Anda di halaman 1dari 2

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KEBITARAAN SENI SILAT

SK BERUAS
(15 APRIL 2021)

SKRIP CATATAN
KETIBAAN Semua tetamu berarak masuk ke dalam dewan

UCAPAN ALUAN Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang Berusaha, En. Azman Hashim GB SK Beruas,


Pn. Noni Hanizar Zainal
Penolong Kanan Pentadbiran
En. Rusli Semail
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Maznah Zahari
Penolong Kanan Kokurikulum
En Suhaimi Said
YDP PIBG SK Beruas

Barisan AJK PIBG,guru-guru seterusnya anak-anak pelajar


yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum W.BT dan salam sejahtera.


Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita
dapat berhimpun dalam Majlis Perasmian Program
Kebitaraan Seni Silat dan pelancaran Moto Sekolah SK
Beruas.

Untuk makluman semua, Sekolah Kebangsaan Beruas atau


kini ditonjolkan dengan slogan SKB Superb telah menjadikan
seni silat sebagai program kebitaraan sekolah.

Antara objektif program ini diadakan ialah melahirkan dan


membentuk murid berdisplin dan bertanggungjawab, selain
Membentuk keperibadian dan mendedahkan murid dengan
dunia seni silat.

BACAAN DOA Semoga program ini akan juga dapat mengeratkan


silaturrahim antara kita warga sekolah dengan pihak PIBG
amnya.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Ustaz


Daud Mohd Nor untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan…
***** selesai doa******
Amin..amin..amin Ya rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi.

UCAPAN Kelat bukan sebarang kelat


PERASMIAN GB Kelat mengkudu ada khasiatnya
Silat bukan sebarang silat
Silat Melayu kaya falsafahnya.

Jangan tertawan alpa duniawi


hanya indah serupa mimpi
Duhai pahlawan kesatria pertiwi
Hulurkan madah kata perasmi.

Sidang Hadirin,
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan, Encik
Azman Hashim, guru besar SK Beruas bagi menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Program Kebitaraan Seni
Silat dan Moto Sekolah. DIpersilakan.

***selesai ucapan***
*Alhamdulillah, dengan berakhirnya ucapan itu tadi maka
terasmilah sudah program kita hari ini. Sekalung terima kasih
tuan.

GIMIK
PERASMIAN Majlis diteruskan dengan gimik perasmian. Rujuk
Penyelaras utk
gimik

Terima kasih di atas pelancaran gimik sebentar tadi.

BERSURAI Sidang hadirin sekalian,


Kita telah pun tiba di penghujung majlis,

Leka bersiap si anak dara


Teruna tekun memasang pelita
Kalau tersilap menyusun bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon


maaf sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang
perjalanan majlis ini.
Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai