Anda di halaman 1dari 4

Terima kasih pengerusi majlis,

Yang Berusaha,
Puan Saloma binti Ambo
Pengetua
SMK Merotai Besar Tawau

Yang Dihormati,
Encik Imran Taran
Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Wahidir Alias


Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Mappiasse Hj Palilu


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Hajah Hasmah Tassa


Penolong Kanan Tingkatan 6

Puan Isnawiyah Ali


Penolong Kanan Petang

Ketua-ketua bidang,
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG,
Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola,
Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi,
Seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian.
Salam sejahtera diucapkan.

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Tuhan kerana diberi


keizinan untuk berucap di majlis yang penuh bermakna ini. Ribuan terima kasih
juga diucapkan kepada pihak pengelola kerana telah berbesar hati menjemput
barisan ahli jawatankuasa PIBG ke majlis perasmian penutupan Kejohanan
Olahraga kali ke-43 SMK Merotai Besar bagi tahun 2023.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Kita amat berbesar hati dengan kerjasama yang ditunjukkan di antara pihak
sekolah dan PIBG dalam menjayakan Kejohanan Olahraga pada tahun ini.
Dengan adanya kerjasama yang seumpama ini akan dapat memacukan sekolah
ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Dan kita pasti kerjasama ini
akan diteruskan untuk tahun yang mendatang demi kebaikan anak didik kita.
Dan kita berharap dengan penganjuran kejohanan seperti ini akan dapat
melahirkan atlet-atlet yang dapat bersaing di arena sukan tanahair khasnya dan
antarabangsa amnya.

Jika kita kaitkan dengan pelaksanaan kegiatan sukan sekolah yang mana setiap
murid yang mengambil bahagian, nyatalah bahawa membangun modal insan
melalui kegiatan sukan dapat direalisasikan kerana melalui kegiatan bersukan
murid-murid perlu menjalani pelbagai latihan sukan, mungkin bukan intensif
tetapi melibatkan latihan fizikal dan latihan persiapan mental dan spiritual.

Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, murid-murid dilatih agar


mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Mental yang kuat perlu
didorong oleh latihan fizikal yang teratur untuk menjadikan perjalanan darah
yang teratur. Dengan perjalanan darah yang teratur, otak akan sentiasa cergas.
Otak yang cergas akan menjadikan seseorang itu lebih mudah memahami ilmu
pengetahuan yang sentiasa berkembang. Pengetahuan yang sentiasa
berkembang akan meningkatkan daya fikir yang sentiasa berkembang akan
menjadikan pengalaman seseorang murid itu bertambah luas.

Kita memang menyedari bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu


membangun modal insan yang berkualiti atau insan yang memiliki minda kelas
pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan. Dalam konteks
memperkasa Sekolah Menengah Kebangsaan, murid-murid yang memiliki minda
kelas pertama yang didorong antara lain melalui kegiatan sukan, akan menjadi
faktor penyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Melalui kegiatan sukan
bukan sahaja akan melahirkan murid yang sihat fizikalnya tetapi murid yang
memiliki cergas mindanya.

Para murid yang dikasihi,

Kejohanan Olahraga merupakan kemuncak kepada semua aktiviti sukan yang


dijalankan di sekolah. Matlamat utama sukan tahunan adalah untuk mengukur
kemampuan pelajar bersukan di peringkat sekolah dan seterusnya memilih
bakal atlet yang berkemampuan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan. Kepada pelajar yang bertanding, gunakanlah
gelanggang ini untuk menunjukkan kemampuan anda yang terbaik. Buatlah yang
terbaik!.

Diharap acara sukan tahunan ini menjadi landasan kepada semua murid-murid
untuk meningkatkan keupayaan diri untuk terus maju dalam hidup mereka di
alam persekolahan.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK
Pengelola, terutamanya Puan pengetua, staf beliau dan barisan PIBG kerana
telah dapat menganjurkan Kejohanan Olahraga bagi tahun 2023 ini. Kepada
anak-anak yang akan mengambil bahagian dan yang akan meraih pingat
selepas ini saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya jangan putus
asa, kerana penyertaan kalian sudahpun menunjukkan bahawa anda telah
menunjukkan kejayaan.

Dengan ini, saya merasmikan Kejojahan Olahraga SMK Merotai Besar kali ke 43
bagi tahun 2023.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai