Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN ALUAN GURU BESAR SK PUTRAJAYA PRESINT 16(2)

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Selamat pagi dan salam sejahtera.

Yang Dihormati, Capt Roslan bin Aziz, Yang Dipertua PIBG,

Cikgu Muhammad Hafizulnizam Bin Jamaluddin,


Penolong Kanan Pentadbiran,

Cikgu Norliza Binti Che Mohd Nor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Cikgu Norhafizah Binti Kamaruddin,Penolong Kanan Kokurikulum,

Cikgu Nurul Wazni Binti Marzuki ,


Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi,
Barisan Pendidik Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2),
Ajk PIBG Sekolah,
Para Ibu Bapa serta murid – murid yang dikasihi sekalian

Terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh warga SK Putrajaya Presint 16(2)
mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu yang hadir bagi sama-sama merasai dan
menyaksikan Temasya Sukan Olahraga Kali Ke-14, Tahun 2020, SK Putrajaya Presint 16(2).

Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus selama 2
minggu, bermula dengan latihan sukan, acara Sukan Tara dan Acara Akhir bagi Acara
Padang serta Sukaneka. Acara sebelum Temasya Sukan Olahraga itu memerlukan
pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa yang sama guru-guru tidak pernah mengabaikan
kepentingan akademik. Sesungguhnya kepentingan sukan sama utama dengan kepentingan
akademik. Kepada para pelajar tahniah saya ucapkan atas kegigihan mengambil bahagian
demi semangat berpasukan. Saya yakin semangat ini jika dipindahkan ke dalam bilik darjah
akan memberikan impak yang tinggi kepada pencapaian akademik para pelajar.
Hadirin yang  dihormati,

Kejohanan Sukan yang djalankan ini merupakan agenda besar dalam kalendar
sekolah. Kepada para pelajar yang terserlah kecemerlangannnya dalam bidang sukan
diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih
tinggi bagi mewakili negeri dan negara.

Saya merasakan  Kejohanan Sukan ini merupakan medan terbaik untuk guru-guru
mencipta kreativiti memacu semangat pelajar, manakala para pelajar pula  berpeluang
mengerah kudrat melepaskan beban emosi dengan berlari sederas yang mungkin, maka akan
terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi juara.

Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan


sokongan kepada anak-anak  untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi
dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu pelajar mencipta
kecemerlangan dalam bidang kurikulum.

Akhir kata, terima kasih kepada Capt Roslan bin Aziz, Yang Dipertua PIBG, yang
sudi hadir merasmikan Temasya Sukan Olahraga kali ini, terima kasih kepada guru-guru
yang berkorban masa dan tenaga, terima kasih kepada ibu bapa yang menyokong anak-anak,
dan terima kasih kepada pelajar yang bersemangat mengambil bahagian. Sokonglah kami
untuk membentuk generasi masa depan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai