Anda di halaman 1dari 5

CTMIN JULAI 2023

TEKS UCAPAN ALUAN


TUAN PENGETUA
CERAMAH MAAL HIJRAH
20 JULAI 2023

Bismillahiruahmaniruahim dan Assalamualaikum wbt

Yang Diraikan Saudara Iddin bin Ramli, penceramah jemputan

Yang Dihormati Pn. Salehah bt Ali, Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid

Yang Dihormati En. Mohamad Sepian bin Osman, Penolong Kanan

Kokurikulum,

Yang Dihormati Pn. Noorhayati bt Mustaffa, Penolong Kanan

Pendidikan Khas

Yang Dihormati Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Kaunselor,

Guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdullillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin-

Nya dapat kita berhimpun di dewan ini untuk majlis ceramah Maal

Hijrah. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kedatangan

1
CTMIN JULAI 2023

penceramah dan rakan-rakan beliau ke majlis kita pada hari ini.

Terima kasih kerana sudi hadir ke SMK Orkid Desa.

Pertamanya, marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran

kerana dengan limpah dan rahmat-Nya kita masih dikurniakan usia

untuk melangkah ke tahun baharu hijrah 1445H.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Sambutan tahun baharu hijrah perlu dihayati untuk membolehkan kita

membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Hijrah perjuangan nabi

Muhamad dan para sahabat yang telah berjaya menyatukan dan

mempersaudarakan seluruh umat Islam di Madinah sekaligus

membentuk kesatuan ummah yang mantap dan kukuh perlu dicontohi.

Oleh itu, marilah kita sama-sama memantapkan ikatan dan

memperkukuhkan ukhuwah sesama warga Orkid Desa bagi

membolehkan kita melangkah lebih maju ke hadapan, selaras dengan

tema Maal Hijrah iaitu ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’

2
CTMIN JULAI 2023

Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan peristiwa yang amat

penting bagi umat Islam kerana mempunyai sejarahnya yang

tersendiri dalam Islam. Selain mengambil iktibar disebalik peristiwa

hijrah, marilah kita menggunakan kesempatan ini dengan memasang

azam dan iltizam untuk berusaha lebih kuat di tahun baru hijrah ini,

maka kejayaan yang lebih tinggi dan impian yang mahu direalisasikan

itu mampu dizahirkan dengan sempurna.

Justeru, kita perlu komited untuk melakukan penambahbaikan secara

berterusan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Hayatilah

semangat hijrah dengan menguasai pelbagai bidang ilmu

pengetahuan, teknologi dan kemahiran untuk mencapai kemajuan dan

kecemerlangan hidup dunia dan akhirat. Semoga permulaan tahun

baharu hijrah ini akan memugar semangat seluruh warga Orkid Desa

untuk terus membentuk kebersamaan dan kesepakatan yang mantap

3
CTMIN JULAI 2023

dan kukuh, dan seterusnya akan meningkatkan produktiviti kita agar

lebih cemerlang.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Panitia

Pendidikan Islam terhadap penganjuran majlis pagi ini, dan setinggi-

tinggi tahniah kepada semua guru beragama Islam kerana turut sama

berganding bahu menjadi ajk dalam setiap program anjuran panitia

Pendidikan Islam.

Buat semua anak murid putera dan puteri, hijrahlah ke arah yang lebih

baik sama ada dari segi penampilan, akhlak dan akademik. Sentiasa

berusaha perbaiki diri dan berfikiran positif. Belajar jadi anak yang

baik lagi cerdik dan menerima teguran guru-guru dengan rasional

demi membentuk sahsiah terpuji.

Akhir kalam, saya dengan penuh rasa tawaduk ingin mengucapkan

Salam Maal Hijrah kepada seluruh warga SMK Orkid Desa.

4
CTMIN JULAI 2023

Saya sudahi dengan serangkap pantun,

Hijrah itu bukan pelarian,


Tetapi tuntutan dari tuhan,
Sama-sama tingkatkan amalan,
Agar hidup sentiasa aman.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai