Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGERUSI MAJLIS

CERAMAH SEMPENA KARNIVAL RIA


SEBESTARI 2016

SABTU
27 FEBRUARI 2016
DEWAN MUTIARA BESTARI, SMKSP
1. PRE-ANNOUNCEMENT
Hadirin sekalian di mohon untuk bertenang. Mohon penuhkan ruang
hadapan dewan. Ceramah bersama Ustazah Norhafizah Binti Musa
yang bertajuk Kecemerlangan Ibubapa, Kemenjadian anak-anak
sebentar saja lagi.
2. KATA-KATA ALUAN
yanie

Hadirin sekalian,
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Yang Berusaha
Pn Arfah Binti Abd Rahman
Pengetua SMK Sungai Pusu
Yang Berbahagia
Dato Che Nor Azman Bin Yusof
YDP PIBG Sesi 2015/2016
Barisan pentadbir, guru-guru, tuan-tuan, puan-puan dan murid-murid
yang dirahmati Allah sekalain.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sehati Sejiwa.
Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi, justeru dengan Inayah dan Kurnia-

Nya dapat kita berkumpul bersama-sama dalam dewan yang indah


pada pagi yang hening ini. Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita
dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kecemerlangan pendidikan dan
demi kebaikan sekalian murid dan anak kita. Tahniah kepada tuan
puan yang sanggup berkorban untuk berada di sekolah pada hari
Sabtu dan berjaya menangguhkan segala keinginan yang muncul di
dalam minda ketika ini.
Hadirin sekalian,
Sebelum slot ceramah diserahkan kepada penceramah merangkap
pemudah cara undangan, izinkan saya menyatakan serba sedikit
latar belakang beliau. Ustazah Nurhafizah Binti Musa ialah seorang
pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Beliau merupakan anak
kelahiran Kuala Jempol, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan di
peringkat sarjana muda di Universiti of Yarmouk, Jordan dalam
bidang sastera bahasa Arab dan Pengajian Islam. Seterusnya
menyempurnakan pengajian di Peringkat Sarjana (MA) di Universiti.
Aktif dalam bidang dakwah, wanita dan kemasyarakatan. Panel slot
Tanyalah Ustazah TV9, Halaqah TV9, dan banyak lagi.
Maka, majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan Ustazah
Nurhafizah Binti Musa untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
Kecemerlangan Ibubapa, Kemenjadian Anak-anak.
3. PENUTUP
Terima kasih Ustazah Nurhafizah Binti Musa.
Syabas tuan puan atas kesabaran dan perhatian yang diberikan
sepanjang ceramah kali ini. Mudah-mudahan tuan puan beroleh
manfaat yang melimpah ruah.
Sekian, Wabillahitaufik Wal Hidayah Wassalamualaikum w.b.t.
Para hadirin dijemput untuk mengunjungi gerai-gerai jualan dan

tapak karnival yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk seisi


keluarga.

Anda mungkin juga menyukai