Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YANG BERUSAHA
GURU BESAR
SK SERI SINARAN CHOKOH

SEMPENA
KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH
PONTIAN

PADA
14 JUN 2023 (RABU)

BERTEMPAT DI
DSK SERI SINARAN CHOKOH
Assalamualaikum, Selamat Petang dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih
kepada Saudari Pengacara Majlis.

Yang berbahagia,
Dr Hamid bin Idris
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran

Yang dihormati,
Ustazah Norulnisaa binti Poniran
Penolong PPD Pendidikan Islam

Yang dihormati,
Ustaz Zambri bin Md Said
Penolong PPD Pendidikan Islam

Yang berusaha,

En. Saiful Azlan bin Mahmud


Pegawai Urusan Malakoff Corporation Berhad

Pn. Hajjah Mardiana binti Mohamed


Yayasan Bujang Negeri Johor

En. Azman bin Abdul Rauf


YDP PIBG Chokoh

Ustaz Mohd Radzie bin Sulaiman


Ketua Jemaah Hakim

Seterusnya, yang dikasihi,


Guru besar sekolah-sekolah daerah Pontian, guru-guru penolong kanan, barisan
hakim, guru-guru Pendidikan Islam, guru-guru pengiring dan para peserta
sekalian.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T, kerana dengan keizinan-
Nya, kita dapat berhimpun pada petang ini di Dewan SK Seri Sinaran
Chokoh sempena Karnival Pendidikan Islam Sekolah-sekolah Rendah
Daerah Pontian.
Terlebih dahulu, saya selaku tuan rumah karnival ini, amat
berbesar hati atas kehadiran tuan, puan dan para peserta untuk
memeriahkan lagi karnival ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan
kepada para penyumbang iaitu Malakoff Corporation Berhad, Yayasan
Bujang Negeri Johor dan pemyumbang-penyumbang lain. Sumbang
pihak kalian amat dihargai.
Tahniah juga diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana yang
terdiri daripada guru sekolah-sekolah daerah Pontian kerana telah
bertungkus lumus membuat persediaan bagi karnival ini. Sesungguhnya
tanpa komitmen daripada para hakim dan para guru, sudah pasti
karnival ini tidak dilaksanakan dengan baik.

Seperti yang kita semua maklum, dunia pendidikan pada masa ini
sangat kompetitif yang menuntut pelbagai kemahiran insaniah selain
daripada kecerdasan kognitif semata-mata seperti kemahiran
kepimpinan, kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal. Oleh
sebab itu, karnival seperti ini merupakan wadah yang terbaik untuk
membentuk pelbagai kemahiran insaniah dalam diri murid dan wajar
dilaksanakan secara berkala dari semasa ke semasa. Malah, Falfasah
Pendidikan Malaysia juga menuntut kita untuk membina murid secara
seimbang dan tidak tertumpu kepada peperiksaan semata-mata, tetapi
membentuk sahsiah dan keperibadian modal insan dengan lebih
kompeten.
Di pihak pengurusan, kami berharap agar para peserta dapat
menimba pengetahuan melalui pembelajaran luar bilik darjah secara
bermakna. Percayalah semua pertandingan yang diadakan mampu
menjadi sebuah pengalaman manis dalam menempuh pelbagai cabaran
kehidupan masa hadapan.

Akhirulkalam, saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih


kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
untuk menjayakan karnival ini. Malah, saya juga memohon maaf jika
terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan sepanjang karnival ini
berlangsung. Semoga karnival ini dapat melahirkan modal insan yang
berdaya saing dan berkepimpinan untuk diaplikasikan dalam kehidupan
harian.

Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai