Anda di halaman 1dari 9

BIL

1.

MC
YANIE
PERHATIAN.

TEKS PENGACARA MAJLIS


PRE-ANNOUNCEMENT
MOHON KERJASAMA SEMUA MURID

UNTUK

BERTENANG DAN SENYAP KERANA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP


PENGHAYATAN KEMERDEKAAN DAN MINGGU

KEMANUSIAAN

AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI. TERIMA KASIH


2.

YANIE

KETIBAAN TETAMU KEHORMAT


Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Yang Berusaha
Puan Arfah Bt Abd Rahman
Pengetua SMK Sungai Pusu
Puan Zaharah Bt Saad
Penolong Kanan
SMK Sungai Pusu
Puan Akmal Fadzillah Binti Mohamed,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SMK Sungai Pusu.
Pn. Maizatul Hasniah Binti Hassan,
Penolong Kanan Kokurikulum,
SMK Sungai Pusu.
Guru-guru kanan matapelajaran, rakan-rakan guru dan para murid yang
dikasihi sekalian.
Selamat Datang ke Majlis Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan
peringkat sekolah bagi tahun 2015

Hati-hati membuka peti,


Peti pusaka zaman berzaman;
58 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan.
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat sama-sama
berkumpul di dewan yang indah ini untuk satu program yang
berteraskan patriotisme. Untuk makluman semua warga SMK Sungai
Pusu, sepanjang bulan Kemerdekaan ini variasi pertandingan telah
direncanakan.

Diantaranya adalah Pertandingan Keceriaan Kelas

bertemakan Kemerdekaan, Melukis Poster Kemerdekaan, Pertandingan


Memasak Masakan Tradisional, Pertandingan Kuiz Merdeka VLE
FROG, Karnival Sukan dan banyak lagi.

Setiap pertandingan ini,

dikelolakan dan dipantau oleh Panitia Sejarah, Pendidikan Seni Visual,


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan serta Panitia Syariah Islamiah.

Alhamdullilah, semua

program yang direncanakan berjalan dengan lancar dan jayanya.


Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid yang telah
merealisasikan program ini jadi nyata.
3

YANIE

BACAAN DOA
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan hormatnya
mempersilakan Saudara Mohd Rahmuni Syamil Bin Mohd _______
untuk tampil memimpin bacaan doa.
Amin... Amin... ya Rabbal Alamin...
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Mohd
Rahmuni atas bacaan doa sebentar tadi.

4.

YANIE

UCAPAN PERASMIAN PENUTUP


Hadirin sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalannya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.
Sebagai

pembuka

acara,

majlis

dengan

segala

hormatnya

mempersilakan Yang Berusaha, Puan Arfah Bt Abd Rahman, Pengetua,


SMK Sungai Pusu untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus
merasmikan Majlis Persamian Penutup Bulan Kemerdekaan 2015.
Dengan ini majlis mempersilakan.
Hadirin sekalian,
Sekarang tibalah acara gimik perasmian penutup Bulan Kemerdekaan
SMK Sungai Pusu 2015.
Gong merupakan sejenis peralatan muzik yang berasal dari Asia
Tenggara. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai
tulang belakang dalam menyatukan satu persembahan muzik.

Oleh

yang demikian, dengan paluan gong sebentar tadi, mengambarkan


betapa pentingnya perpaduan di kalangan kita pada hari ini. Tidak kira
sesama bangsa atau berlainan bangsa. Tanpa perpaduan, nyata kita
tiada hidup aman.
Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Puan Arfah Bt Abd Rahman di
atas ucapan yang dititipkan dan menyempurnakan gimik

perasmian

penutup sebentar tadi.


5.

YANIE

TAYANGAN MULTIMEDIA- kemerdekaan


Seterusnya, majlis ingin memohon hadirin sekalian untuk mengalihkan
sebentar pandangan dan perhatian ke layar putih untuk sama-sama kita
menyaksikan tayangan multimedia yang telah disediakan khas untuk
anda semua.
Begitulah tadi tayangan multimedia hasil perahan minda Puan Nurul
Azian Azreen.

6.

YANIE

KUIZ SPONTAN

Hadirin sekalian, sebelum kita ke acara penyampaian hadiah.

Kita

redakan majlis kita seketika dengan Kuiz Spontan.


Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang Kuiz
Spontan pada hari ini.
7.

YANIE

PERSEMBAHAN 1 DEKLMASI SAJAK


Hadirin sekalian,
Ini bukan medan insani leka merawat cinta,
Ini adalah sanggar saujana taman maruah.
Baiklah untuk meneruskan deklamasi sajak ini, tanpa melengahkan
masa, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Saudara Mohd
Hanif Bin Abdul Jalil dengan Sajak Deklarasi Kemerdekaan, nukilan Onn
Abdullah.
Bergetar atma apabila mendengar sajak yang dideklamasikan oleh
Saudara Mohd Hanif sebentar tadi.

Semoga semangat yang

dipancarkan melalui sajak itu tadi mengalir mesra disungai hati kita
semua.
Untuk makluman hadirin sekalian, Saudara Mohd Hanif Bin Abdul Jalil
merupakan bekas murid SMK Sungai Pusu.

Kini beliau merupakan

mahasiswa tahun 4, Kursus Bioteknologi di Universiti Sains Islam


Malaysia dan pernah dinobatkan sebagai Johan Sayembara Deklamasi
Puisi

pada Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) 2014.

Sekalung tahniah diucapkan.

8.

YANIE

PENYAMPAIAAN HADIAH 1 KUIZ PJK


Hadirin yang dihormati,
Majlis diteruskan dengan acara seterusnya, iaitu majlis penyampaian
hadiah kepada para pemenang bagi Karnival Sukan yang dianjurkan
oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Puan Akmal Fadzillah Bt Mohamad, PK HEM untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Mendahului senarai,
Dijemput Saudara Mohd Hanif Bin Abdul Jalil untuk menerima
cendaramata sebagai tanda terima kasih dan penghargaan daripada
pihak sekolah di atas kesudian beliau hadir pada hari ini untuk
mendeklamsikan sajak sebentar tadi.
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mohd Hanif.
Seterusnya,
Acara ..
Tempat ke-3

= kelas .

Tempat N. Johan = kelas .


Tempat Johan

= kelas .

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Akmal Fadzillah


atas kesudian menyempurnakan upacara sebentar tadi dan sekalung
tahniah diucapkan kepada para pemenang.

10.

YANIE

PERSEMBAHAN 1 Nasyid
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Seterusnya, kita akan disajikan dengan persembahan yang tidak

asing lagi di kalangan kita semua.


daripada Kumpulan An-Nusra.
lagu

yang

akan

Pastinya persembahan nasyid

Untuk makluman hadirin sekalian,

didendangkan

sebentar

nanti

bakal

akan

dipertandingkan di Pertandingan Nasyid ASAT di Sekolah Maahad


Hamidiah, di Kajang pada hari Khamis nanti.

Dengan takzimnya

dipersilakan Kumpulan An-Nusra dengan lagunya Rukun Iman.


Sama-sama kita saksikan.
Begitulah tadi persembahan nasyid .
iramanya

yang

mampu

meruntum

Mendayu-dayu aluanan
hati

dan

sanubari

sang

pendengarnya. Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan An-Nusra


di atas persembahan sebentar tadi.
11.

YANIE

PENYAMPAIAAN HADIAH 2 SEJ & PSV


Hadirin yang dihormati,
Kita selangkan majlis kita pada pagi ini, dengan upacara penyampaian
hadiah yang seterusnya.
Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Puan Zaharah Bt Saad, Penolong Kanan untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan yang
dikelola oleh Panitia Sejarah dan Panitia Pendidikan Seni.
Mendahului senarai,
Acara ..

Tempat ke-3

= kelas .

Tempat N. Johan = kelas .


Tempat Johan

= kelas .

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Zaharah atas


kesudian menyempurnakan upacara sebentar tadi dan sekalung tahniah
diucapkan kepada para pemenang.
12.

YANIE

PERSEMBAHAN 3 Nyanyian

Hadirin yang dihormati,


Seterusnya, kita akan disajikan dengan satu persembahan yang bakal
mengetarkan jiwa, mengusik hati pabila mendengarnya. Dari Dewan
Mutiara Bestari kami bawakan Saudara Mohd Alias Shah Bin Amiruddin
yang akan menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk Warisan.
Dipersilakan.
Begitulah tadi persembahan yang mantap dan mengasyikkan. Terima
kasih diucapkan dan buat pengetahuan hadirin, Saudara Mohd Alias
Shah Bin Amiruddin telah dinobatkan sebagai peserta Terbaik Lelaki
ColorGuard,

Team

Merdeka

Dancer

sempena

Hari

Sambutan

Kemerdekaan yang ke 58 yang lepas di Dataran Merdeka.

Tahniah

diucapkan.
13.

YANIE

PENYAMPAIAAN HADIAH 3 PSI & PSK


Hadirin yang dihormati,
Kita redakan seketika kehangatkan persembahan kita pada pagi ini,
dengan memberi laluan untuk upacara penyampaian hadiah kepada
para pemenang bagi pertandingan yang telah diadakan sepanjang
Bulan Kemerdekaan.
Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Puan Arfah Bt Abd Rahman untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan yang dikelola di
bawah

Panitia

Syariah

Islamiah

dan

Pendidikan

Sivik

dan

Kewarganegaraan.
Mendahului senarai,
Acara ..
Tempat ke-3

= kelas .

Tempat N. Johan = kelas .


Tempat Johan

= kelas .

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Arfah atas

kesudian menyempurnakan upacara sebentar tadi dan sekalung tahniah


diucapkan kepada para pemenang.
Dimohon Puan Arfah untuk terus kekal berada di atas pentas dan
dijemput semua barisan pentadbir dan guru kanan mata pelajaran untuk
turut sama berada di pentas untuk meneruskan acara kemuncak pada
pagi ini. Dipersilakan.
15.

YANIE

NYANYIAN BERAMAI-RAMAI
Hadirin yang dihormati,
Mengakhiri majlis kita, pada pagi yang gemilang ini. Marilah kita samasama menyanyikan lagu-lagu patriotik iaitu Lagu Jlaur Gemilang dan
Tanggal 31.
Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia untuk menyanyi dengan
penuh semangat patriotik dan diketuai oleh murid-murid yang telah
membuat persembahan sebentar tadi.

16.

YANIE

PENUTUP
Dengan nyanyian lagu-lagu patriotik itu tadi, maka berakhirlah Majlis
Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2015 kita pada
pagi ini.

Jika terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara,
lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program berlangsung,
sejuta kemaafan dipinta.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putera puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai