encik …………………………………………………………………………..
untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang.

1-Sijil Penghargaan untuk jemaah hakim..

Dimulakan dengan sijil penghargaan untuk jemaah hakim.

Dipersilakan Encik Shahdan Bin Hassan selaku pengerusi Jemaah


Hakim.
6

Seterusnya………………………………………………………………………………….

Dan……………………………………………………………………………….

2- Sijil Penyertaan untuk sekolah-sekolah yang mengambil


bahagian.

Di persilakan guru pengiring.


Sebut nama sekolah>>>>>>>>>>>>>>

9 Penyampaian Seterusnya di jemput pemenang Pertandingan ___________ . Ismiyah


hadiah
Pemenang tempat ketiga dipersilakan ____________________
dari sekolah kebangsaan _______________.

Naib Johan _________________________ dari sekolah


kebangsaan _______

Dan johan pertandingan ____________________ iaitu


_______________ dari sekolah ___________.

Seterusnya di jemput pemenang Pertandingan


……………………………………………………….

Yati
7

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan tahniah juga


kepada sekolah –sekolah yang mengambil bahagian .Terima kasih
diucapkan kepada Yang Berbahagia _________________.
Mohon Yang Berbahagia ______________________ untuk
terus berada di atas pentas bagi majlis penyampaian cenderahati.

Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga,majlis dengan ini


mempersilakan Yang Berusaha Encik Jaafar Bin Omar untuk
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang
Berbahagia Encik …………………………………………………………………………. .
Majlis mempersilakan….

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaiann cenderamata


itu tadi.

11 Penutup Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis. Ismiyah

Dari mana asalnya, usah diusul,


Molek budinya menambat hati;
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.

Bintang barat terbitnya petang,


Bintang timur terbitnya pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Tersisa umur bertemu lagi.

Dikesempatan ini, mewakili jawatankuasa pengelola pertandingan


memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang
kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Terima kasih sekalung budi yang tidak terhingga kepada Yang


Berbahagia Encik ………………………………………………………………………….. ,
tuan-tuan, Puan-puan hadirin dan hadirat sekalian kerana sudi
melapangkan masa memeriahkan majlis.

Ditamatkan Majlis yang indah berseri menjunjung kasih


menjunjung budi dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik
Jaafar Bin Omar untuk mengiringi Yang Berbahagia
…………………………………………………………………… ,dan Dif-dif jemputan
untuk ke dewan bagi menikmati sedikit hidangan.
8

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah


wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai