Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS PERASMIAN GURU PENYAYANG

ANN

Harum Semerbak Bunga Seroja


Dihias Sama Bunga Melati
Madah Pantun Membuka Bicara
Kiasan Indah Buat Penyeri
Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berusaha,
En Muhamad Solahuddin Bin Harun, Pengetua SMK Batu Muda.
Pn Zaiton Binti Mohd Noh, Penolong Kanan Pentadbiran,
En Saifulddin Badli Shah Bin Abdullah , Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
Pn Hafsah Binti Mohd Yusof , Penolong Kanan Ko-kurikulum
En. Mohamad Yussof bin Aminurahman, Penolong Kanan Pendidikan
Khas,
Guru-guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru yang dihormati, para murid
yang dikasihi seterusnya warga SMK Batu Muda sekalian .

Assalamualaikum wbt , Salam Sejahtera, Salam Batu Muda Unggul


Bersama.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi


Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya,kita diberikan
luangan waktu , kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik untuk
kita berkumpul dalam satu majlis wajib yang perlu dilaksanakan iaitu
Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang Tahun 2022. 

Buat makluman warga SMK Batu Muda, pelancaran Amalan guru


penyayang ini bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih di
kalangan guru dan murid khususnya dan dikalangan seluruh warga yang
berada di bawah satu bumbung, SMK Batu Muda. Di samping itu juga
Amalan Guru Penyayang ini dapat menguatkan semangat perpaduan dan
silaturrahim sesama warga sekolah sekaligus menjana suasana pengajaran
dan pembelajaran yang kondusif di sekolah selaras dengan motto... SMK
Batu Muda Unggul Bersama

*********
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan dengan segala hormatnya
menjemput Yang Berusaha, En Muhamad Solahuddin Bin Harun
Pengetua SMK Batu Muda untuk memberikan ucapan seterusnya
melancarkan Program Amalan Guru Penyayang Peringkat sekolah SMK
Batu Muda Tahun 2022. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

----- Ucapan ------

Mohon tuan Pengetua dan dijemput bersama barisan Penolong Kanan


untuk berada dipentas bagi gimik Pelancaran.

--- potong riben, penyerahan Modul----

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyerahan rasmi Modul mentor


mentee kepada Mentor di mana mentor terdiri daripada guru Tingkatan.
Majlis dengan ini menjemput wakil Mentor iaitu Penyelaras Tingkatan
untuk menerima modul berkenaan.

1. Pn Musliha bt Zawawi – Penyelaras Ting 3


2. Pn. Zaleha bt Muhammed – Penyelaras Ting 4
3. Pn. Norhaida bt Muhammad – Penyelaras Ting 5

Ucapan, Gimik dan penyerahan Mentor ’On Air’

Demikianlah tadi ucapan, gimik pelancaran dan acara penyerahan Modul


Mentor Mentee yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, En
Muhamad Solahuddin Bin Harun bersama barisan pentadbir. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih.

*********
Untuk makluman warga sekolah, Program Amalan Guru Penyayang adalah
projek KPM yang diturunkan ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia,
dilaksanakan oleh kita semua dan kami Unit Bimbingan dan Kaunseling
diberi mandat untuk menyelaraskan program ini. Antara objektif bagi
program ini adalah untuk

 Meningkatkan sifat kepedulian (concerned) guru kepada murid


 Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh guru
dan warga sekolah,
 Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras
dengan keperluan semasa
 Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam diri muriddan juga guru
Program-program di bawah Amalan Guru Penyayang yang kita jalankan di
sekolah

 Mengalu-alukan kehadiran murid


 Program Mentor Mentee
 Sambutan Hari Lahir
 Ziarah Cakna

Warga SMK Batu Muda yang dihormati,

Wahai murid-muridku sayang,

Setiap detik masa berlalu pergi


Setiap waktu menghitung hari, Agar kamu tidak terkapai-kapai
Dugaan sentiada menghampiri, Lemas dalam dunia kejahilan
Kadangkala melangkau kemampuan diri, Agar kamu terus bangun
berdiri,
Kami ajar kamu ilmu pengetahuan Menerjah badai yang penuh
Kami ajar kamu ilmu kehidupan onak duri,
Kami didik kamu nilai kasih sayang; Merempuh segala dugaan
mendatang
Kami garapkan kelebihan dan potensi diri
Kami tanamkan benih-benih rohani Moga kamu menjadi insan
cemerlang.

Warga SMK Batu Muda sekalian,

Majlis ini sudah sampai kepenghujungnya. Kami seluruh warga kerja


program guru penyayang ingin merakamkan sekalung penghargaan dan
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan Program Amalan Guru Penyayang tahun
2022. 

Sayang Kasturi Di Tepi Kali


Daun Selasih Berbunga Serumpun,
Saya Dengan Ini Menyusun Jemari
Tersilap Bicara Harap Diampun.

Sekian, wabiilahitaufik.....

Anda mungkin juga menyukai