Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatu wassalamuala


asyrafil anbiya iwal mursalin, wa ala alihi wasahbihi ajma’in.
 
Dari Johor hendak ke Pekan,
Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.
 
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh dan Salam Sejahtera

Yang Berusaha, Pn Mardziyyah bt Hassim, Pengetua SMK Aminuddin Baki,


Chemor
Pn. Latipah bt Omar, Guru Penolong Kanan Petang, SMK Aminuddin Baki,
Chemor
Cik Faridah bt Yang, pembantu Penolong Kanan Petang
Guru-guru,
serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran
ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada hari yang mulia ini kita dapat
sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Pelantikan Badan
Kepimpinan Sekolah, SMK Aminuddin Baki Chemor bagi tahun 2022.

Hadirin sekalian, sebelum majlis beranjak jauh, majlis akan dimulakan dengan
bacaan doa.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, ____________________,


untuk menerajui bacaan doa, agar majlis kita diberkati hendakNya.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

-------------------------------------------BACAAN DOA------------------------------------------

Amin amin ya rabbal alaminnn…


Guru-guru dan pelajar sekalian, Tujuan majlis seumpama ini diadakan adalah
untuk mengiktiraf peranan pemimpin pelajar dalam menyumbang kepada
kejayaan sekolah, disamping dapat menyemai sikap bertanggungjawab terhadap
tugasan yang diamanahkan oleh pihak sekolah.
Semoga dengan penyerahan tugas ini nanti, akan menjadikan mereka pemimpin
pelajar yang berdedikasi dan amanah, dalam menjalankan tugas.
Tanpa membuang masa, dengan ini mengumumkan perarakan masuk barisan
pemimpin pelajar SMK Aminuddin Baki dengan diketuai oleh
___________________. Dipersilakan.

---------------------------------Pengawas Bergerak Masuk------------------------------


Pemimpin pelajar ini terdiri daripada
Pengawas Sekolah,
Pengawas pusat sumber,
Pembimbing Rakan Sebaya,
Majlis Ketua Tingkatan,
Yang telah dilantik berdasarkan peribadi mereka yang baik, dapat memikul
tanggungjawab dengan jujur, berani, dedikasi dan bijak dalam membuat
keputusan. Diharapkan dengan adanya barisan kepimpinan ini, dapat membantu
guru-guru dalam semua urusan sewaktu persekolahan. InsyaAllah.
Bagi menyempurnakan majlis watikah pelantikan ini, majlis dengan ini
menjemput Cik Faridah bt Yang bagi mengiringi Pn Latipah bt Omar bagi sesi
penyerahan watikah pelantikan. Dipersilakan.
Dipersilakan, ___________________, Ketua Pengawas SMK Aminuddin Baki
Chemor untuk menerima watikah pelantikan.
Seterusnya, dijemput ___________________, Ketua Pengawas Pusat Sumber
SMK Aminuddin Baki untuk naik ke pentas.
Seterusnya, dijemput ___________________, Ketua Pembimbing Rakan Sebaya
SMK Aminuddin Baki untuk naik ke pentas.
Seterusnya, dijemput ___________________, Ketua MKT SMK Aminuddin Baki
untuk naik ke pentas.
Terima kasih diucapkan kpd Pn Latipah atas kesudian menyampaikan watikah
sebentar tadi. Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar yang akan diketuai oleh
_____________________________ Dipersilakan.

----------------------------------------------IKRAR-------------------------------------------
Demikian tadi bacaan lafaz ikrar Mudah-mudahan dengan lafaz ikrar itu tadi
akan menjadikan badan kepimpinan sekolah ini lebih komited dalam
menjalankan tugas.
------------------------------(Pengawas dibenarkan duduk)--------------------------------
Guru-guru dan para pelajar sekalian, majlis diteruskan lagi dengan menjemput
____________________________ untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Dengan berakhirnya penyampaian watikah itu tadi, maka berakhirlah Majlis
Pelantikan Badan Kepimpinan Sekolah, SMK Aminuddin Baki Chemor bagi
tahun 2022. Semoga dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan semua
pemimpin pelajar dalam melaksanakan dan menjalankan tugas yang
diamanahkan.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di lain acara bersua lagi

Sekian, terima kasih. Semua murid boleh berdiri sekarang.

Anda mungkin juga menyukai