Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARAAN PENUTUPAN

MINGGU BAHASA IPG


TEKS PENGACARAAN
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MINGGU BAHASA
MELAYU
25 FEBRUARI 2008
DEWAN BESAR NIK MUHYIDIN MUSA
2.30 Petang

P1 PENGUMUMAN KETIBAAN
Azman
Mengumumkan ketibaan,

Yang Berbahagia Tuan Haji Amin bin Mohd. Rashid


Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor,
diiringi oleh Yang Berusaha Tn.Haji Sasman bin
Yassir,
Timbalan Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor
dan
Yang Berusaha Pn.Maisarah Binti Yaacob,
Ketua Jabatan Pengajian Melayu.

P2 NYANYIAN NASYID DAN LAGU INSTITUT


Cikgu Hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Majlis kita akan dimulakan dengan Nyanyian Nasyid


Asma Al-Husna dan Nyanyian Lagu Institut
Perguruan Islam.

Untuk itu, pihak majlis memohon para hadirin untuk


berdiri tegak dan bersama-sama menyanyikan Lagu
Nasyid ini diikuti Lagu Institut sebagai tanda
kecintaan, hormat dan setia kepada Institut Tercinta.

Azman Majlis mempersilakan.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan para
hadirin dipersilakan duduk.

PRA ALUAN

Selamat petang kami ucapkan


Azma Para hadirin semua jemputan;
n Selamat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Di majlis ini kami bermadah,


Cikgu Mengucap puji alhamdulillah;
Madah ini pembuka wadah,
Semoga majlis dikurniakan limpah.

Cikgu SALUTASI

Bismillah

1.Yang Berbahagia Tuan Haji Amin bin Mohd.


Rashid
Pengarah Institut Perguruan Islam Selangor

2. Yang Berusaha Tuan Haji Sasman Bin Haji


Yassir
Timbalan Pengarah Institut Perguruan Islam
Selangor

3. Yang Berusaha Puan Maisarah binti Yaacob


Ketua Jabatan Pengajian Melayu
Merangkap Pengerusi Minggu Bahasa Melayu
Institut Perguruan Islam Selangor, 2008.

4.Yang Dihormati Ketua-Ketua Jabatan.Ketua-


Ketua Unit

5.Pensyarah-Pensyarah Kanan

6.Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Penutupan


Minggu Bahasa Melayu dan Pelancaran Bulan
Berbudi Bahasa, Peringkat Institut, 2008

7.Para pensyarah, pelajar-pelajar,


seluruh warga Institut Perguruan Islam Selangor,

Hadirin dan hadirat sekalian


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Azman UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG

Dalam suasana ceria penuh harmoni, Dari Dewan


Besar Nik Muhyidin Musa, Institut Perguruan Islam
Selangor, majlis berbesar hati mengucapkan ribuan
terima kasih dan mengalu-alukan tetamu-tetamu
kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis
Penutupan Minggu Bahasa dan Pelancaran Bulan
Berbudi Bahasa, Peringkat Institut Perguruan
Islam Selangor, Tahun 2008.
Cikgu BACAAN DOA SELAMAT

Sebelum jauh jarum saat menganjak arah, meneroka


jalan petang yang istimewa ini majlis akan segera kita
mulai dengan bacaan doa.
Dengan ini, majlis menjemput dan
mempersilakan,Yang dihormati SaudaraAhmad
Munsif bin Ismail, Ketua Unit Pengucapan Umum,
PERBAYUuntuk menerajui doa selamat sebagai
permintaan hajat dan restu, agar majlis kita diberkati
hendakNya.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.


Azman (Bacaan Doa)

Amin,Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga lafaz doa


kita tadi, diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima
kasih diucapkan kepada Sdr. Ahmad Munsif bin
Ismail.

Cikgu UCAPAN PENGERUSI MINGGU BAHASA


MELAYU

Hadirin yang dimuliakan ,

Petang yang penuh gilang-gemilang dan bermakna ini,


akan diteruskan dengan membawa kita meneroka dan
menyingkap tirai petang dengan pelbagai agenda
pendakian aspirasi ilmu.

Apa kata kita hayati pesanan tinta refleksi daripada


Yang Berusaha Pengerusi Minggu Bahasa .
Azman
Dengan ini, majlis dengan penuh hormat dan
sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha Puan Maisarah binti Yaacob, Ketua
Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan
Islam Selangor untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan.
Sirih sekapur anugerah mesra,
Lipatan gemilang mengisi puan;
Menyusur agenda pemula cerita,
Madah berbisik dek kata aluan.
(dibaca semasa berjalan naik ke pentas)

Dipersilakan
Cikgu
(Ucapan Alu-aluan)

Nyiur gading puncak mahligai,


Sayang ketupat berisi inti;
Ucapan pesanan indah bernilai
Azman Akan sentiasa kekal di hati.
(Dibaca semasa turun dari pentas)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


UCAPAN PERASMIAN MAJLIS
Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis kita terus beranjak maju.


Cikgu Sudah sepelaungan jaraknya, gandingan misi dan visi
meredah hari, ke destinasi memartabat ilmu
dijunjung, bahasa disanjung.

Untuk itu, marilah kita sama-sama menyingkap apa


yang ada dalam pendakian dan penghargaan di majlis
ini, melalui ucapan Perasmian Penutupan Minggu
Bahasa Melayu dan seterusnya Pelancaran Bulan
Berbudi Bahasa, Peringkat Institut Perguruan Islam,
2008, yang akan dijana oleh Yang Berbahagia Tuan
Haji Amin bin Mohd. Rashid, Pengarah Institut
Perguruan Islam Selangor.
Cikgu
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengarah.

Apalah bulan tanpa berbintang,


Azman Malamkan suram kelam bersemi;
Apalah majlis meriah diundang,
Andai tiada yang datang merasmi.
(Dibaca ketika VIP berjalan naik ke pentas)
Dipersilakan.
(ucapan pengarah)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-


Cikgu tinggi penghargaan atas janaan kesempurnaan ucapan
perasmian sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan


Yang Berbahagia Tuan Pengarah untuk
menyempurnakan atur cara simbolik penutupan dan
pelancaran.

SIMBOLIK PENUTUPAN
Demikianlah simbolik berakhirnya Penutupan Minggu
Bahasa Melayu apabila terpadamnya cahaya itu
tadi.Sementara keris pula sebagai simbol kekuatan
perjuangan memperkasa dan memartabatkan Bahasa
Melayu.

-Pengarah menutup Lampu gasolin


-Pelajar menyerahkan keris
-Keris dibawa keluar dari dewan.
Azman SIMBOLIK PELANCARAN
Berikut pula sedang berlangsungnya simbolik
Pelancaran Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat Institut
2008.Majlis seterusnnya mempersilakan Yang
Berbahagia Tuan Pengarah untuk memulakan upacara
menyemat Logo Kempen Bulan Berbudi Bahasa,
Peringkat Institut pada salah seorang wakil
pelajar.Para hadirin diminta menyemat logo masing-
masing yang telah diedarkan pada awal majlis tadi.

-Pengarah memotong reben


-Pemasangan lencana dengan nyanyian lagu
Budi Bahasa Budaya kita
Cikgu PERSEMBAHAN PELAJAR

Hadirin yang dimuliakan,


Apa kata kita teruskan majlis ini dengan persembahan
juara-juara. Dipersembahkan khas buat meraikan
semua warga IPIS yang masih berhimpun setia di sini.

Untuk itu, dipersilakan Juara Pidato Bahasa


Melayu sempena Minggu Bahasa 2008,

Dari Kumpulan PISMP semester 1 kuliah 1.02

Saudara Mohd. Illias bin Md. Yunus dengan tajuk


pidatonya, Berbudi Bahasa Berpekerti Mulia

Dipersilakan.

(Pidato)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

2. Persembahan Nyanyian Rakyat.


Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan pula
Juara Pertandingan Nyanyian Rakyat bagi kategori,
lelaki.
Terdiri daripada _________anggota dengan diketuai
oleh saudara______________________
Dipersilakan, kumpulan daripada gabungan pelajar-
pelajar PPPRP4T .
Tinggi-tinggi si burung tempua,
Tinggilah lagi harapan di hati;
Selamat menonton buat semua,
Hiburan dipersembah kita hayati.
Dipersilakan.
Cikgu PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN
HADIAH
Hadirin yang dimuliakan,

Majlis kita akan diteruskan dengan atur cara


penyampaian cenderamata dan hadiah.

Bagi menyempurnakan atur cara ini, majlis


menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia
Tuan Haji Amin bin Mohd. Rashid, Pengarah
Institut Perguruan Islam untuk naik ke pentas
dengan diiringi oleh Yang Berusaha Puan Maisarah
Binti Yaacob,Ketua Jabatan Pengajian Melayu.
Dipersilakan.

1.Para Hakim
Majlis mempersilakan Yang dimuliakan Puan
Hajah Faridah binti Hashim,Ketua Jemaah Hakim
sempena program Minggu Bahasa Melayu.

Azman PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG


Kini, tibalah saat yang dinanti-nantikan pengumuman dan
penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
para dermawan yang sudi menaja hadiah kepada pemenang-
pemenang.

Cikgu
1.PERTANDINGAN GALAH PANJANG
dipersilakan NAIB JOHAN kumpulan KPLI 1.01
JOHAN, kumpulan PPPRP4T

A
2.PERTANDINGAN GUBAHAN
Tempat ketiga, KPLI kumpulan 1.01
Naib johan, kumpulan PPISMP 2.01
C Johan, PISMP 1.07

3.PERTANDINGAN CONGKAK
Naib johan, kumpulan PPISMP 2.06
Johan, KPLI 1.14
Azman
4.PERTANDINGAN SEPAK RAGA BERKAIN PELEKAT
Naib Johan, Kumpulan PISMP 1.03
Johan, kumpulan PPP RP 4T
C
5.PERTANDINGAN GELEK RING
Tempat ketiga, kumpulan PISMP 1.08
Naib Johan, kumpulan PPP RP 4T
A Johan, Kumpulan KPLI 1.14

6.PERTANDINGAN TARIK UPIH


Tempat ketiga, kumpulan PISMP 1.01
Naib Johan, kumpulan PPP RP 4T 3.02
Cikgu Johan, kumpulan PISMK 5.03

7.PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF


Ketiga, saudara Muhamad Azman b Azahar,PPISMP 2.05
C Naib Johan, Mariam bt Robe,kuliah PISMK 5.02
Johan, Mohd Fahizan Mohd Isa,Kuliah PISMP 1.04

8.PERTANDINGAN PENULISAN RENCANA


Ketiga, Nurul Ain bt Mohamad Roslan,PISMP 1.04
C Naib johan, Naqiah bt Nordin,PISMP 1.01
Johan,Muhamad Azman bin Azahar,PPISMP 2.05

9.PERTANDINGAN NYANYIAN RAKYAT PEREMPUAN


Naib johan,PISMP 1.08
Azman Johan, ppismp 2.01

10.PERTANDINGAN NYANYIAN RAKYAT LELAKI


C Naib johan, PISMP 1.02
Johan, PPP RP 4T

11.PERTANDINGAN PUISIDRA
A Ketiga,Pismp 1.01,bertajuk Puteri Hang Li po
Naib johan, pismp 1.07,bertajuk Bidasari
Johan,pismp 1.02,Suara Si Kecil

CIKGU 12.PERTANDINGAN PIDATO


Ketiga,saudari Siti Hajar,PPISMP 2.04
Naib johan,Nurul Amira Hidayah,PPISMP 2.0
Johan,Mohd Illias Mat Yunus,PISMP 1.02

13.PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN


Berikut akan diumumkan pemenang pertandingan Bahas Ala
Parlimen
Naib Johan dimenangi oleh___________________
Johan disandang oleh_________________

Majlis mengucapkan syabas dan tahniah kepada para


pemenang
Azman PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA
PERASMI
Sebagai tanda penghargaan dan atas kesudian hadir
menyempurnakan majlis kami pada petang ini, majlis
dengan segala sukacitanya menjemput
dan mempersilakan, Yang Berusaha Puan Maisarah
binti Yaacob, Ketua Jabatan Pengajian
Melayumenyampaikan cenderamata kenang-
kenangan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah.

Adat melayu budaya dijulang,


Tetamu bertandang diberikan bingkisan;
Sebelum pulang ditinggalkan balasan,
Untuk mengeratkan hubungan persaudaran.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


Cikgu UCAPAN PENUTUP

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan


tahniah kepada para pemenang dan kepada yang tidak
berjaya, anda tetap hebat atas sokongan anda semua
bagi menjayakan Minggu Bahasa Melayu dan kini,
marilah kita bersama-sama menjayakan pula Bulan
Berbudi Bahasa.
Azman Pihak Majlis juga ingin mengambil kesempatan
mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi
kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Amin bin
Mohd. Rashid,Pengarah Institut Perguruan
Islam yang sudi memeriahkan majlis kita hari ini.
Cikgu
Dan saya mewakili jawatankuasa penganjur Majlis
Penutupan Minggu Bahasa Melayu dan Pelancaran
Bulan Berbudi Bahasa, Peringkat Institut 2008, ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung bagi menjayakan majlis ini.

Akhir kata daripada kami,

Bumi mana tidak ditimpa hujan,


Lautan mana tidak bergelora,
Begitu jua kami di sini,
Kemaafan jua dipohon,
Atas keterlanjuran kata,
Terkasar bahasa,
Terguris rasa.
Salam Ceria, Salam Hormat daripada kami.
Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai