Anda di halaman 1dari 1

TINGKATAN 4: DI SEBALIK DINARA

Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan 4 iaitu Di Sebalik Dinara


karya Dayang Noor, terdapat dua peristiwa yang saya anggap menarik
terdapat dalam novel yang saya pelajari.

Peristiwa pertama yang saya anggap menarik ialah Karl yang sudah
meninggal dunia wujud dalam diri Shida. Buktinya, Shida bersuara garau seperti
Karl. Pemikirannya juga seperti Karl. Pada pendapat saya, peristiwa ini menarik
kerana tiada orang yang sudah mati boleh terus hidup dalam jasad orang lain,
tetapi Karl mampu merealisasikan kejadian ini.

Peristiwa kedua ialah peristiwa yang menggambarkan kebijaksanaan


Farisha. Buktinya, Farisha mampu menggodam sistem Bank Sapurba.
Kebijaksanaannya berpunca daripada pelbagai implan dan mikrocip yang telah
dimasukkan ke dalam badannya. Pada pendangan saya, peristiwa ini menarik
kerana seseorang itu juga boleh menjadi bijak jika ada mikrocip dalam dirinya.

Peristiwa Karl menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji. Karl menanam
pelbagai jenis implant dalam tubuh Farisha agar Farisha menjadi genius. Peristiwa
ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Karl berjaya memperlihatkan
kemajuan dan kecanggihan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia.

Sudah terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa kedua-dua peristiwa


ini menarik bagi novel yang saya pelajari ini.

***Pilih dua peristiwa dalam tiga peristiwa yang disenaraikan di atas***

Anda mungkin juga menyukai