Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJIS PELANCARAN PERASMIAN KARNIVAL STEM 2021

ATURCARA TEKS
Memperkemaskan TATACARA MAJLIS YANG PERLU DIPATUHI SEPANJANG
majlis sebelum MAJLIS BERLANGSUNG
bermula
1. Para murid dipohon kerjasama untuk tidak menulis perkataan
Hafizoh yang boleh menyentuh isu-isu negatif dan sensitif dalam
ruangan chat.
2. Pohon kerjasama para hadirin agar tidak meninggalkan majlis
ini sehingga selesai.
3. Link kehadiran akan diberikan oleh guru yang bertugas di
dalam ruangan chat. Murid hendaklah peka dan fokus kepada
majlis ini.
4. Akhir sekali sama-sama kita memberi kerjasama agar majlis
pada hari ini berjalan lancar dan sempurna. InsyaAllah.

Salutasi DARI RAUB, KE PONTIAN


TERUS PULA KE KUALA PERLIS
Hafizoh HARAP SEMUA BERI PERHATIAN
MOHON SAYA MULAKAN MAJLIS

SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG


SIRIH DARI PULAU MUTIARA,
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Bismillahirahmanirrahim…..

1. Yang berusaha, Puan Kamariah binti Che Ngah PENGETUA


SMK SERI INDAH
2. Yang Berusaha Puan Haslina Binti Sahrom PENOLONG
KANAN PENTADBIRAN
3. Yang Berusaha Puan Sharmila binti Ali PENOLONG KANAN
HEM
4. Yang Berusaha Puan Mazuraini binti Abdul Malek PENOLONG
KANAN KOKURIKULUM
5. Yang Berusaha Puan Nor Zizan binti Abdul Rahman
PENOLONG KANAN PETANG
6. GURU-GURU KANAN MATA PELAJARAN
7. KAUNSELOR PELAJAR
8. GURU-GURU SEINDAH
Seterusnya para pelajar SEINDAH yang dikasihi sekalian
Assalammualaikum wmt dan salam sejahtera .
Alhamdulillah, Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
limpah kurnianya dapat kita berkumpul di saluran Live Youtube
SEINDAH pada pagi ini, untuk sama-sama menjayakan MAJLIS
PELANCARAN PERASMIAN KARNIVAL STEM 2021.

Bacaan Doa ANUGERAH DI KECAP SI ANAK WATAN


MENGANGKAT SENJATA BIDALAN SUARA
Idah MENADAH TANGAN MEMOHON KEBERKATAN
MENDAPAT RESTU HIDUP SEJAHTERA

Sebelum hari yang indah ini berganjak mengikut rentak majlis, majlis akan
segera kita mulai dengan bacaan doa.
Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang dihormati AL
FADHIL USTAZ ZAINUDDIN BIN AB.RAHMAN untuk memimpin bacaan
doa sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita diberkati
hendakNya. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

(Bacaan Doa)

Amin,Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi, diberkati Allah
s.w.t hendaknya. Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati AL
FADHIL USTAZ ZAINUDDIN BIN AB.RAHMAN.

Nyanyian 3 buah Hadirin yang dihormati sekalian,


lagu
Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan Lagu
Idah Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan diikuti dengan Lagu Sekolah.. Bagi
menghormati lagu ini mohon semua dipersilakan berdiri. Marilah kita
sama-sama menghayati lagu-lagu tersebut. Dipersilakan.

(Nyanyian 3 buah lagu)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Pembuka Majlis Hadirin sekalian,


Hafizoh Sebelum majlis diteruskan lagi, eloklah kiranya saya menyatakan
sedikit sebanyak berkenaan KARNIVAL STEM 2021.

Karnival STEM merupakan satu program yang dianjurkan oleh


Bidang Sains dan Matematik serta Bidang Teknik dan Vokasional
SMK Seri Indah. Karnival ini bertujuan untuk menarik minat pelajar
terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi,Kejuruteraan dan
Matematik. Program-program yang telah dirancang mampu memberi
perangsang di samping mencungkil bakat murid SMK Seri Indah
supaya berminat terhadap mata
pelajaran sains, teknologi dan matematik serta dapat melahirkan
murid yang berketerampilan, kreatif dan inovatif serta bersedia ke
arah Revolusi Industri (IR) 4.0.

KARNIVAL STEM 2021 akan berlangsung mulai hari ini 20


september 2021 sehingga majlis penutupnya pada 22 Oktober 2021.

Pihak Jawatankuasa KARNIVAL STEM 2021 telah menyediakan


pelbagai aktiviti kepada semua murid sepanjang KARNIVAL STEM
ini berlangsung.

Ucapan Pengetua TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA


TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
Idah TAK BERKAT ILMU TANPA AMALNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIDAK ADA YANG BERBICARA.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan


Yang berusaha, Puan Kamariah binti Che Ngah PENGETUA SMK SERI
INDAH untuk menyampaikan bingkisan kata dan sekaligus merasmikan
PELANCARAN KARNIVAL STEM 2021. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

(ucapan pengetua)

Dengan ucapan itu tadi maka KARNIVAL STEM 2021 dilancarkan dengan
rasminya.
Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Yang Berusaha Tuan PENGETUA atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Gimik Perasmian Bagi meneruskan kelangsungan acara sama-sama kita saksikan dan
Pelancaran berikan tumpuan sepenuhnya terhadap gimik pelancaran dan tayangan
Karnival STEM montaj aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang KARNIVAL STEM
dan tahun 2021.
Tayangan Montaj Sama-sama kita saksikan.
Poster
Pertandingan (Gimik Pelancaran)
Karnival STEM
&
(Tayangan Montaj aktiviti STEM)
Idah

Ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam penyediaan
Video Gimik pelancaran dan juga Montaj yang sangat menarik dan penuh
berinformasi sempena KARNIVAL STEM tahun 2021.

* Mohon semua murid untuk mengisi kehadiran di link kehadiran yang


telah diberikan di ruangan chat.

Persembahan SEHABIS MERAH DAUN YANG SIHAT


Murid DAHAN MELEBAR BERCERITA SAKAN
MAJLIS KARNIVAL STEM MOHON BEREHAT
PERSEMBAHAN MURID KITA SAKSIKAN
Idah
Hadirin sekalian

Bagi menyerikan lagi majlis kita hari ini, marilah kita sama-sama
menyaksikan persembahan video kompilasi dari 4 orang murid iaitu
1. YESSHWARA ROOVIN A/L PATHMANATHAN
2. AKMAL HARIZ BIN AZIDI
3. NUR NISA MAISARA BINTI MOHD FADZIL
4. SITI NUR ASHLIHA BINTI KHALID
Yang bertajuk THE POWER OF STEM
Majlis mempersilakan.

(persembahan murid)

Terima kasih diucapkan atas persembahan sebentar tadi. Untuk


makluman semua persembahan video itu tadi adalah kompilasi dari 4
orang murid iaitu
1. YESSHWARA ROOVIN A/L PATHMANATHAN
2. AKMAL HARIZ BIN AZIDI
3. NUR NISA MAISARA BINTI MOHD FADZIL
4. SITI NUR ASHLIHA BINTI KHALID
Yang bertajuk THE POWER OF STEM
dan dibimbing oleh Pn Nazrana mdzain ,Pn Rashidah abidin ,Pn
Asmahani abd aziz
Penutup Hadirin sekalian,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Hafizoh Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini
Dengan ini selesailah sudah MAJLIS PELANCARAN KARNIVAL
STEM 2021.

Sebelum mengundur diri, suka juga saya ingin memaklumkan


bahawa pertandingan yang telah disusun sepanjang Karnival STEM
2021 untuk murid SEINDAH sepanjang tempoh ini di mana pelbagai
pertandingan yang menarik telah disediakan kepada semua murid
SEINDAH berjalan dengan lancar. Mohon semua murid SEINDAH
dapat menyertai semua aktiviti yang disediakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan menjayakan majlis
pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada semua AJK Pelaksana ,


Barisan Pentadbir , dan Warga Sekolah SEINDAH serta mereka
yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung bagi
menjayakan majlis Pelancaran KARNIVAL STEM bagi tahun 2021.

Bagi murid-murid yang belum mengisi kehadiran perlulah mengisi


dengan segera di link yang telah diberikan diruangan chat.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin sekalian


atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.

Sesungguhnya, gitar tidak akan bersuara tanpa jari, bulan tak akan
purnama tanpa matahari. Segala yang baik datang dari Allah SWT
dan segala yang kurang atau kelemahan adalah dari kami insan
biasa.

Sekian sahaja majlis kita hari ini dengan itu , saya sudahi dengan
Wabillah hitaufik walhidayah .....
Dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai