Anda di halaman 1dari 4

Bismillah Hirrahmanirrahim....

Alhamdulillahhirabbilalamin...
RABBISSRAHLISADRI WAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI
YAF KHAHUL KAULI...

***
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Melayang serindit di atas permatang, 


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang, 
Awal BismilLah pembuka bicara.

Dari Raub pergi ke Pontian,


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

Yang Berusaha , Pn. Noraizah binti Shaharuddin Pengetua SMK Desa Tun
Hussein Onn,
Yang berbahagia, Al-Fadhil Ustaz Abdul Muhaimin Bin Abirerah selaku tuan
penceramah kita pada hari ini. 
Yang dihormati, En. Norazhar bin Mahmud, Penolong Kanan Tadbir dan
Kurikulum,
Yang dihormati ……………………, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 
Yang dihormati, Pn. Siti Najwa binti Hashim, Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang dihormati, Pn. Zainon binti Khalid, Penolong Kanan Petang. 
Barisan Guru Kanan Bidang Matapelajaran, 
Barisan Guru, Serta semua pelajar SMK Desa Tun Hussein Onn,

Assalamualaikum w.b.t.

***
Sarung ketupat berisi inti, 
Dibawa budak sambil berlari, 
Kehadiran semua sangat dihargai, 
Moga Majlis bertambah seri.

Bunga mawar cantik tersemat, 


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat, 
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis
menjemput wakil murid saudara Mohd Fahmi Bin Shahfizal untuk memimpin
bacaan bacaan doa. Dipersilakan.
Aamiin, ya robbal ‘aalamin...
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada di atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Hari ini bertarikh 3 Ogos kita berhimpun bagi tujuan sambutan Maal Hijrah peringkat
SMK Desa Tun Hussein Onn bagi tahun 2022M bersamaan 1444H. Majlis ini
bertujuan untuk mengenang sempena Peristiwa Penghijrahan Rasulullah SAW dan
para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Tema pada tahun ini
adalah ‘Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran’.

***
Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,

Marilah kita bersama-sama untuk menghayati BACAAN AYAT SUCI ALQURAN


yang akan disampaikan oleh Saudara Muhammad Anas Hakim bin Adly. Ayat suci
al-Quran yang akan diperdengarkan daripada surah an-Nisa’ ayat 97 - 100.

Shodakollahul ‘azim...

Indahnya ayat al-Quran yang telah diperdengarkan tadi. Setinggi penghargaan


kepada saudara Anas atas komitmen bacaan al-Quran itu tadi.

***
UCAPAN PENGETUA

Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat daripada Pn. Noraizah binti


Shaharuddin, Pengetua SMK Desa Tun Hussein Onn. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Pengetua…)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada puan pengetua atas ucapan dan
amanat sebentar tadi. Di harapkan segala yang disampaikan dapat kita ambil
pengajarannya.

***

CERAMAH

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Berkat rimbunnya si pokok jati,


Tempat burung selalu bertemu,
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu
Semua hadirin sediakan buku catatan untuk mencatat ilmu yang akan disampaikan.
Akan ada kuiz spontan di akhir ceramah nanti.

Sedikit latar belakang tuan penceramah.

…..

Masa yang ditunggu sudah tiba. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
pagi ini akan diteruskan dengan ceramah Maal Hijrah yang akan disampaikan oleh
Al-Fadhil Ustaz Muhaimin bin Abirerah

Majlis dengan ta’zimnya mempersilakan.

(Ceramah bermula…)

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Muhaimin di atas ceramah yang


telah disampaikan sebentar tadi. InsyaAllah segala ilmu yang telah disampaikan
dapat sama-sama kita amal dan sampaikan kepada orang lain.

Bintang-bintang terbit pagi,


Di selaput oleh awan putih,
Tuan sudi datang kemari,
Salam dihulur penuh kasih

Seperti yang dijanjikan di awal majlis, terdapat 10 soalan yang akan dipersoalkan.
Baiklah. Saya akan membaca soalan yang pertama.

Sebelum terlupa, saya menjemput Ustaz untuk menyampaikan hadiah kepada murid
yang menjawab soalan dengan tepat.

(SOALAN DI BACA…)

PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAHATI

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha __________________ (Pengetua)


di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi. 
Terima kasih, syukran jazilan yang berbahagia ustaz atas kesudian menyampaikan
ceramah pada hari ini.

PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,


Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.
Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini
samada secara langsung mahupun tidak.

Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dan tiada untaian kata
yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang
tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan Ceramah Maal Hijrah
pada tahun ini.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih
kaffarah dan surah al  ‘Asr.

Anda mungkin juga menyukai