Anda di halaman 1dari 13

TEKS UCAPAN

EN. MOHD FADIL BIN MISNAN


KETUA WHIP MPKu

Sempena
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
SEKOLAH KEBANGSAAN POLIS KEM
KALI KE-29 TAHUN 2023

Pada
11 FEBRUARI 2023 (SABTU)
Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis,

Yang Berusaha,
En Mohamad Mohidi Bin Sibli
Guru Besar, SK Polis Kem

Yang Dihormati,
En Norhisham Bin Manaf
YDP PIBG, SK Polis Kem,
2
Barisan Guru Penolong Kanan,
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG,
Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola,
Guru-guru dan para murid yang dikasihi,
Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan


Salam Muhibah.

3
Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT

kerana diberi keizinan untuk berucap di majlis yang penuh bermakna ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengelola kerana

telah berbesar hati menjemput pihak saya merasmikan kejohanan

sukan tahunan SK Polis Kem pada tahun ini.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Saya amat berbesar hati dengan kerjasama yang ditunjukkan di

antara pihak sekolah dan PIBG dalam menjayakan temasya sukan pada

tahun ini. Dengan adanya kerjasama yang seumpama ini akan dapat

4
memacukan sekolah ke arah kecemerlangan akademik dan

kokurikulum. Kita pasti kerjasama ini akan diteruskan untuk tahun yang

mendatang demi kebaikan anak didik kita. Kerjasama seperti ini juga

boleh dibuat penambahbaikan demi kecemerlangan murid-murid. Kita

juga berharap dengan penganjuran temasya sukan seperti ini akan

dapat melahirkan atlit-atlit yang dapat bersaing di arena sukan tanahair

khasnya dan antarabangsa amnya.

5
Hadirin yang saya muliakan,

Dalam membangunkan potensi dan sahsiah murid-murid, Saya,

mewakili pihak Majlis Perbandaran Kulai akan sentiasa menyokong

sepenuhnya usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah. Sebarang

pertolongan dan bantuan akan sedaya upaya kami sediakan bagi

membantu sekolah merealisasikan impian negara yang memerlukan

penyambung warisan yang berdaya saing dan berketerampilan di

peringkat global. Selaras dengan itu, saya menyeru masyarakat

6
setempat agar turut memainkan peranan dalam setiap program dan

aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Jika kita kaitkan dengan pelaksanaan kegiatan sukan sekolah di

mana setiap murid yang mengambil bahagian, nyatalah bahawa

membangun modal insan melalui kegiatan sukan dapat direalisasikan

kerana melalui kegiatan bersukan murid-murid perlu menjalani pelbagai

latihan sukan, mungkin bukan intensif tetapi melibatkan latihan fizikal

dan latihan mental dan spiritual.

7
Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, murid-murid

dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Mental

yang kuat perlu didorong oleh latihan fizikal yang teratur untuk

menjadikan perjalanan darah yang teratur. Dengan perjalanan darah

yang teratur, otak akan sentiasa cergas. Otak yang cergas akan

menjadikan seseorang itu lebih mudah memahami ilmu pengetahuan

yang sentiasa berkembang. Pengetahuan yang sentiasa berkembang

akan meningkatkan daya fikir yang sentiasa berkembang akan

menjadikan pengalaman seseorang murid itu bertambah luas.

8
Kita memang menyedari bahawa melalui kegiatan sukan, kita

mampu membangun modal insan yang berkualiti atau insan yang

memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa

hadapan. Dalam konteks memperkasa Sekolah Kebangsaan, murid-

murid yang memiliki minda kelas pertama yang didorong antara lain

melalui kegiatan sukan, akan menjadi faktor penyumbang kepada

kecemerlangan sekolah. Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan

melahirkan murid yang sihat fizikalnya tetapi murid yang memiliki cergas

mindanya. Oleh itu konsep Membangun Modal Insan dan memperkasa

9
sekolah melalui sukan amat bersesuaian dan perlu diteruskan oleh

sekolah.

Para murid yang dikasihi,

Acara Sukan Tahunan merupakan kemuncak kepada semua

aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah. Matlamat utama sukan

tahunan adalah untuk mengukur kemampuan murid bersukan di

peringkat sekolah dan seterusnya memilih bakal atlet yang

berkemampuan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri dan

kebangsaan. Kepada murid yang bertanding, gunakanlah gelanggang ini

10
untuk menunjukkan kemampuan anda yang terbaik. Buatlah yang

terbaik!.

Diharap acara sukan tahunan ini menjadi landasan kepada semua

murid-murid untuk meningkatkan keupayaan diri untuk terus maju dalam

hidup mereka di alam persekolahan.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan

tahniah kepada AJK Pengelola, terutamanya guru besar, para guru dan

PIBG kerana telah dapat menganjurkan Temasya Sukan Tahunan SK

Polis Kem 2023. Kepada para murid yang akan mengambil bahagian

11
dan yang akan meraih pingat selepas ini saya ucapkan tahniah dan

kepada yang tidak berjaya jangan putus asa, kerana penyertaan kalian

sudahpun menunjukkan bahawa anda telah berjaya.

Akhir Kata, dengan lafaz ‫بسم هللا الرحـمـن الرحيم‬

Saya merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang

Sekolah Kebangsaan Polis Kem kali ke-29.

Sekian, terima kasih.

‫وبا هلل توفيق والهداية والسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬

12
13

Anda mungkin juga menyukai