Anda di halaman 1dari 5

________________________________________

TEKS UCAPAN

KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN


SEKTOR PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
ENCIK AHMAT DAUD BIN HAJI LUGOM
________________________________________

MAJLIS PENUTUPAN
KEJOHANAN SUKAN e-STACKING PENDIDIKAN KHAS
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023
pada
27 SEPTEMBER 2023 (RABU)

Bertempat di:
Pusat Sumber
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuching
Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Dan Salam Sejahtera.

SALUTASI

Yang Berusaha, Encik Bolkiah bin Ali,


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Padawan,
Sektor Pembangunan Murid

Yang Berusaha, Encik Edward ak Peter Bajat,


Guru Besar SK Jalan Arang

Yang Berusaha, Encik Kamarol Zaman bin Mohamad Zen,


Guru Besar SK Semenggok

Yang Berusaha, Puan Rosnah binti Jali,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuching,
selaku tuan rumah kejohanan

Penolong Pengarah, Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan


PPD, Penolong PPD,

Barisan Pengetua dan Guru Besar, Ketua-Ketua Kontinjen,


Pengurus Pasukan, Jurulatih serta Pegawai Teknikal, Urusetia
Pengelola, Guru-Guru Pengiring serta anak-anak para atlet
yang dikasihi sekalian.
PEMBUKA BICARA

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan


izin dan limpah kurnia-Nya, kita dapat berhimpun pada pagi ini di
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuching
setelah berkampung selama 3 hari di sini bagi menyempurnakan
Majlis Penutupan Kejohanan Sukan e-Stacking Pendidikan
Khas Peringkat Negeri Tahun 2023.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas


kepada Pejabat Pendidikan Daerah Padawan dan SK Jalan Arang
dan SK Semenggok selaku pengelola bersama serta semua
jawatankuasa Kejohanan Sukan e-Stacking Pendidikan Khas
Peringkat Negeri Sarawak tahun 2023 atas kejayaan pengelolaan
pada kali ini. Tidak ketinggalan, saya ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
atas penyediaan tempat sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian.

3. Pendidikan Khas merupakan program yang tidak asing yang kita


dengari dalam bidang pendidikan pada masa kini. Sebagai
sebahagian daripada masyarakat, kita perlulah memainkan
peranan lebih berkesan dan memberi perhatian khusus dalam
membantu murid pendidikan khas agar mereka tidak tercicir dalam
arus pembangunan negara.

4. Ramai daripada kita sering terlepas pandang atau mungkin tidak


menyedari bahawa satu peratus penduduk negara adalah kanak-
kanak berkeperluan khas dan memerlukan perhatian khusus
terutamanya dalam aspek pembelajaran. Dalam bidang
pendidikan, murid-murid pendidikan khas ini tidak boleh disisihkan
malah memerlukan layanan pendidikan yang sempurna demi
masa depan yang terjamin.
Hadirin sekalian.

5. Ibu bapa juga perlu memberi peluang dan kepercayaan


kepada anak-anak ini untuk mendapatkan pendidikan bagi
membolehkan mereka berdikari pada masa akan datang.
Murid-murid pendidikan khas ini sebenarnya mempunyai
pelbagai kecerdasan dan kemahiran yang boleh dicungkil,
dipupuk dan dikembangkan kearah kecemerlangan
individu yang optimum. Murid pendidikan khas merupakan
aset yang dapat menyumbang dalam kemajuan
masyarakat dan tidak sepatutnya dilihat sebagai liabiliti
semata-mata.

6. Antara ‘role-model’ yang dapat dilihat ialah seperti atlet


paralimpik negara kita yang menyinar seperti Bonnie
Bunyau Gustin, Muhammad Ziyad Zolkefli, Dato’
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Datuk Abdul Latif
Romly. Mereka ini merupakan permata yang telah
mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Justeru itu, dengan penganjuran kejohanan ini, ia dapat
meningkatkan pembelajaran, kemahiran sosial dan
berkomunikasi di kalangan anak-anak Pendidikan khas.
Mereka dapat belajar cara kehidupan berdikari dan juga
memenuhi impian mereka. Mereka diberi peluang untuk
merasa bekerja secara berpasukan, produktif serta
membentuk perhubungan serta menikmati hidup dengan
bermakna. Dengan sokongan daripada semua golongan
masyarakat dan intervensi serta sokongan yang sedia
ada, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas dapat
menikmati hidup yang lebih sempurna di samping
persekitaran yang interaktif seiring dengan pembangunan
minda anak-anak normal yang lain.
7. Dengan ini saya berharap murid-murid Berkeperluan
Pendidikan Khas di Negeri Sarawak khususnya para
peserta Kejohanan yang berada di hadapan saya pada
pagi dapat meningkatkan ilmu kemahiran sukan yang
diceburi bagi membolehkan anak murid semua menimba
pengalaman dan pengetahuan untuk meneruskan
kehidupan yang lebih bermakna agar lebih berdikari
dalam menjalani aktiviti harian yang mendatang.

8. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil


kesempatan sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi
ucapan syabas dan tahniah kepada semua atlet serta
pegawai kontinjen sekalian. Didoakan agar segala urusan
perjalanan balik ke destinasi masing-masing berjalan
lancar.

9. Akhir bicara, saya mengucapkan tahniah kepada PPD


Padawan dan SK Jalan Arang dan SK Semenggok selaku
pengelola, Sektor Pendidikan Khas selaku penganjur
serta seluruh warga kerja serta sekolah-sekolah yang
terlibat kerana telah berjaya mengelolakan kejohanan dan
majlis penangguhan rasmi ini. Sekali lagi jutaan terima
kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Pendidikan
Khas Kuching atas penyediaan tempat yang serba
lengkap. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur
dan doa mudah-mudahan Allah s.w.t akan terus
melimpahkan rahmat kepada kita dan negeri Sarawak
dengan naungan keselamatan, keamanan dan kemajuan.

Sekian, Wabillahi taufik wal-hidayah,


Wassalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai