Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillahi rabillalamin..........
1. Yang Berusaha, En. Mohd Suffian bin Mat Napi,
Guru Besar SK Kuala Sungai.
2. Yang Dihormati, En. Zamri bin Muhamad, Yang
Dipertua PIBG SK Kuala Sungai.
3. Yang Dihormati, Tuan Imam Masjid Mukim
Kampung Lulut
4. En. Mohd Amihussin bin Idris, PK Pentadbiran.
5. En. Mohd Zainal Abidin bin Jaafar, PK HEM,
6. Guru-guru dan kakitangan sekolah, ibu bapa
7. Seterusnya yang diraikan, pelajar-pelajar Khatam
al-quran peringkat sekolah bagi sesi 2023/24 serta
anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh....


Alhamdulillah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke
hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah
hidayahNya jua, kita diberikan kesihatan yang baik
dapat kita bersama-sama berhimpun di Dewan Sri
Kuala pada pagi ini bagi menjayakan ‘MAJLIS KHATAM
AL-QURAN DAN IQRA’ SESI 2023/24’.
Selamat datang... Ahlan wasahlan wa marhaban
bikum..

Saya, sebagai penyelaras ‘MAJLIS KHATAM AL-QURAN


DAN IQRA’ SESI 2023/24’ mengucapkan jutaan terima
kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang
menjayakan majlis pada hari ini, kerana tanpa dedikasi
semua pihak, maka majlis pada hari ini sudah tentu
tidak dapat dilaksanakan.

Hadirin yang dihormati...


Najlis Khatam al-Quran merupakan salah satu agenda
tahunan bagi pihak sekolah bagi meningkatkan
kecemerlangan para pelajar dalam bidang tilawah al-
Quran seterusnya melahirkan para pelajar yang
seimbang duniawi dan ukhrawi.
Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi
menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai satu
budaya dan menyemai rasa kecintaan yang mendalam
terhadap kalamullah seterusnya memartabatkan al-
Quran ke tahap tertinggi. Kesungguhan guru-guru dan
ibu bapa pastinya melahirkan anak-anak yang
cemerlang sepertimana yang diimpikan oleh setiap dari
kita.
Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan
penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan
diberkati Allah jua, in sha Allah.

Akhir kalam, sesungguhnya segala yang baik adalah


datangnya dari Allah dan segala kekurangan adalah dari
kelemahan saya jua.

Sekian... wabillahi taufik wal hidayah..

Anda mungkin juga menyukai