Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS HARI GURU 2015


GURU PEMBINA ILMU
MENYEMPURNAKAN AKHLAK

ISNIN
18 MEI 2015
1

DEWAN MUTIARA BESTARI, SMKSP

1. PENGUMUMAN KETIBAAN
Kak Shaky
Mengumumkan ketibaan Puan Arfah Binti Abdul Rahman,
Pengetua SMK Sungai Pusu diiringi oleh barisan pentadbir
dan guru-guru SMK Sungai Pusu.
2. NYANYIAN LAGU
Kak Shaky
Hadirin mohon untuk berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
Hadirin dipersilakan duduk.
3. KATA-KATA ALUAN
Yanie
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Yang Berusaha
Pn Arfah Binti Abd Rahman
Pengetua SMK Sungai Pusu
Puan Zaharah Binti Saad
Penolong Kanan
SMK Sungai Pusu

Puan Akmal Fadzillah Binti Mohamad


Penolong Kanan HEM
SMK Sungai Pusu
Puan Maizatul Hasniah Binti Hasan
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Sungai Pusu
Puan Nor Aizan Bt Mohamad
Penolong Kanan Petang
SMK Sungai Pusu
Guru-guru kanan matapelajaran, rakan-rakan guru dan
murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.
Alhamdullilah, marilah kita bersama-sama memanjatkan
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua
maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk
sama-sama kita berkumpul di Dewan Mutiara Bestari ini
bagi meraikan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi
tahun 2015 yang bertemakan Guru Pembina Ilmu
Menyempurnkan Akhlak.
Selasih mekar di tengah desa,
Mencelah sama kembang melati,
Guru Pembina Negara Bangsa,

Menabur ilmu berkhidmat bakti.


Kak Shaky Hadirin yang dihormati sekalian,
Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat
kita yang bergelar cikgu. Semoga dengan pengiktirafan
ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta
ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat
martabat profesion perguruan sebagai profesion yang
dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.
Yanie

Dialah pemberi paling setia,


Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Kak Shaky Dialah ibu dialah bapa dan juga sahabat,


Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Kak Shaky Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
& Yanie

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,


Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

4. BACAAN DOA
Yanie

Hadirin sekalian,
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, majlis
dengan

segala

hormatnya

menjemput

____________________ bagi mengetuai bacaan doa.


Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada ___________________ di
atas bacaan doa itu tadi.
5. UCAPAN WAKIL MURID
Kak Shaky
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan
wakil murid SMK Sungai Pusu iaitu Saudari Safwah
Mansurah Binti _________________ dari __________
untuk

menyampaikan

ucapan

sempena

Hari

Guru.

Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Saudari Safwah di atas

Yanie

ucapan disampaikan sebentar tadi.


6. PERUTUSAN KP, KPM
Hadirin sekalian,

Seterusnya

majlis

diteruskan

dengan

mendengar

Perutusan Ketua Pengarah, Kementerian Pendidikan


Malaysia.
Fadillah

Majlis dengan ini menjemput Encik Syabul


Bin

__________________

untuk

membaca

perutusan. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Syabul di
atas kedudiaan membaca perutusan sebentar tadi.

7. PERUTUSAN MENTERI
Kak Shaky Hadirin sekalian,
Tidak lengkaplah majlis kita, jika kita semua tidak
mendengar
Malaysia.

Perutusan

daripada

Menteri

Pendidikan

Oleh yang demikikan, majlis menjemput dan

mempersilakan Encik Suhaimie Bin ________________


untuk

membacakan

perutusan

daripada

Menteri

Pendidikan Malaysia. Dipersilakan.


Terima

kasih

kepada

Encik

Suhaimie

kerana

sudi

membacakan perutusan sebentar tadi.


8. SIMBOLIK SERAH TUGAS DAN UCAPAN
PENGETUA
Yanie
Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis seterusnya menjemput Pengetua SMK Sungai Pusu,


Pn Arfah Binti Abd Rahman diiringi oleh Puan Zaharah Bt
Saad, Penolong Kanan, SMK Sungai Pusu untuk naik ke
pentas untuk menyempurkan acara Simbolik Penyerahan
Tugas.
Dijemput

Puan

selempang

Zaharah

kepada

memakaikan

Puan

Arfah

mahkota

sebagai

dan

simbolik

penyerahan tugas kepada Pengetua.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Zaharah dan


dijemput Puan Pengetua untuk menyampaikan amanat dan
ungkapan keramat sempena Hari Guru pada tahun ini.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Arfah di atas ucapan
yang disampaikan sebentar tadi.
Mekar melati diapit kejora,
Kuntuman tersemat, jadi pamitan,
Tersentuh hati mendengar bicara,
Ungkapan azimat jadi ingatan,
9. NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA
Kak Shaky
Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Guru tidak
akan lengkap tanpa mendengar nyanyian lagu Guru
Malaysia dan _________________________. Dengan ini,
7

majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama


naik ke atas pentas bagi menyanyikan lagu Guru Malaysia
dan _______________________ yang akan diketuai oleh
___________________________.
Menghilau laksana pokok kiambang
Di dalam kali tumbuh melata,
Setahun sekali nyanyian berkumandang,
Berbakat sekali guru-guru kita.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua dan


semua guru SMK Sungai Pusu di atas nyanyian yang
begitu bersemangat sebentar tadi. Hadirin dijemput untuk
mengambil tempat di bawah pentas.

10.

TAYANGAN MULTIMEDIA & PENUTUP

Yanie
Hadirin sekalian,
Mohon mengalihkan pandangan anda ke layar putih untuk
sama-sama kita saksikan sebuah tayangan multimedia
8

yang disediakan khas sempenan Sambutan Hari Guru


peringkat sekolah pada hari ini. Setelah selesai tayangan
multimedia sebentar saja nanti, kami serahkan majlis
kepada Mohd Afif Syazani dan Nurul Asyikin untuk
meneruskan majlis.
Sekian, Wabillahitaufik Wal Hidayah Wassalamualaikum
w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai