Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJIS PELANCARAN PERASMIAN BULAN AKADEMIK 2023

ATURCARA TEKS
Salutasi DARI RAUB, KE PONTIAN
Raziq TERUS PULA KE KUALA PERLIS
HARAP SEMUA BERI PERHATIAN
MOHON SAYA MULAKAN MAJLIS

SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG


SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Bismillahirahmanirrahim…..

1. Yang Mulia Tengku Zarena binti Tengku Azam PENGETUA


SMK SERI INDAH
2. Pn. Maizurfidar Anom binti Abdullah PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN
3. Pn. Mahani binti Wahab PENOLONG KANAN HEM
4. Pn. Mazitah binti Ngah PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
5. GURU-GURU KANAN MATA PELAJARAN
6. KAUNSELOR MURID
7. GURU-GURU
Seterusnya semua murid yang dikasihi sekalian

Assalammualaikum wmt dan salam sejahtera .


Alhamdulillah, Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
limpah kurnianya dapat kita berkumpul di Dewan Terbuka SMK Seri
Indah pada pagi ini, untuk sama-sama menjayakan MAJLIS
PELANCARAN PERASMIAN BULAN AKADEMIK TAHUN 2023.

Nyanyian 3 buah Hadirin yang dihormati sekalian,


lagu
Adriyana Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan Lagu
Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan diikuti dengan Lagu Sekolah.. Bagi
menghormati lagu ini mohon semua dipersilakan berdiri. Marilah kita
sama-sama menghayati lagu-lagu tersebut. Dipersilakan.

(Nyanyian 3 buah lagu)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


Bacaan Doa Hadirin yang dihormati sekalian…
Raziq
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
.
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini,marilah kita sama sama menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh saudara
Muhammad Marwan mursyid
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin,Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi, diberkati


Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih diucapkan.

Pembuka Majlis Hadirin sekalian,

Adriyana Sebelum majlis diteruskan lagi, eloklah kiranya saya menyatakan


sedikit sebanyak berkenaan BULAN AKADEMIK TAHUN 2023.

Pelbagai aktiviti dalam pembelajaran murid dapat memenuhi


keperluan negara sekali gus mampu melahirkan Anak yang Baik lagi
Cerdik dan dapat merealisasikan salah satu daripada Aspirasi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu membina modal
insan pada alaf yang serba mencabar ini.

Bidang Bahasa, Bidang Sains dan Matematik, Bidang TVET dan


Bidang Kemanusiaan telah bergabung untuk mengadakan aktiviti
perdana yang melibatkan semua murid. Dengan ini, kita dapat
mencungkil potensi diri, kemahiran, keupayaan dan kelebihan yang
ada pada seseorang murid serta membolehkan mereka memilih
jurusan kerjaya dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.

Aktiviti yang dirancang melibatkan penguasaan murid dalam


pelbagai bahasa, pendedahan terhadap mata pelajaran Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Di samping itu,
penghayatan nilai-nilai moral dan kemanusiaan dapat diterap dalam
kalangan murid agar menjadi murid yang madani, kreatif,
berketerampilan dan berdaya saing. Pelaksanaan Program Bulan
Akademik ini dapat meningkatkan kemenjadian murid seiring dengan
hasrat dan objektif Transformasi Sekolah (TS25).
Ucapan Pengetua Hadirin sekalian,
Raziq
TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK BERKAT ILMU TANPA AMALNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIDAK ADA YANG BERBICARA.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan


Yang Mulia, Tengku Zarena binti Tengku Azam PENGETUA SMK SERI
INDAH untuk menyampaikan bingkisan kata dan sekaligus merasmikan
PELANCARAN PERASMIAN BULAN AKADEMIK 2023. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan.

(ucapan pengetua)

Dengan ucapan itu tadi maka BULAN AKADEMIK 2023 dilancarkan


dengan rasminya.
Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Puan PENGETUA atas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.

Gimik Perasmian Bagi meneruskan kelangsungan acara sama-sama kita saksikan dan
Pelancaran berikan tumpuan sepenuhnya terhadap gimik pelancaran perasmian
BULAN Bulan Akademik 2023.
AKADEMIK 2023 Sama-sama kita saksikan.
Adriyana
(Gimik Pelancaran)

Mohon Puan Pengetua naik ke pentas diringi PK Pentadbiran , PK HEM ,


PK KOKO serta barisan GKMP untuk menyempurnakan gimik pelancaran
perasmian bulan akademik 2023. dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua dan semua barisan


pentadbir.

Ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam


penyediaan Gimik pelancaran perasmian sangat menarik dan
penuh berinformasi sempena BULAN AKADEMIK tahun 2023.
Diharap persembahan tadi memberi pendedahan bahawa konsep
ilmu dan inovasi itu tidak tegar dan membosankan tetapi boleh
dijadikan sesuatu yang sangat menarik untuk dipelajari.
Penutup Untuk pengetahuan semua,
Raziq
Aktiviti yang akan di adakan mengikut bidang
Bidang Bahasa = 8/5/2023 - 19/5/2023
Bidang sains dan matematik serta bidang TVET = 22/5/2023 -
16/6/2023
Bidang kemanusiaan = 19/6/2023 - 27/6/2023
Diharap semua aktiviti yang akan dijalankan mendapat sambutan
dari semua murid.

Dengan itu berakhirlah majlis perasmian bulan Akademik SMK Seri


Indah .Bagi pihak majlis, saya menyusun sepuluh jari seandainya
terdapat sebarang kekurangan sepanjang kami mengendalikan
majlis ini.
Semoga segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan lancar dan
bermanafaat kepada semua pelajar.

Sekian, Wabillah hi taufik walhidayah.wassalamualaikum w.b.t dan


salam sejahtera.

Majlis diserahkan kembali kepada guru bertugas.

Anda mungkin juga menyukai