Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGERUSI MAJLIS

HARI PENDAFTARAN ASRAMA 2015

JUMAAT
9 JANUARI 2015

DEWAN MAKAN ASRAMA, SMKSP

yanie

1. KATA-KATA ALUAN
Ke Pekan Nilai membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Yang Berusaha Encik Sajoli Bin Masdor


Pengetua
SMK Sungai Pusu
Encik Mohd Khir Bin Shafie
Penyelia HEM
PPD Gombak
Ustaz Sulaiman Majid
Pegawai Unit Pend.Islam
PPD Gombak

_______________________________
Yang Dipertua PIBG
SMK Sungai Pusu
Tuan Haji Jamian Bin Basar
Pengerusi PEWARIS
Asrama SMK Sungai Pusu
Puan Zaharah Bin Saad
Penolong Kanan
SMK Sungai Pusu

Puan Akmal Fadzillah Binti Mohamad


Penolong Kanan HEM
SMK Sungai Pusu
Puan Maizatul Hasniah Binti Hasan
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Sungai Pusu
Puan Nor Aizan Binti Mohamad
Penolong Kanan Petang
SMK Sungai Pusu
Penyelia Asrama, para warden, ahli jawatankuasa pengurusan
asrama dan para ibubapa yang dihormati sekalian.

Selamat datang ke Hari Pendaftaran Asrama Sesi 2015.


selaku

pengacara

majlis

ingin

mengambil

Saya

kesempatan

ini

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada


semua murid kerana telah berjaya mendapat tempat di Asrama
Sebestari SMK Sungai Pusu.

Terima kasih juga ditujukan khas

kepada para ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk hadir
pada hari ini bagi menjayakan Hari Pendaftaran Asrama bagi sesi
2015.
Sarung ketupat berisi inti,
Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga majlis bertambah seri.

2. BACAAN DOA
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan

ini memjemput dan mempersilakan Ustaz Hj Wan Baharudin Bin


Yusof untuk mempimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin. Amin. Amin Ya Rabbal Alamin.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hj Wan Baharudin atas
bacaan doa itu tadi.
3. UCAPAN PENGETUA
Hadirin sekalian,
Kita mulakan majlis kita pada pagi ini, dengan mendengar ucapan
alu-aluan dan taklimat khas daripada Pengetua SMK Sungai Pusu.
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
Encik Sajoli Bin Masdor untuk menyampaikan seuntai kata, semanis
bicara. Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua di atas ucapan dan
taklimat yang sarat dengan informasi sebentar tadi.
Dengan berakhirnya taklimat daripada Tuan Pengetua, maka
berakhirlah majlis pada hari ini.
Para ibubapa dan murid boleh bergerak ke Kaunter-kaunter yang
telah disediakan untuk menyempurnakan pendaftaran pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai