Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA

PELANCARAN STEM SKAJ 2022

PERINGATAN KEPADA PARA DIRI SENDIRI/GURU

1. PASTIKAN READY PERSEMBAHAN/GIMIK


2. PASTIAN PEMBACA DOA BERSEDIA (RUWAIS UWAIMIR)
3. PASTIKAN SEMUA PELAJAR DIAM BERSEDIA
4. PASTIKAN READY SEMUA LAGU (SIARAYA)
5. PASTIKAN ADA JURU GAMBAR

BIL TEKS CUE


Persediaan Ahli dewan bersedia.
ahli dewan
Aluan MC Anak kecil menyusun papan,
Papan disusun diatas sampan,
Selamat datang kami ucapkan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Assalammualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Address
Yang Berusaha, Cikgu Abdul Roni bin
Mustafa, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Alor Janggus.

Yang dihormati, Cikgu Fazillah binti


Sulieman, Penolong kanan Pentadbiran.

Yang dihormati, Cikgu Bohari bin Sanip,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang dihormati, Cikgu Rusmani binti Abdul


Rashid, Penolong Kanan Kokurikulum.

Guru-guru, staf-staf, yang hadir pada hari ini


serta murid-murid Sekolah Kebangsaan Alor
Janggus yang dirahmati Allah sekalian.

1
Hadirin yang dihormati, bagi pihak majlis
saya mengalu-alukan kehadiran
Tuan puan ke Majlis Pelancaran STEM
Peringkat Sekolah 2022.

Untuk maklumat semua, STEM adalah


singkatan kepada bidang Sains, Teknologi,
Engineering dan Matematik. Di Malaysia,
STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan
pilihan kurikulum sekolah dalam usaha
untuk meningkatkan daya saing dalam
bidang sains serta teknologi kepada pelajar.

Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis,


marilah kita bersama-sama menadah tangan
memohon keberkatan Ilahi, agar majlis hari
ini berjalan lancar.

Untuk itu, majlis dengan hormatnya


menjemput Mohd Ruwais Uwaimir
bin……..untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.
Amin… Amin… ya robbalalamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan GB Apabila tulisan menjadi lisan

Lisan didengar serta dikarang

Informasi dan teknologi menjadi pedoman

Buat generasi yang kian mendatang

Majlis diteruskan lagi dengan


mempersilakan, Cikgu Lily Haryani binti
Ibrahim, Ketua Panitia Matematik untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


2
atas ucapan sebentar tadi.

Gimik Majlis diteruskan lagi dengan acara gimik.


Dipersilakan.

Yang baru sahaja kita saksikan merupakan


gimik persembahan yang cukup menarik
sebagai simbolik pelancaran STEM peringkat
sekolah. Terima kasih diucapkan.

Ucapan Daun semulur di pekan sari,


Perasmi Batang jerami rebah kebumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Dengan itu, majlis dengan sukacitanya


menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha, Cikgu Abdul Roni bin Mustafa,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Alor
Janggus untuk menyampaikan ucapan dan
sekali gus merasmikan Majlis STEM Sekolah
Kebangsaan Alor Janggus.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas


kesudian yang Berusaha guru besar untuk
merasmikan majlis.

Persembaha Seterusnya marilah bersama-sama kita


n deklamasi menonton persembahan deklamasi sajak
sajak. yang bertajuk ERA KEMAJUAN yang bakal
disampaikan oleh Raudhatul Raihan binti
Mohd Rizuaddin dari kelas 6 Berlian.

Majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan.
Persembaha
n Sifir Seterusnya majlis akan diserikan lagi dengan
persembahan bacaan sifir oleh adik Nur
Natrah Adyani binti Khairulnizam daripada 3
Berlian.

Dipersilakan.
Persembaha Seterusnya marilah kita saksikan

3
n sifir berlagu persembahan yang sangat bertenaga
daripada murid-murid kelas 4Berlian yang
menggelarkan diri mereka sebagai The
Queen of Gelex. Mereka akan
mempersembahkan aerobik sifir.

Dipersilakan.
Persembaha Usai sudah deklamasi pantun, Majlis
n sains diteruskan lagi dengan persembahan sains
comot. comot.

Dipersilakan.

Drama Seterusnya marilah bersama-sama kita


menonton drama pentomen.

Dipersilakan.
Penutup Dengan berakhirnya pentomen sebentar
tadi, maka berakhirlah majlis pelancaran
STEM Sekolah Kebangsaan Alor Janggus.

Kami mewakili pihak majlis merakamkan


ucapan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam merealisasikan majlis pelancaran ini.
Sekian. Wabillahitaufik walhidayah
wassalammualaikum w.b.t.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai