Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN GALAKAN MEMBACA

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI NEGERI TAHUN 2023

9 JULAI 2023

TAJUK TEKS PENGACARAAN CATATAN


ALU-ALUAN Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam sejahtera,
Salam Malaysia Madani, dan
Salam Kitakan Seri Negeri

Yang berusaha,
Cg Ahmad Zifni bin Adeli,Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Seri Negeri

Yang berusaha,
Puan Ahlamulmuna binti Uzir,
Penolong PPD Sumber dan Teknologi Pendidikan di
PPD Langkawi,

Yang dihormati,
Cg Ismadi bin Ismail,Penolong Kanan Pentadbiran SK
Seri Negeri

Yang dihormati,
Cg Khairul Annuar bin Hussin, Penolong Kanan HEM
SK Seri Negeri

Yang dihormati,
Cg Muhammad Faizal bin Mohamad Hanafiah,Penolong
Kanan KoKurikulum SK Seri Negeri

Barisan guru-guru yang berkaliber,


seterusnya anak-anak pintar yang dikasihi sekalian.

Pendahuluan Alhamdulillah, syukur kita kepada Hadrat Illahi,kerana


dengan kurnia-Nya maka dapat kita bersama-sama
berkumpul pada pagi ini untuk memeriahkan Majlis
Pelancaran NILAM dan Program Galakan Membaca Sesi
2023/2024.

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan


penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan
membaca yang pernah dan sedang dijalankan di sekolah
dengan memberi pengikhtirafan yang sesuai kepada
murid.Program ini merupakan satu pendekatan untuk
menyuburkan tabiat membaca dalam kalangan warga
sekolah.
Bunga melur dalam jambangan,
Di tepi kolam menjadi hiasan,
Ku titip pantun buat renungan,
Galakan Membaca empunya wawasan,

Ucapan Pengerusi Hadirin yang dihormati sekalian,

Persada ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan


yang akan disampaikan oleh Tuan Pengerusi. Majlis
dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang
berusaha,Cg Ahmad Zifni bin Adeli,Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Seri Negeri untuk menyampaikan
ucapan.Dipersilakan.

____________Ucapan Pengerusi__________________

Majlis mengucapan ribuan terima kasih atas ucapan yang


telah disampaikan sebentar tadi.
Ucapan Perasmian Hadirin sekalian,

Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini,majlis


diteruskan dengan menjemput yang berusaha, Puan
Ahlamulmuna binti Uzir,Penolong PPD Sumber dan
Teknologi Pendidikan PPD Langkawi untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Pelancaran Program Nilam dan Galakan Membaca Sesi
2023/2024.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan,

_______________Ucapan Perasmian_____________

Terima kasih diucapkan kepada Puan Ahlamulmuna binti


Uzir atas ucapan perasmian itu tadi.

Mekar sejambak bunga gubahan,


Jatuh sekuntum di atas peti,
Membaca itu suruhan Tuhan,
Al-Alaq diturun menjadi bukti,

Cerana kesuma indah melati,


Cantik tersemat dambaan puteri,
Ilmu ditimba sepenuh hati,
kekuatan umat minda bestari.

Gimik Pelancaran Seterusnya dipersilakan Cg Ahmad Zifni bin Adeli, Guru


Besar Sekolah Kebangsaan Seri Negeri bersama barisan
penolong kanan untuk mengiringi Puan Ahlamulmuna
binti Uzir,Penolong PPD Sumber dan Teknologi
Pendidikan bagi menyempurnakan simbolik upacara
perasmian Pelancaran Program Nilam dan Galakan
Membaca Sesi 2023/2024.

____________SIMBOLIK PERASMIAN____________

Terima kasih diucapkan kepada Puan Ahlamulmuna binti


Uzir,Cg Ahmad Zifni bin Adeli dan barisan Guru
Penolong Kanan atas kesudian menyempurnakan upacara
perasmian itu tadi.

Nyanyian Lagu Tema Hadirin sekalian,

Upacara seterusnya ialah nyanyian lagu ‘NILAM,Nadi


Ilmu Amalan Membaca’.
Hadirin dipersilakan berdiri dan menyanyikan dengan
penuh semangat.

____________Lagu NILAM_________________

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian


sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Sebagai makluman,rekod pembacaan murid telah


menunjukkan trend peningkatan yang baik melalui
pengisian program-program Nilam sepanjang sesi
persekolahan berlangsung.Tahniah diucapkan kepada
semua anak-anak pintar Seri Negeri.Tahniah juga
diucapkan di atas galakan dan kebersamaan yang
ditunjukkan dalam kalangan guru-guru untuk
menjayakan program Nilam ini.

Seterusnya ialah sesi penyampaian hadiah,

Dijemput Cikgu Ahmad Zifni bin Adeli bagi mengiringi


Puan Ahlamulmuna binti Uzir untuk menyampaikan
hadiah kepada pemenang.

______________Penyampaian Hadiah____________

Terima kasih diucapkan kepada Puan Ahlamulmuna binti


Uzir dan Cg Ahmad Zifni bin Adeli atas kesudian
menyempurnakan sesi penyampaian hadiah itu tadi.

Penutup Dengan berakhirnya sesi penyampaian hadiah itu tadi


maka berakhirlah sudah Majlis Pelancaran Program
Nilam dan Galakan Membaca SK Seri Negeri Sesi
2023/2024.Terima kasih diucapkan kepada semua
jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis
pada pagi ini.Kami bagi pihak majlis memohon maaf atas
kesilapan yang berlaku sepanjang majlis berlangsung.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
DI lain masa bersua lagi,

Sekian,Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai