Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

KURSUS KEPIMPINAN SK JERANSANG 2021

KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Assalamualaikum W.B.T.

Yang Dihormati Cikgu MOHD BI BIN MOHD SAMSURI, Guru Besar SK Jeransang
Yang Berusaha Cikgu MOHD ISTA’ARI BIN MAT ALI, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Berusaha Cikgu AMINUDIN BIN YUSOH, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Berusaha Cikgu AHMAD TAUFEK BIN ABU DAUD, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru dan peserta kursus yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersua lagi
dalam majlis Perasmian Penutup Kursus Kepimpinan dan Watikah Pelantikan Pengawas
Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Diharapkan agar
matlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi
sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan
akan tercapai.

BACAAN DOA

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh ADAM
MUSTAQIM BIN ABD GHANI. Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ADAM MUSTAQIM
BIN ABD GHANI atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN GURU BESAR

Guru-guru dan peserta kursus sekalian.

Majlis seterusnya mempersilakan Cikgu MOHD BI BIN MOHD SAMSURI, Guru Besar SK
Jeransang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutup kursus
kepimpinan pada hari ini. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
WATIKAH PERLANTIKAN

Hadirin yang dikasihi.

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas
Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.
Oleh itu, majlis menjemput Cikgu MOHD BI BIN MOHD SAMSURI diiringi oleh Guru Penolong
Kanan untuk menyempurnakannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar kerana sudi menyampaikan watikah
pelantikan.

IKRAR PEMIMPIN

Hadirin sekalian.

Seterusnya majlis menjemput SITI NUR AMIERA BINTI IDRIS untuk mengetuai bacaan Ikrar
Pemimpin. Dipersilakan.

Diminta semua peserta kursus untuk berdiri.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus.

PENUTUP

Hadirin yang dihormati.

Majlis penutup kursus kepimpinan pada hari ini telah sampai ke penghujungnya. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana menjayakan program pada hari ini.

Sebelum bersurai, majlis mempersilakan guru-guru dan murid-murid untuk bergambar.

Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai