Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA KEMPEN JOM KE SEKOLAH, PONTENG SIFAR DAN PROGRAM HADIRLAH SAYANG

SMK SERI DAMAI, KUANTAN

BIL ATUR CARA SKRIP PENGACARA CATATAN

1. Pembukaan Nyanyian Lagu Negaraku


Majlis
Lagu Allah Selamatkan Sultan Kami
Lagu Sekolah

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara;
Pemanis kata selamat datang,
Salutasi dan
Awal Bismillah pembuka bicara.
kata-kata aluan

Yang Berusaha
Puan Hajah Suriana binti Ali
Pengetua SMK Seri Damai

Puan Rodziah binti Mat Akil


Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Ismawaty binti Muda
Penolong Kanan Kokurikulum
Memangku tugas Penolong Kanan HEM

Puan Suryani binti Ismail


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran


Rakan-rakan Guru-guru yang dimuliakan
Seterusnya, murid-murid yang saya kasihi sekalian..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat


Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya, pada pagi Jumaat yang
penuh barakah ini, kita sama-sama dapat berkumpul dalam Majlis:
PELANCARAN KEMPEN JOM KE SEKOLAH, PONTENG SIFAR
DAN PROGRAM HADIRLAH SAYANG

SMK SERI DAMAI BAGI TAHUN 2023

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kempen Jom ke Sekolah, Ponteng sifar dan Program Hadirlah


Sayang merupakan satu inisiatif yang diambil untuk meningkatkan
peratus kehadiran murid ke sekolah. Melalui program ini,
diharapkan murid-murid akan lebih semangat untuk ke sekolah dan
mengurangkan jumlah ketidakhadiran.

Ketidakhadiran murid boleh memberi kesan buruk kepada


pembelajaran seterusnya boleh mempengaruhi pencapaian
akademik mereka. Dengan mengambil inisiatif seperti ini, pihak
sekolah dapat memastikan murid-murid hadir ke sekolah dengan
lebih kerap dan memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih
menyeronokkan.
Bacaan Doa
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Hadirin dan Hadirat yang dimuliakan.


Tanpa melengahkan masa, kini majlis mempersilakan Al-fadhil
Ustaz Md Sapuan bin Shuhadi untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**Doa**

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Md


Sapuan bin Shuhadi atas bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan GPK Bukan rumput sebarang rumput,
HEM Rumput penghias di tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


Majlis diteruskan lagi, dengan menjemput Puan Ismawaty binti
Muda, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, serta memangku tugas
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
**Ucapan**
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Ismawaty binti
Muda atas ucapan itu tadi.

Ucapan Sudilah tuan tampil ke depan,


Tampil ke depan tersenyum manis;
perasmi
Sudilah tuan beri ucapan,
Beri ucapan merasmi majlis.
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Hajah Suriana binti


Ali, Pengetua SMK Seri Damai untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Kempen Jom Ke Sekolah, Ponteng Sifar
Dan Program Hadirlah Sayang, Smk Seri Damai Bagi Tahun 2023.
Dipersilakan….

**Ucapan Perasmi**

**Gimik Pelancaran**

Majlis merakamkam ucapan terima kasih kepada Pn Hajah Suriana


binti Ali atas ucapan perasmian dan upacara gimik pelancaran itu
tadi.
Kini, Majlis menjemput Saudara Muhammad Haziq Darwisy bin
Mohd Riza, dari kelas 4 Proaktif untuk mengetuai bacaan ikrar
murid. Dipersilakan….

**BACAAN IKRAR **

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhammad Haziq


Darwisy bin Mohd Riza atas bacaan ikrar sebentar tadi. Murid-
murid dipersilakan duduk.
Hadirin-hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Kad SSDM kepada


guru-guru yang telah merekodkan Amalan Baik terbanyak bagi
murid-murid SMK Seri Damai tahun 2022/2023.

Dengan ini, majlis mempersilakan Pn Rodziah binti mat Akil untuk


mengiringi Puan Hajah Suriana binti Ali untuk menyampaikan Kad
SSDM kepada para penerima. Dipersilakan….

**Rujuk penerima kad SSDM**

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan rodziah Mat


Akil dan Puan Hajah Suriana binti Mat Akil atas penyampaian Kad
SSDM itu tadi.

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap dimaafi,
Ketemu lagi di lain masa.

Dengan berakhirnya penyampaian Kad SSDM sebentar tadi, maka


berakhirlah Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah, Sifar
Ponteng dan Program Hadirlah Sayang SMK Seri Damai bagi
Tahun 2023

Sekian.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai