Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH

PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH SMK DATUK HAJI


AHMAD SAID BAGI TAHUN 2022

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatu wassalamuala


asyrafil anbiya iwal mursalin, wa ala alihi wasahbihi ajma’in.
 
Dari Johor hendak ke Pekan,
Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.
 
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera.

Yang Berusaha, Pn Zarifah Binti Omar , Pengetua, SMK Datuk Haji Ahmad
Said
En Abd Razak Bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Zarina binti Zakaria, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Mat Jasmin bin Mat Jiran, Penolong Kanan Kokurikulum dan Yang
dihormati ASP Norfaizal bin
Guru-guru, serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran
ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita
dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Pelantikan Pemimpin
Sekolah , SMK Datuk Haji Ahmad Said bagi tahun 2022.
Guru-guru dan pelajar sekalian, Tujuan majlis seumpama ini diadakan adalah
untuk mengiktiraf peranan pemimpin pelajar dalam menyumbang kepada
kejayaan sekolah disamping menyemai sikap bertanggungjawab terhadap tugasan
yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Semoga dengan penyerahan tugas ini
nanti akan menjadikan mereka pemimpin pelajar yang berdedikasi dan amanah
dalam menjalankan tugas.
Pengawas sekolah dilantik berdasarkan peribadi mereka yang baik, dapat
memikul tanggungjawab dengan jujur, berani, dedikasi dan bijak membuat
keputusan. Dengan adanya barisan badan pengawas ini, segala masalah disiplin
sekolah akan dapat diatasi dengan lebih baik, InsyaAllah.
Bagi menyempurnakan majlis watikah pelantikan ini, majlis menjemput Pn.
Zarifah Binti Omar, Pengetua SMK Datuk Haji Ahmad Said untuk memberikan
ucapan, dipersilakan.
Terima kasih kepada, Pn Pengetua, Pn Zarifah binti Omar atas ucapan beliau
sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan menjemput Pn. Zarifah Binti Omar bagi mengiringi
ASP Norfaizal Bin Mohamad bagi menyampaikan watikah kepada ketua dan
penolong ketua murid SMK Datuk Haji Ahmad Said bagi tahun 2022. Majlis
dengan hormat mempersilakan.
Majlis diteruskan dengan menjemput ASP Norfaizal Bin Mohd, Pegawai
Perhubungan Sekolah…………… bagi memberikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpin murid SMK
Datuk Haji Ahmad Said bagi tahun 2022. Majlis dengan hormat mempersilakan
Dipersilakan, AZFAR RAZIQ BIN RACHMAT Ketua Pengawas SMK Datuk Haji
Ahmad Said untuk menerima watikah pelantikan dari ASP Norfaizal bin
………………………….. Seterusnya, dijemput AFAF AQILA BINTI MOHD
NAZREE Ketua Penolong Pengawas SMK Datuk Haji Ahmad Said untuk naik ke
pentas.
Terima kasih diucapkan kpd ASP Norfaizal __________________ di atas
kesudian menyampaikan watikah sebentar tadi. Majlis diteruskan dengan lafaz
ikrar dari badan pemimpin sekolah SMK Datuk Haji Ahmad Said .Dipersilakan
saudara AZFAR RAZIQ BIN RACHMAT untuk naik ke pentas bagi mengetuai
bacaan lafaz ikrar.
----------------------------------------------IKRAR-------------------------------------------
Demikian tadi bacaan lafaz ikrar oleh badan pemimpin sekolah SMK Datuk Haji
Ahmad Said. Mudah-mudahan dengan lafaz ikrar itu tadi akan menjadikan badan
ppemimpin sekolah ini lebih komited dalam menjalankan tugas.

Majlis diteruskan dengan menjemput ASP Norfaizal Bin …………… bagi


memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penyampaian watikah
pelantikan pemimpin murid SMK Datuk Haji Ahmad Said bagi tahun 2022.
Majlis dengan hormat mempersilakan.
Dengan berakhirnya penyampaian watikah itu tadi maka berakhirlah Majlis
Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah bagi Tahun 2022.
Semoga dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan para pemimpin sekolah
dalam melaksana dan menjalankan tugas yang diamanahkan.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di lain acara bersua lagi

Gunung Pantai tinggi mengawan,


Nampak dari Padang Temu,
Sampai di sini tinggallah tuan,
Ada hayat kita bertemu.

Sekian, terima kasih. Semua murid boleh berdiri sekarang.

Anda mungkin juga menyukai