Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Majlis ‘Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC)

Kluster Pembangunan Sahsiah dan Pembinaan Karakter Murid’


Siti Hajar Basir
TEKS PENGACARA MAJLIS
PROGRAM ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
KLAUSTER PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN PEMBINAAN KARAKTER MURID
SMK KLEBANG BESAR
20 SEPTEMBER 2023 (RABU)

CUE PERISTIWA
KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan,

Semua hadirin diminta berdiri..

NYANYIAN 4 BUAH Majlis akan dimulakan dengan nyayian 3 buah lagu :


LAGU Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Lagu Sekolah.

Hadirin dipersilakan duduk.

SALUTASI Sireh berlipat sireh pinang,


UCAPAN ALU-ALUAN Sireh dari Pulau Mutiara.
PENGACARA MAJLIS Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani,
Salam Melakaku Maju Jaya Rakyat Bahagia Menggamit Dunia, Bijak
Laksana Tuah, Berani Kerana Jebat

Yang Dihormati,
Encik Mohd Zulhijri bin Sabtu,
Ketua Penolong Pengarah (KPP) Unit Hal Ehwal Murid ;
Sektor Pembangunan Murid ;
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Puan Siti Hajar binti Mat Yusof


Pengurus Bahagia Pengambilan dan Kemasukan Pelajar ;
Multimedia University (MMU)

Puan Mahfuzah binti Maarap


Guru Bimbingan dan Kaunseling ;
SMK Rahmat
Yang Berusaha,
Teks Pengacara Majlis ‘Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC)
Kluster Pembangunan Sahsiah dan Pembinaan Karakter Murid’
Siti Hajar Basir
Encik Azman bin Harun,
Pengetua SMK Klebang Besar

Puan Rossnita binti Sardi


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKKB

Tn. Haji Ismail bin Hasbullah


Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa, merangkap ;
Penyelaras Program

Rakan-rakan Guru

Seterusnya anak-anak Tingkatan 5 SMK Klebang Besar sekalian

Alhamdulillah
Dipanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi,
Dengan izin dan innayah-Nya,
Kita dapat bersama-sama pada pagi ini untuk :

PROGRAM ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)


KLAUSTER PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN PEMBINAAN
KARAKTER MURID, PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2023
BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
memulakan majlis dengan bacaan doa.

Untuk itu, dijemput Saudara Salman Faris bin Salahuddin


untuk memimpin bacaan doa. Tafaddol masykuro

(Bacaan Doa)

Amin, amin Ya Rabbal Alamin…

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Salman


Faris bin Salahuddin atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

ALUAN PENGACARA Konsep ABC ini merangkumi akronim berikut:


MAJLIS A-Anak ; B-Baik ; C-Cerdik
Konsep ini dibawa oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
(KPPM), YBhg. Dato’ Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali yang
Teks Pengacara Majlis ‘Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC)
Kluster Pembangunan Sahsiah dan Pembinaan Karakter Murid’
Siti Hajar Basir
menyatakan konsep ini adalah untuk mendidik anak-anak atau
murid menjadi anak yang baik lagi cerdik.

Konsep ini juga adalah selaras dengan dengan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Gagasan Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC) adalah antara usaha
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memastikan pembinaan
karakter yang berkait rapat dengan disiplin, adab susila dan
kesopanan yang menjadi teras kepada pelajar sekolah.

Anak-anak KLaSS sekalian,


SLOT 1 :
Program kita pada pagi ini dimulakan dengan Slot yang pertama.
EN. MOHD ZULHIJRI
Slot ini akan dikendalikan oleh Encik Mohd Zulhijri bin Sabtu,
BIN SABTU
Ketua Penolong Pengarah Unit HEM Jabatan Pendidikan Negeri
Melaka.

Tanpa membuang masa, dengan penuh hormatnya, majlis


mempersilakan.

(SLOT 1)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd


Zulhijri bin Sabtu atas perkara yang telah disampaikan tadi.
Diharapkan anak-anak Tingkatan 5 cakna dan mengaplikasikan
semua nasihat dan cadangan yang telah diberikan.

UCAPAN PERASMIAN Sidang hadirin yang budiman,


ENCIK AZMAN BIN Kini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
HARUN mempersilakan ;

Yang Berusaha,
ENCIK AZMAN BIN HARUN, PENGETUA SMK KLEBANG
Teks Pengacara Majlis ‘Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC)
Kluster Pembangunan Sahsiah dan Pembinaan Karakter Murid’
Siti Hajar Basir
BESAR
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan
perasmian PROGRAM ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK (ABC)
KLAUSTER PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN PEMBINAAN
KARAKTER MURID, PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2023

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


(Ucapan Tuan Pengetua)

Majlis setulus hati merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan


Pengetua atas penyempurnaan perasmian itu tadi.

SLOT 2 ; PUAN SITI Hadirin sekalian,


HAJAR BINTI MAT
YUSOF Seterusnya, majlis menjemput Puan Siti Hajar binti Mat Yusof,
Pengurus Bahagian Pengambilan dan Kemasukan Pelajar,
Multimedia University (MMU) untuk meneruskan program kita
dengan pengisian Slot kedua. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Siti Hajar


atas perkongsian maklumat sebentar tadi.

SLOT 3 ; Sidang Hadirin.


PUAN MAHFUZAH Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita ke SLOT Terakhir untuk
BINTI MAARAP hari ini. Slot ketiga ini akan disampaikan oleh Puan Mahfuzah
binti Maarap ; Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Rahmat

PENYAMPAIAN Dari Daik pulang ke Daik


CENDERAMATA Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Menjadi adat orang Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Sebagai


tanda mengenang jasa serta ucapan terima kasih, majlis
mempersilakan Yang Berusaha Encik Azman bin Harun untuk
menyampaikan cenderamata dan sijil penghargaan sebagai
kenang-kenangan kepada
…………………………………………………………………..
Teks Pengacara Majlis ‘Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC)
Kluster Pembangunan Sahsiah dan Pembinaan Karakter Murid’
Siti Hajar Basir
Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan
Pengetua kerana telah menyampaikan cenderamata itu tadi.

PENUTUP Sidang Hadirin,


Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putera puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat kesalahan dan


kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan
tingkah laku sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Yang baik
itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri kami
sendiri.

Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi
wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai