Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN OLAHRAGA PPKI


DAERAH REMBAU 2023
YANG BERBAHAGIA EN ZAMANI BIN DISIN SALAM
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH REMBAU

Bismillahirrahmanirrahim…

****** rujuk salutasi ******

Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera, Salam ABC, Anak yang Baik lagi Cerdik, salam
SMART PPD Rembau,Salam Rembau kekal nombor satu dan salam Malaysia Madani

Alhamdulillah, pertama sekali marilah sama-sama kita panjatkan rasa syukur


kehadrat Allah SWT kerana dengan izin limpah dan hinayahNya, maka dapat sama-sama
berkumpul pada hari ini dalam Majlis Penutupan Kejohanan Merentas Desa Pendidikan
Khas Peringkat Daerah Rembau bagi tahun 2023.

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengelola kejohanan pada tahun ini kerana
telah menjemput saya untuk hadir bersama-sama dengan anak-anak berkeperluan
pendidikan khas Daerah Rembau pada kali ini. Saya berasa amat teruja dan gembira untuk
hadir bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak dalam majlis yang
cukup meriah pada kali ini. Bagi saya penganjuran dan aktiviti sukan yang melibatkan murid-
murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) ini sangat istimewa dan unik kerana ianya
mempunyai nilai dan mesej yang sangat besar kepada masyarakat umum tentang peranan
yang dimainkan oleh anak-anak murid ini dan sumbangannya kepada sekolah dan daerah
khususnya dalam bidang sukan.

Bidang sukan merupakan platform terbaik melahirkan murid-murid yang cergas


fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang yang merangkumi aspek
minda, fizikal dan emosi, sukan mampu membentuk seorang pelajar bekeperluan
pendidikan khas yang lebih cergas, dan patuh kepada aturan. secara tidak langsung, sukan
mampu menjadi terapi pemulihan serta kaedah membantu pengurusan kendiri pelajar
secara berterusan.

Bagi pihak PPD Rembau, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan
kejohanan ini. Berdasarkan daripada apa yang saya lihat dan juga laporan yang telah
1
diberikan, kejohanan pada kali ini juga tidak kurang hebatnya berbanding dengan tahun-
tahun sebelum ini. Ini menunjukkan komitmen, kerjasama dan kesungguhan yang
ditunjukkan oleh semua termasuk guru-guru, PIBG, ibu bapa dan komuniti termasuk atlet itu
sendiri sangat jitu dan cemerlang. Saya yakin bahawa, persediaan yang dibuat ini juga
bukanlah suatu perkara yang mudah. Persediaan sebelum acara, semasa dan selepas
acara tentulah diambil perhatian serius oleh semua yang terlibat. Dan hasilnya dapat sama-
sama kita lihat dalam majlis yang diadakan pada hari ini. Dalam acara ini kita telah berjaya
menghimpunkan sebahagian besar murid berkeperluan prndidikan khas Daerah Rembau
untuk melibatkan diri secara aktif dalam acara sukan yang diadakan pada kali ini.

Sidang hadirin yang dihormati.

Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua atlet
yang telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dipertandingkan. Saya
difahamkan bahawa sambutan daripada para peserta iaitu murid-murid Berkeperluan
Pendidikan Khas sangat menggalakkan. Lebih daripada itu, beberapa keputusan dan
pencapaian yang cemerlang juga berjaya ditunjukkan oleh para atlet. Ini sangat-sangat
membanggakan pihak PPD dan kita berharap kejayaan yang dicapai diperingkat daerah ini
dapat diteruskan dalam kejohanan di peringkat negeri nanti.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan jurulatih
daripada sekolah-sekolah yang mengambil bahagian kerana begitu bersunguh-sungguh
melatih dan memberi dorongan serta motivasi kepada para peserta untuk bersaing di
gelanggang kejohanan. Saya yakin usaha ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Untuk
melahirkan atlet yang berjaya dan cemerlang, ia memerlukan komitmen 100% daripada
semua pihak. Usaha yang berterusan tanpa ada rasa jemu untuk memberi mereka didikan,
ajaran dan teknik-teknik yang betul bagi memastikan mereka mampu bersaing dan
mencapai kejayaan yang cemerlang.

Saya juga amat yakin bahawa bahawa pihak penganjur, guru-guru pengiring serta
jurulatih tidak mengabaikan malah telah menerapkan amalan nilai murni dalam aktiviti yang
dijalankan oleh pelajar-pelajar kita semasa menyertai kejohanan atau pertandingan
seumpama ini. Bertanding dengan penuh semangat kesukanan, menghargai serta
menghormati pihak lawan atau pesaing juga merupakan antara nilai murni yang boleh
diterapkan secara tidak langsung dalam setiap aktiviti yang disertai. Hal ini adalah selaras
dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahu semua pihak dalam agensi
pendidikan membudayakan amalan ini walaupun secara tidak langsung.
2
Berbalik pada kejayaan yang telah berjaya dicapai, ia sudah pasti membanggakan
pihak sekolah dan juga ibu bapa. Kepada ibu bapa yang hadir pada hari ini, saya sangat
berharap agar tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan anak-anaknya perhatian dan
didikan yang sebaik mungkin. Jangan ada walaupun sekelumit rasa rendah diri, malu serta
berat sebelah apabila mempunyai anak-anak yang istimewa ini. Kita harus ingat bahawa
mereka juga mempunyai peranan dan tanggungjawab penting dalam pembangunan dan
kemajuaan negara dalam pelbagai bidang khususnya sukan. Tidak perlu

Tuan-tuan dan puan-puan,


Arena sukan negara kita pastinya berasa amat bangga apabila sejak beberapa yang
lalu, negara kita mempunyai atlet paralimpik yang cukup hebat dalam acara yang mereka
sertai. Mereka ini telah berjaya mencipta nama dipentas dunia dan mampu bersaing dengan
atlet-atlet dari luar negara.
Mohd Rizuwan Puzi merupakan juara dunia acara 100M Sukan Paralimpik. Begitu juga
dengan Muhd Ziyad Zulkifle iaitu juara dunia acara lontar peluru serta Abdul Latif Romly
yang merupakan juara dunia acara lompat jauh. Ini merupakan antara beberapa atlet
paralimpik negara yang cukup cemerlang. Mereka telah menaikkan nama Malaysia dalam
bidang sukan. Atlet paralimpik ini telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil di dunia
moden sekarang. Kejayaan ini telah membuka mata pelbagai pihak dan memberi gambaran
positif kepada masa depan sukan terutama bagi murid berkeperluan pendidikan khas.
Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai insentif dan memberi perhatian serius terhadap
pembabitan pelajar bekeperluan khas di pelbagai peringkat. maka, sebagai pendidik, kita
perlulah bergerak aktif dalam mencungkil bakat anak-anak bekeperluan khas ini dalam
pelbagai bidang terutama dalam bidang kesukanan.
Inilah sebenarnya matlamat jangka panjang yang kita ingin capai. Jadi, kepada tuan-tuan
yang terlibat secara langsung dalam bidang ini, Ambillah ini sebagai sumber inspirasi untuk
kita terapkan dalam diri pelajar kita. Tiada yang mustahil atas dunia ini. Yang penting ialah
kesungguhan dan komitmen kita semua untuk mencapai cita-cita tersebut.

Adalah menjadi harapan kita bersama. Harapan PPD Rembau untuk melibatkan
lebih ramai lagi pelajar-pelajar dilibatkan secara aktif dalam aktiviti sukan dan juga
kokurikulum dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat untuk melahirkan ABCD, Anak
yang Baik Lagi Cerdik tanpa Dadah. Tanggungjawab ini terletak di atas bahu kita bersama.
Semoga aktiviti sukan yang mereka sertai akan dapat dijadikan alat untuk mencapai cita-cita
murni tersebut. Tidak perlu

3
Sebelum mengakhiri ucapan saya pada kali ini. Sekali lagi, saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada SK Undang Rembau dan
SK Taman Seri Rembau selaku sekolah pengelola bersama dan semua pihak yang telah
berjaya menganjurkan kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas pada kali ini. Terima
kasih kepada pihak penganjur. Terima kasih kepada pihak teknikal sukan yang terlibat
secara langsung dalam kejohanan pada kali ini. Ucapan terima kasih kepada para jurulatih
dan juga guru-guru pengiring yang bertungkus lumus memastikan atlet masing-masing
dapat beraksi sebaik mungkin tanpa mengabaikan aspek kebajikan dan juga keselamatan
mereka. Kepada para atlet atau pelajar yang mengambil bahagian, tahniah diucapkan. Anda
semua adalah yang terbaik dan hebat. Yakinlah pada kebolehan diri sendiri. Anda boleh
lakukan yang luar biasa.

Tahniah kepada yang berjaya merangkul pingat pada kali ini. Kepada yang kurang
bernasib baik, cuba lagi pada masa-masa yang akan datang. Sesungguhnya, inilah kerja
buat kita bersama demi melahirkan anak didik yang hebat dan cemerlang pada depan.
Semoga pengorbanan yang kita lakukan ini akan mendapat keredhaan Allah SWT.

Dengan lafaz BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM saya merasmikan Majlis Penutupan


Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Daerah Rembau Tahun 2023.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai