Anda di halaman 1dari 3

H TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH DAN PELANTIKAN

PENGAWAS PSS & ALK SMK RUSILA SESI 2022/23

Aturcara Teks Tindakan


Mula majlis Terima kasih saudari pengacara majlis

Bismillahirahmannirrahim….

Daun layu di tengah cerun


Tampak hijau pepohon cemara
Tradiri Melayu turun-temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, salam 1 Malaysia, Salam


Ramadhan Kareem.

1. Yang berusaha, Ustaz MOHD KIFLI BIN YASIN, Pengetua


Sekolah Menengah Kebangsaan Rusila.
2. En. MOHD ZAINUDDIN BIN MOHD ALI, Penolong Kanan
Pentadbiran
3. Pn FATIMAH@NORLIA BT ABDULLAH, Penolong kanan Hal
Ehwal Murid
4. En. ABDUL GHANI BIN TAHIR, Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn. ZAINAB BINTI ABU BAKAR, Penolong Kanan PPKI
6. Guru-guru Kanan, Kaunselor sekolah, Barisan guru, Barisan
Pengawas dan ANAK2 pelajar sekalian.

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dapat kita berkumpul semula


pada perhimpunan hari ini. Untuk makluman semua, perhimpunan kita
pada hari ini, akan diteruskan dengan majlis penyerahan watikah dan
pelantikan pengawas PSS & ALK (Ahli Lembaga Koperasi) sekolah
kita.

Pemimpin Pelajar merupakan tunjang utama dalam menentukan


kemajuan sekolah kerana ia melengkapkan tugasan guru. Selain itu,
pemimpin pelajar juga dibentuk untuk melahirkan pemimpin yang
berwibawa dan berketerampilan.
Penyampaian watikah kepada mereka sangat penting kerana ia
sebagai satu pengiktirafan kepada mereka untuk menjalankan tugas
dengan penuh dedikasi. Antara pemimpim pelajar di SMK Rusila seperti
Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Ahli Lembaga
Koperasi Sekolah (ALK)

ANTARA OBJEKTIF MAJLIS INI ADALAH:


3.1 Memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas PSS dan
ALK supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah
dengan dedikasi dan penuhbertanggungjawab.
3.2 Meningkatkan tahap motivasi pengawas PSS dan ALK untuk
menjalankan tugas dengan baik.
3.3 Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan-rakan yang
terpilih

Pada tahun ini, seramai 30 orang pelajar telah diberi kepercayaan dan
dilantik sebagai pengawas PSS (Pusat Sumber Sekolah) & 7 orang
pelajar dilantik menjadi ALK (Ahli Lembaga Koperasi) Sekolah.

Untuk itu, bagi menyempurnakan acara, majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan Ustaz MOHD KIFLI bin YASIN, Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Rusila untuk memberi ucapan
perasmian, meyempurnakan gimik perasmian dan seterusnya
menyampaikan sijil watikah pelantikan kepada semua pelajar yang
terlibat.

Majlis mengucapkan ribuuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, mempersilakan En. MOHD ZAINUDDIN BIN MOHD ALI,


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Rusila untuk mengiringi Yang
Berusaha, Ustaz MOHD KIFLI YASIN, Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Rusila untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada
para pengawas PSS (Pusat Sumber Sekolah) & ALK (Ahli Lembaga
Koperasi) SMK RUSILA SESI 2022/2023
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Penyampaia Dimulakan dengan JAWATANKUASA INDUK PENGAWAS PSS


n Watikah
Dijemput,
(RUJUK SENARAI NAMA)
Di teruskan lagi dengan penyampaian Watikah ALK sekolah
Dijemput,
(RUJUK SENARAI NAMA)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan
pengetua atas kesudian menyempurnakan acara pada pagi ini.

Penyampaia Hadirin sekalian,


n
Cenderahati Sbelum berakhir majlis menjemput Puan Zainun bt Ibrahim Penyelaras
Koperasi Sekolah untuk menyampaikan Cenderahati kepada Ustaz
MOHD KIFLI bin YASIN selaku perasmi majlis.

Majlis mepersilakan.
Majlis Hadirin hadirat sekalian,
berakhir
Dengan berakhirnya lafaz ikrar pengawas itu tadi , maka berakhirlah
Majlis Penyerahan Watikah Dan Pelantikan Pengawas PSS & ALK
SMK RUSILA SESI 2022/23. Majlis mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah kepada semua pengawas yang telah dilantik. Harapan, agar
semua pengawas ini, dapat menggalas tanggungjawab dan amanah yang
diberikan dengan dedikasi dan komitmen yang tinggi.

MAJLIS DISERAHKAN KEMBALI KEPADA PENGACARA


MAJLIS.

Anda mungkin juga menyukai