Anda di halaman 1dari 4

- Tayangan video

SELAMAT DATANG KE MAJLIS SAMBUTAN PENUTUP BULAN


KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019 SMK PADANG PULUT

Bismillahirrahmanirrahim……
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.

Yang berusaha, En azami b Mohamed, Pengetua Smk Padang Pulut, En Razali b Muda ,Pen Kanan
Pentadbiran, En mohd radzi b ibrahim, Pen Kanan HEM, Pn Hjh Nafisah bt che omar, Pen Kanan KO
Kurikulum, Barisan Ketua –Ketua Bidang, Guru-Guru Serta Rakan-Rakan Yang Dikasihi Sekalian.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan;
Moga diiring restu Ilahi

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jari sepuluh;
Doa dipohon biar selamat

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menjunjung keberkatan dalam majlis, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang
akan dipimpin oleh saudara Muhammad Hilmi bin Hassan. Dipersilakan.

Amin ya rabbal alamin.

-selesai doa-

Rakan-rakan sekalian,

Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak-anak didik
di sekolah ini bersama melangkah seiring menggenggam iltizam menjadi warganegara yang
patriotik.

Dengan tema SAYANGI MALAYSIAKU, MalaysiaBersih , secara rasminya menunjukkan Malaysia


akan meraikan ulangtahun yang ke-62 , sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah
kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi
pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.
Untuk pengetahuan guru-guru dan rakan2 sekalian,

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam,
Padamu tuan kami meminta,
Kata azimat penutupan kalam.

Tidak lengkaplah sebuah majlis tanpa ucapan daripada pengetua SMK PADANG PULUT iaitu ENCIK
AZAMI BIN MOHAMED.Dengan itu dipersilakan tuan pengetua untuk memberikan ucapan sekaligus
merasmikan ucapan perasmian penutupan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah SMK
PADANG PULUT.

Dengan segala hormatnya,dipersilakan.

Hadirin sekalian,

team MERDEKA ingin membuat sedikit kejutan untuk Majlis pada hari ini.Dengan ini majlis
mempersilakan tuan pengetua diiringi oleh PK HEM iaitu Encik Mohd Radzi,PK KO Puan Hajjah
Nafisah,Penyelaras program Puan Siti Norijah dan semua team MERDEKA untuk naik ke pentas bagi
acara memotong kek MERDEKA.

Terima kasih kepada semua atas sedikit kejutan yang diberikan.

Sehabis merah daun yang sihat,


Dahan melebar bercerita sakan,
Majlis anugerah mohon berehat,
Persembahan pelajar kita saksikan.
Majlis pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan Pantomin yang akan
dipersembahkan oleh team MERDEKA. Untuk makluman para hadirin, persembahan ini mendapat
bimbingan daripada Yang Dihormati Puan Siti Norijah binti Muda dan Yang Mulia Puan Tg Fauziah
binti Tg Abdul Ghani. Untuk itu, Majlis mempersembahkan.

-selesai persembahan-

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan BUSKERS daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Majlis
mempersilakan.

-selesai buskers-

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan buskers atas persembahan itu tadi.

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian ,
Tibalah masa penyampaian hadiah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Bagi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah
penutup pelancaran bulan kemerdekaan bagi aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan
kemerdekaan. Dengan segala hormatnya dipersilakan Encik Mohd Radzi bagi mengiringi Tuan
Pengetua untuk meyempurnakan majlis.Dipersilakan.
(skrip hadiah)

-selesai penyampaian hadiah-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian hadiah itu tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput team MERDEKA untuk membuat persembahan.
Dipersilakan.
-selesai persembahan-

Terima kasih diucapkan kepada team MERDEKA atas persembahan itu tadi.
Berikutnya, persembahan daripada adik saudara IRFAN ZALIHIN DARI KELAS 1 RK GEMILANG bagi
mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk CERITA SEBUAH KOTA.Untuk itu, Majlis mempersilakan.

-selesai sajak-

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi.

Hadirin sekalian,

Tidak lengkaplah majlis ini tanpa nyanyian lagu patriotik.Dengan itu diminta semua guru dan
pelajar berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu-lagu iaitu lagu tema kemerdekaan 2019
“MALAYSIABERSIH”diiringi dengan lagu SATU MALAYSIA DAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU. Untuk itu
semua pelajar dan guru diminta berdiri.

Sekian sahaja Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan pada kali ini.Saya mewakili pihak penganjur
iaitu PANITIA PSK dan PANITIA SEJARAH ingin memohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang
program bulan kemerdekaan berlangsung.Yang baik semuanya datang daripada Allah dan segala
yang kurang baik adalah daripada kelemahan kami semua.
Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang
berterusan, terhindar dari segala keburukan, kemungkaran mahupun kemaksiatan agar kita terus
dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Sekian, terima kasih.WASSALAMUALAIKUM W.BT

Anda mungkin juga menyukai