Anda di halaman 1dari 4

Teks Ucapan Majlis Perasmian Angkat Berat

SMK St Joseph Miri


oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan,
Dato Gerald Rentap Jabu
[N.36 Layar]

Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis.


Salam sejahtera kepada warga SMK St. Joseph Miri,
1. Yang Dihormati , Encik Mathew Silek , Yang Dipertua PIBG
Sekolah
2. Yang Dihormati, Encik Sylvester Lim Poh Sing, Pengerusi Lembaga
Pengurusan Sekolah
3. Yang Dihormati, Encik Gerald Goh Eng Kui , Pengerusi Alumni
Sekolah
4. Yang Dihormati, Guru-guru Besar Sekolah Rendah dan
Pengetua-pengetua Sekolah Menengah
5. Yang Dihormati Pegawai Majlis Sukan Negeri Sarawak

6. Yang Berusaha Tuan Pengetua, Encik Peter Use Lenjau,

7. Barisan Penolong Kanan,

8. Ketua-ketua Bidang,

9. Guru-guru, dan ibu bapa , para pelajar serta pihak media yang
dihormati sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana kita semua dapat berkumpul


bersama-sama pada pagi ini untuk memeriahkan Majlis Perasmian Angkat
Berat dan Program Pembangunan Sukan Olahraga bagi SMK St Joseph Miri
untuk kali pertama ini. Saya berasa amat gembira pada pagi ini kerana dapat
meluangkan masa bersama-sama dengan warga sekolah ini pada Majlis
Perasmian Angkat Berat dan Program Pembangunan Sukan Olahraga untuk
kali pertama ini.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
Cikgu Peter atas insiatif beliau bersama-sama dengan guru-guru yang
menunjukkan komitmen dalam membuat perancangan yang rapi untuk
memperkenalkan sukan angkat berat dan seterusnya menjadikan sekolah
sebagai pusat latihan sukan angkat berat daerah Miri. Saya turut dimaklumkan
bahawa pihak sekolah mengambil satu inisiatif untuk melaksanakan Program
Pembangunan Sukan Olahraga dengan kerjasama MSN Negeri Sarawak.
Bidang sukan merupakan platform yang terbaik untuk melahirkan murid-murid
yang mempunyai kecergasan fizikal dan kecerdasan mental. Malah, murid-
murid juga dapat menimba pengalaman lain seperti kemahiran sosial,
kepimpinan serta disiplin diri .

Perkara yang lebih menarik saya difahamkan bahawa program sukan


angkat berat ini terbuka kepada semua murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan
5 tidak kira lelaki atau perempuan untuk melahirkan atlet-atlet remaja bawah
20 tahun demi menyerlahkan potensi anak muda dalam sukan angkat berat ini.
Malah, pemilihan atlet yang berpotensi turut dilaksanakan untuk diserapkan ke
peringkat negeri malah kebangsaan dan bakal menjadi titik bermulanya bakat
sukan dalam kalangan remaja bermula usia muda ini. Dengan ini, kita dapat
melaksanakan strategi holistik untuk memperkukuhkan kesihatan fizikal, sosial
dan mental dalam kalangan generasi muda ini.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Sesungguhnya program sukan angkat berat ini adalah sejajar dengan


usaha Kerajaan Negeri Sarawak yang terangkum di Pelan Strategik 2022 yang
diperkenalkan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan
Sarawak (MYSED) yang dilihat sebagai langkah tepat untuk memperkasa
pembangunan sukan di negeri ini bagi merealisasikan misi dan visi menjadikan
Sarawak sebagai kuasa sukan di negara ini. Aktiviti sukan sama ada sukan
permainan atau sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara.
Malah, aktiviti sukan yang melibatkan para pelajar yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama nescaya berupaya memupuk semangat kesukanan,
sekali gus dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar berbilang bangsa dan
agama.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah
kepada warga sekolah atas kejayaan melaksanakan sukan angkat berat dan
program pembangunan sukan olahraga bagi SMK St Joseph Miri. Bagi para
pelajar yang menyertai sukan angkat berat ini, saya berharap semua pelajar
boleh memberi komitmen mengikuti latihan agar menjadi seorang atlet yang
berbakat dalam bidang sukan untuk mengharumkan nama sekolah dan negara.

Dengan lafaz penuh kesyukuran kepada Tuhan, saya merasmikan Majlis


Pelancaran Sukan Angkat Berat dan Program Pembangunan Sukan Olahraga
SMK St Joseph Miri ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai