Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN

PUAN HAJAH NORHAYATI BINTI AB WAHAB


PENGARAH PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SEMPENA
PERASMIAN MAJLIS KEJOHANAN GIMNASTIK
ARTISTIK MSSWPKL
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR

Terima kasih pengacara majlis.

( Salutasi )

#Salam Malaysia Madani


#Salam Anak yang Baik Lagi Cerdik
#Salam JPWPKL Mercu Kegemilangan
#Salam KL Power
#Salam KL Luar Biasa Hebat
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan
salam sejahtera.

Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah yang


melimpahkan rahmat dan keberkatan. Pada
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor
Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan pengelola kejohanan,
SK Bukit Jalil atas kesudian menjemput saya untuk
hadir dalam Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan
Gimnastik Artistik MSSWPKL bagi tahun 2023 ini. Saya
sangat berbesar hati untuk hadir ke kejohanan ini. Saya
juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
pihak pengelola dan jawatankuasa pelaksana dalam
menganjurkan Kejohanan Gimnastik Artistik dengan
jayanya. Kejohanan Gimnastik Artistik yang diadakan
pada setiap tahun ini dapat mencungkil bakat-bakat
baharu dalam bidang sukan gimnastik. Dengan cara ini,
negara akan mempunyai pelapis yang berbakat dan
berpotensi untuk berjaya hingga ke peringkat
antarabangsa. Selain itu, dengan penglibatan pelajar
dari peringkat awal dalam bidang sukan, dapat
mengelakkan mereka terlibat dengan gejala-gejala
yang tidak sihat di kalangan remaja kini.

Melalui pelaksanaan Kejohanan Gimnastik Artistik


MSSWPKL 2023 ini, diharapkan murid dapat
mengenalpasti kebolehan dalam sukan gimnastik dan
seterusnya dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam
sukan gimnastik. Melalui sukan gimnastik ini juga,
murid dapat meningkatkan keyakinan diri dalam
menghadapi cabaran dan seterusnya meningkatkan
ketahanan mental murid dalam pertandingan-
pertandingan di peringkat lebih tinggi. Slogan Anak
yang Baik lagi Cerdik ini juga menitikberatkan
pembentukan karakter, pembinaan insan, akhlak dan
integriti dalam kalangan murid.

Para hadirin, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi


sekalian,

Hari ini saya amat kagum dan berbangga dengan


penyertaan murid-murid dari pelbagai peringkat di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini. Pada tahun
2023, seramai 184 orang peserta telah menyertai
kejohanan ini iaitu 48 orang peserta lelaki dan 136
orang peserta perempuan. Pada tahun 2022, seramai
44 orang peserta lelaki dan 64 orang peserta
perempuan telah menyertai kejohanan ini dan bilangan
keseluruhan ialah sebanyak 108 orang peserta. Ini
menunjukkan peningkatan positif berbanding tahun
2022. Walau bagaimanapun, Pasukan Gimnastik
Artistik WPKL perlu mempertingkatkan lagi
kemenangan, sekurang-kurangnya mencapai tempat
kedua keseluruhan berbanding tempat ketiga pada
tahun lepas kerana tiada pasukan yang mewakili
kategori bawah 18 tahun. Tahniah saya ucapkan
kepada murid-murid yang telah menyertai Kejohanan
Gimnastik Artistik ini. Semua penyertaan ini adalah hasil
bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru. Tahniah
dan syabas kepada guru-guru yang telah membimbing
para murid ini.

Hadirin sekalian,
Satu pesan saya, dalam kita mengejar kejayaan
akademik mahu pun ko kurikulum, kita tidak boleh
meminggirkan kepentingan kecemerlangan sahsiah diri.
Ikutlah resmi padi makin tunduk makin berisi.
Semestinya semakin cerdik akal kita, semakin tinggi
budi kita. Kejayaan akademik dan ko kurikulum yang
dikuatkan lagi oleh tingginya budi akan menempatkan
kita di hati masyarakat. Masyarakat kini semakin
bimbang dengan gejala sosial yang semakin menjadi-
jadi dalam kalangan remaja pada hari ini. Justeru ini
mantapkan peribadi mulia anak- anak semua agar
sentiasa dipandang mulia oleh pelbagai pihak. Akhir
kata, saya berharap serta berdoa ke hadrat Tuhan agar
semua murid di Kuala Lumpur ini sentiasa menjaga
kecemerlangan sahsiah diri masing-masing dan berjaya
di dunia dan akhirat. Manakala untuk para guru, jangan
pernah merasa lelah untuk mendidik dan membentuk
generasi masa kini agar muncul sebagai anak baik lagi
cerdik.
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim saya
merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Gimnastik
Artistik MSSWPKL tahun 2023.

Sekian, terima kasih.


Wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai