Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGERUSI MAJLIS

PERKHEMAHAN KEPIMPINAN
SMK DAMAI JAYA

BIL CUE / TEKS PENGACARA


ATURCARA
1 Pengumuman Assalamualaikum W.B.T
Para hadirin diminta bersedia kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi

2 Ucapan Bismillah…..
pembukaan dan Assalamualaikum wbt DAN Salam sejahtera,
alu-aluan
Jambangan bunga cantik dikarang,
Dihias indah si anak dara
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang dihormati,
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Damai Jaya,
En. Mat Sabri Bin Hashim
guru-guru, fasilitator, seterusnya rakan-rakan sekalian.

3 Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi, kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam majlis penutup
PERKHEMAHAN KEPIMPINAN
SMK DAMAI JAYA bagi tahun 2023.

4 Ucapan jemput Sidang hadirin sekalian


pembaca doa
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh
tautan, Doa dipohon penuh
pengharapan, Agar majlis mendapat
keberkatan.

Untuk maksud itu, majlis dengan sukacita mempersilakan

untuk memimpin bacaan doa.


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

5 Ucapan terima Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.


kasih kepada Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada __________________ atas
pembaca doa pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

1
6 Ucapan Untuk makluman hadirin sekalian, Program PERKHEMAHAN KEPIMPINAN
pengenalan SMK DAMAI JAYA kali ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh
program kokurikulum dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Damai Jaya.

Program yang dianjurkan ini disertai oleh ahli jawatan kuasa tertinggi setiap unit
uniform, kelab persatuan dan, sukan permainan dan rumah sukan. Program ini
melibatkan 123 orang peserta bagi tujuan meningkatkan kemahiran, pengetahuan
dan kecergasan fizikal dalam memupuk sikap kepimpinan dalam diri murid.

2
7 Ucapan 1 Hadirin yang dihormati sekalian,

Adat berbahasa menyampaikan


pesan, Adat majlis menyampaikan
ucapan.

Sebagai tirai pembuka bicara, majlis mempersilakan


Cikgu Mohd Ibshamsalwadi bin Ibrahim
Ketua Kem Komanden, Program Perkhemahan Kepimpinan SMK Damai Jaya
untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

(ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Cikgu Mohd Ibshamsalwadi bin Ibrahim
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

8 Ucapan 2 Seterusnya, majlis menjemput Cikgu Mat Sabri Bin Hashim, Penolong
Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(ucapan)

Terima kasih atas ucapan sebentar tadi.


9 Ucapan
Perasmian Emas tempawan buatmu puteri,
Penutup Busana indah di malam kelam,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan


Tuan Hj Mustafa Bin Mohamed Salleh
YDP PIBG SMK Damai Jaya untuk menyampaikan ucapan, seterusnya
merasmikan majlis penutup Program Perkhemahan Kepimpinan SMK Damai Jaya,
dengan sukacitanya mempersilakan.

(ucapan)

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Hj


Mustafa Bin Mohamed Salleh atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar
tadi. .

3
9 Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian,
hadiah dan
cenderamata Majlis diteruskan lagi dengansesi penyampaian hadiah

Oleh itu, majlis mempersilakan YDP PIBG,


Tuan Hj Mustafa Bin Mohamed Salleh
Diiringi Cikgu Mat Sabri Bin Hashim, Penolong Kanan Kokurikulum untuk
menyampaikan hadiah.

Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan penyerahan sijil penyertaan


Program Perkhemahan Kepimpinan.
Majlis mempersilakan wakil bagi kumpulan 1 untuk menerima sijil.
-
--------diikuti kumpulan 2 hingga kumpulan 10-------

Hadirin

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan sijil penghargaan kepada barisan


fasilitator UTM

1. ZULKARNAIN BIN ZAINAL ( ketua fasilitator )

2. MOHD JOHAR BIN MOHAMAD JAMLUDIN

3. MUHAMAD AZNUR BIN BAHARUDIN

4. ANIS NUR ALIAH BINTI SAMSUDIN

5. MOHAMAD AMIRUL AFIQ BIN AZMAN

6. MUHAMMAD HIDAYAT BIN MD YUSOF

7. NOOR AZILAH BINTI AZIZ

8. SITI NURSYAHIRA BINTI MOHD SAYUTI

9. VERONICA A/P MAHDAN

10. KU NOR AIRUL AFIZUL BIN KU RIYA

11. NURHAZIQ ZAKWAN BIN MOHD KAMARUL

12. FATIN FARHANA BINTI RAMLEE

13. NUR AINA ZAFIRA BINTI ABDULLAH

14. SHARUL HAIZAM BIN ABAS

15. WAN AFRINA BATRISYIA BINTI WAN AHMAD SAZLI

16. MOHD HANIS BIN AZIZ

Seterusnya, majlis menjemput ……………………………..

4
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput guru praktikal UTM, juga

merangkakfasilitator program perkhemahan kita pada kali ini.

1. NUR WAHIDA AMALIN BINTI MUHAMMAD HELMI KANNAN

2. NURUL NAJIHAH BINTI MOHD SHAMSUDDIN

3. NUR SYAZATU AYUNI BINTI MOHAMAD ZAKRI

4. MUHAMMAD SYARIFILLAH BIN SA’DON

5. KOAY XIN YUAN

6. FELICIA CELINE FRANCES

7. JEEVA SRI SIVAKUMARAN

Seterusnya, dijemput pula Cikgu Mat Sabri Bin Hashim untuk menyampaikan
sedikit cenderahati kepada YDP PIBG, Tuan Hj Mustafa Bin Mohamed Saleh
atas kesudian merasmikan majlis penutup Program Perkhemahan
Kepimpinan peringkat SMK Damai Jaya pada tahun ini.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj Mustafa Bin


Mohamad Saleh di atas kesudian menyampaikan cenderahati kepada semua
penerima.

5
10 Penutup Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat mempelai direnjis dipilis
Senyum-senyum jangan tak
senyum Sudah kita di penghujung
majlis.

Saya mewakili pihak penganjur, mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini.

Semoga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-NYA dan tiada untaian
kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan terima kasih
yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan majlis kita
pada hari yang penuh keberkatan.

Sekian sahaja, salam hormat dan terima kasih

Wa Billahi Taufiq walHidayah Wassalamu ‘Alaikum Wa Rahmatullahi Wa


Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai