Anda di halaman 1dari 6

AGENDA TEKS

MENGUMUMKAN Mengumumkan ketibaan :


KETIBAAN VIP Yang Berusaha Pn Salasiah binti Said Guru Besar SK Jaya
Bakti
NYANYIAN LAGU Sebagai bukti dan cintakan negara, Majlis dimulakan dengan
lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.
PEMBUKAAN Sireh berlipat sirih pinang
DAN SALUTASI
Sireh asal Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Assalamualaikum pembuka bicara

Assalamualaikum wrth, salam sejahtera dan salam satu

Malaysia

Yang Berusaha

1. Pn. Salasiah binti Said Guru Besar SK Jaya Bakti

Yang Dihormati

2. En. Jamil Haris bin Hj Abbdul Karim Penolong Kanan

Pentadbiran

3. En. Radzi bin Mohamed Razlan Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid

4. En. Jusrin bin Hj Anuar Penolong Kanan Kokurikulum

5. En Muhamad Shauqi bin Che Soh Penyelaras Kem

Motivasi

6. Kecemerlangan 2020.

7. En Mohd Shardee bin Makli selaku kem komanden

8. Para Fasilitator, para guru

9. Saudara Mohd Ilham Shah bin Shamsudin dan

10. Saudari Nur Aisyah binti Basri selaku penghulu dan


penghuluwati kem motivasi kecemerlangan 2020

11. Rakan-rakan peserta Kem Serta hadirin hadirat yang

dikasihi sekalian..
ALUAN Tinggi sungguh batangnya pinang
PENGACARA
Rendang pula pohon bidara
MAJLIS
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan

izin dan limpah kurnianya dapat kita sama – sama berkumpul

Di Dewan SK Jaya Bakti pada pagi ini bagi menjayakan Majlis

Penutupan Rasmi Program Kem Motivasi Kecemerlangan

2020.

Selamat datang kami ucapkan dan berikan tepukan yang

gemuruh.
BACAAN DOA Senjata mukmin adalah doa
Doa tulus diberkati allah
Bersama-sama menadahkan doa
Moga majlis penuh barakah

Bagi memberkati majlis pada pagi ini. Majlis mempersilakan

1. Saudara Rezky Putra bin Sudirman

untuk memimpin bacaan doa. Sukacitanya mempersilakan...

Amin..amin..ya rabbal alamin..

Terima kasih diucapkan...


ALAUAN MC Hadirin Sekalian,

Larutnya malam penat dan lelah


Tidur lena bantal dialaskan
Program bermakna tamatlah sudah
Manis lafaz tahniah diucapkan
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta kerana

telah berjaya melaksanakan Program Kem Motivasi

Kecemerlangan bagi tahun 2020. Malah, sepanjang satu hari

setengah kem ini dijalankan, pelbagai pengalaman dan ilmu

baru telah dapat digarap oleh murid-murid terutama pada

mereka yang julung-julung kalinya mengikuti program seperti

ini. Melalui program ini, murid-murid juga dapat menyiapkan

diri dan bersedia untuk menjadi seorang yang cemerlang dari

sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Oleh itu, murid-

murid juga boleh mengaplikasikan ilmu dan pengalaman yang

telah perolehi dan sekaligus meningkatkan keyakinan diri.


UCAPAN WAKIL Hadirin sekalian,
MURID
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan saudara

Mohammad Ilham Shah bin Shamsudin untuk menyampaikan

ucapan alu-aluan.

Sukacitanya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan.

UCAPAN Hadirin yang dimuliakan,


PENUTUPAN
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha

Pn Salasiah binti Said Guru Besar SK Jaya Bakti untuk

menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi

Program Kem Kecemerlangan 2020.

Dengan takzimnya majlis mempersilakan.


Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang

Berusaha Pn Salasiah binti Said Guru Besar SK Jaya Bakti

atas ucapan penutupan rasmi sebentar tadi.

Pergi berlayar ke PulauTioman

Suasana indah nyaman di mata

Nasihat diberi buat pedoman

Jadi panduan kehidupan kita


BACAAN IKRAR Hadirin hadirat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati

sekalian..

Indah purnama tengahnya malam

Terimbau jasa Ibu pertiwi

lafaz ikrar janji tersulam

janji ditunai buat pertiwi

Majlis diteruskan lagi dengan baacan ikrar sempena kem

motivasi kecemerlangan 2020.

Hadirin diminta bersedia.

Terima kasih diucapkan atas bacaan ikrar sebentar tadi dan

untuk makluman hadirin sekalian, bacaan ikrar tadi dipimpin

oleh Saudara Mohamad Ilham Shah bin Shamsudin.


PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian sijil
SIJIL DAN
ANUGERAH penyertaan dan anugerah.

Dengan ini, majlis sukacitanya mempersilakan

1. Yang Dihormati En Mohammad Shauqi bin Che Soh


Penyelaras Kem Motivasi Kecemerlangan 2020

untuk menjemput dan mengiringi

1. Yang Berusaha Pn Salasiah binti Said Guru Besar SK

Jaya Bakti

Bagi menyempurkan acara penyampaikan sijil dan hadiah.


SIJIL
Penyampaian sijil dimulakan dengan penyampaian sijil

penyertaan.

Dipersilakan ketua kumpulan:

1. Kumpulan 1 untuk menerima sijil.

2. Kumpulan 2 untuk menerima sijil.

3. Kumpulan 3 untuk menerima sijil.

4. Kumpulan 4 untuk menerima sijil

dan

5. Kumpulan 5 untuk menerima sijil.

Seterusnya diumumkan anugerah peserta terbaik kategori

lelaki dan perempuan sempena kem motivasi kecemerlangan

tahun 2020.

1. Anugerah Peserta Terbaik kategori lelaki dianugerahkan

kepada__________________________________________

2. Anugerah Peserta Terbaik kategori perempuan

dianugerahkan

kepada__________________________________________

Tahniah diucapkan kepada peserta dan jutaan terima kasih

diucapkan kepada

1. Yang Berusaha Pn Salasiah binti Said Guru Besar SK


Jaya Bakti

atas kesudian menyampaikan sijil dan anugerah sebentar tadi.


SESI Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan sesi bergambar.
BERGAMBAR
Baiklah, maka dengan ini hadirin, sama-samalah kita

menyanyikan lagu Tema Kem Motivasi Kecemerlangan 2020.

Hadirin diminta bersedia.

Dengan berakhirnya nyanyian lagu tema sebentar tadi maka

berakhirlah sudah Majlis Penutupan Rasmi Program Kem

Motivasi Kecemerlangan 2020.

Dikesempatan ini, saya mewakili pihak majlis ingin memohon

maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang

majlis dan program ini berlangsung.

Kini, Majlis menjemput, dif-dif kehormat, guru besar, para

pensyarah dan hadirin untuk menikmati jamuan yang telah

disediakan.

Sekian.... daripada kami saya ____________dan saya

___________sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai