Anda di halaman 1dari 23

HBML3103

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION)


WITH HONOURS

SEMESTER JANUARI 2020

HBML 3103

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI : 771205065584002

NO. KAD PENGNEALAN : 771205065584

NO. TELEFON : 0176212899

E-MEL : pohhar55@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : Temerloh OUM

1
HBML3103

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT

1 Pengenalan 1

2 2-9
Novel Di Sebalik Menara (Tingkatan 4)

2.1- Nilai Positif Karya

2.2-Contoh Dan Bukti Dalam Karya

2.3-Sinopsis Karya

2.4-Falsafah Karya

3 Rancangan Pengajaran Harian Komsas 10-13


4 Kesimpulan 14-15

5 Rujukan 16

6 Lampiran 17

1.0 Pengenalan

2
HBML3103

Komsas menjadi pelengkap terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
di sekolah. bahan-bahan kesusasteraan yang digunakan dapat menerapkan pelbagai ilmu
termasuk nilai-nilai yang positif untuk menyemai tunas rohani yang luhur menerusi
penghayatan dan apresiasi.

2.0 komsas
Tema - Novel Di Sebalik Dinara

Persaingan dalam dunia sains - Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam
penciptaan sains dan teknologi. Pada awalnya Karl dapat menerima
Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan
Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan
pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi
gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan
dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan
akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang
dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara

2.1 Nilai Positif Karya

1. Kesyukuran
Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam.
Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl

2. Kasih sayang
Hubungan kasih sayang antara dua beradik  yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai.
Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang
‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.

3. Kebijaksanaan
Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat
menggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan
yang telah dipasang di badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya
genius telah dimasukkan ke dalam badaannya oleh bapanya, Karl.

3
HBML3103

4. Kegigihan
Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang
menggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi menyaingi
Karl, lelaki yang pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang
hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.

5. Kepatuhan kepada ketua


Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl
walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari
Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.

6. Bekerjasama
Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka
iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang
ditawarkan oleh Soft Lab.

Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan
menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan
Dinara.

2.2 Contoh Dan Bukti Dalam Karya :

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.


Walaupun Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang
kan adiknya itu. Dia selalu mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia juga
memasanga alat kawalan keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu menjadi tempat
rujukan adiknya untuk banyak perkara.

2. Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.


Karl dan Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga hampir
mengorbankan zuriat sendiri. Anak yang masih kecil telah ditanam dengan pelbagai
implan dan ubat untuk menjadikannya genius tanpa diberikan ubat bius.
4
HBML3103

Karl turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji kajinya. Contohnya, untuk
menghasilkan cyborg ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan 2
orang manusia yang disayanginya iaitu Rusmina dan Akeem.

3. Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.


Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini
bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih
berpengalaman iaitu Azraai.

4. Kita haruslah menghormati orang yang berada di sekitar kita


Wanita yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai tidak seharusnya bercakap
di telefon dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain di sekitarnya.

5. Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan


baik.
Dr Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl iaitu mencari
Farisha sehingga berjumpa. Farisha amat penting untuk menyelamatkan masa depan
Dinara.  

2.3 Sinopsis Keseluruhan Novel Di Sebalik Menara

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji
DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang
disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari,
Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan
sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan
persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada
Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab
yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr.
5
HBML3103

Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga
kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan
oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada
Farisha.  Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana
mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia
berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah  berkomunikasi
dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini
mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl.
Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang
menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan
Medina bukanlah persoalan yang besar.

       Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit
kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah.
Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia
melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua
malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila
mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak
angkat kepada keluarga Azraai.

      Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang
penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang
merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar,
Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak
memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

6
HBML3103

       Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl.
Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida
menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui
minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat
Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan
Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram
mencuba menerobos minda Shida namun gagal.

       Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha
keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan
Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana
virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta
ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy.
Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang
wanita hingga cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui
bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan
agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai
menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida)
menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram
merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn
berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang terjadi.
Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin
merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk
menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan
Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa  Marilyn
(Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan
kerana Karl yang sebenar sedang nazak.

       Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa
dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00
malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram
berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari

7
HBML3103

mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup
meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

2.4 FALSAFAH KARYA

1.Kecanggihan teknologi pada masa hadapan

-Kelengkapan serba canggih di tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan
Farisha di Soft Lab, Cyberjaya.

-Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal
scanner’dan interkom.

2. ketaksuban sestengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi

sehingga mengabaikan nila kemanusiaan

-Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains


sehingga melupakan aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia
dan menjadikan mereka sebagai bahan kajian.

-Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh
anaknya untuk menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya
dalam bidang sains.

3. kasih saying sesama ahli keluaraga

-Azraai sangat menyayangi adik angkatnya, Farisha. Dia sentiasa memastikan

keselamatan adiknya dalam keadaan yang terbaik.

-Azraai telah memasang dan memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya.


Contohnya Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk
rumah Farisha untuk memantau dan memastikan keselamatannya.

8
HBML3103

4. kepincangan keluaraga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

-Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia
mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama.

-Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan
agama dan hidup  sebagai ateis.

5. kasih saying seorang ibu kepada anaknya.

Marilyn@Medina sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia bimbang anaknya akan mati
akibat uji kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia melarikan
anaknya dan diberikan kepada keluarga

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KOMSAS

Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu KOMSAS Tingkatan Empat

9
HBML3103

Genre : Prosa Moden (novel)

Kelas : 4 sains

Masa : 80 minit

Tajuk : Novel Di Sebalik Dinara

Bidang : Estetika dan Interpersonal

Objektif : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat ;

1. Menyusun struktur plot berdasarkan petikan yang diberi.


2. Menghuraikan empat perwatakan watak utama dalam Novel.
3. Menjelaskan empat pengajaran yang terdapat dalam Novel.
4. Menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.
5. Menjawab 3 soalan pemahaman berdasarkan Novel Di Sebalik Dinara dengan
tepat.

FU : 10.0, 10.6, 10.4, Aras 1 (i) (ii)

Aras 2 (ii)

FS : 2.0, 2.1, 2.2, 2.3, Aras (i)

10
HBML3103

Sistem Bahasa:

a) Tatabahasa :Menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah

Pengisian Kurikulum:

A. Ilmu : Kesusasteraan Melayu


B. Nilai Murni : Simpati, kasih sayang, ketaatan
C. Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir, Kecerdasan Pelbagai.

Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induk Guru mendeklamasi sajak ‘Cerita Seorang Gadis’


yang dipaparkan di pancaran LCD
(7 minit) Pancaran LCD
Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang gambar
tersebut.

Guru mengaitkan aktiviti dengan pelajaran pada hari


ini.

Langkah 1 Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang sinopsis


Novel Di Sebalik Menara.
(8 minit)

11
HBML3103

Langkah 2 Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan. 1. Kad tugasan (Lampiran 2

(15 minit) Guru mengedarkan kad tugasan dan kad lembaran i,ii,iii dan iv) diedarkan
jawapan kepada setiap kumpulan.
dan dipancarkan melalui
Kumpulan 1 : Membincangkan binaan
LCD.
struktur plot Novel Di Sebalik
2. Kad Lembaran jawapan
Menara.
pelajar disediakan dalam
Kumpulan 2 : Menghuraikan empat
bentuk transperansi
perwatakan Novel Di Sebalik
(Lampiran 3 i,ii,iii dan iv)
Menara.

Kumpulan 3 : Menjelaskan empat pengajaran

daripada Novel Di Sebalik Menara.

Kumpulan 4 : Menukarkan ayat cakap ajuk

kepada ayat cakap pindah.

Langkah 3 Pembentangan hasil perbincangan kumpulan. Penggunaan Projektor

(27 minit) Guru meminta setiap ketua kumpulan melaporkan


hasil perbincangan kumpulan.

Ketua setiap kumpulan melaporkan menerusi


transperansi yang disediakan oleh guru,

Guru membuat penilaian dan pengukuhan.

Langkah 4 Penilaian: Soalan penilaian

Guru mengemukakan 3 soalan penilaian berdasarkan


12
HBML3103

(17 minit) petikan Novel Di Sebalik Dinara yang dipancarkan


pada skrin.
Jawapan soalan penilaian
Pelajar menjawab soalan – soalan tersebut.

Guru memancarkan jawapan pada skrin dan pelajar


menyemak jawapan secara berpasangan.

Guru meminta seorang pelajar mendeklamasikan


sajak’Cerita Seorang Gadis’dengan diiringi muzik
CD.
Langkah 5
Pelajar dan guru membuat rumusan tentang pelajaran
( 6 minit) pada hari ini.

Tugasan/Kerja Rumah:

Guru menayangkan tugasan-tugasan pengayaan


sebagai kerja rumah kepada semua pelajar.

5.0 Kesimpulan

Berdasarkan komsas yang saya baca , saya dapat mempelajarai banyak pengetahuan
berdasarkan latar masyarakatnya. Berikut merupakan makna kehidupan yang dapat
saya belajar:

1. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.


Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau
akan keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan memasang
iterkom yang bersambung antara apartmen Farisha dengan rumah Azraai.

2. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.

13
HBML3103

Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak
pedulikan orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa jengkel.

3. Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri


Marilyn@Medina dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing
dalam dunia penyelidikan sains. Karl tidak dapat menerima kenyataan yang Marilyn lebih
hebat daripadanya. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia menjadi gila.

4. Masyarakat yang celik ICT


Farisha, Marilyn@Medina dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang sangat
hebat dalam dunia ICT. Mereka mampu mencipta program baharu dan mampu juga
menggodam computer. Azraai juga seorang yang pakar dalam ICT dan
mengaplikasikannya di rumahnya dan apartmen Farisha.

5. Masyarakat yang teguh memegang amanah / janji


Dr Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari Farisha
sehingga berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana menunaikan
amanah Karl. Hal ini demikian kerana, Farisha sangat penting untuk menyelamatkan
Dinara.

6. Masyarakat yang bijak


Farisha ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja mendengar
penerangan ringkas tentang Dinara daripada Aqram, dia telah dapat mengesan kelemahan
Dinara. Walaupun belum memulakan penggodaman, Farisha telah nampak banyak
kelemahan Dinara. Kerana kebijaksanaannya itulah, dia diperlukan untuk menyelamatkan
Dinara.

[Jumlah Perkataan : 2534 patah perkataan ]

14
APENDIKS

6.0 Rujukan

1 https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-komsas.html

2 http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2015/01/sinopsis-di-sebalik-dinara-bab-1-bab-5.html

3 Dayang Noor (2012),komsas novel Di Sebalik Dinara .kementerian .

4 Saleh Ahmad (2015)Kupasan & kajian super KOMSAS Tingkatan 4.

5 Baharudin Dolmat .Mohd Salleh Hassan.(2015)Novel Di Sebalik Dinara.OXFORD FAJAR

6 https://www.bumigemilang.com/novel-di-sebalik-dinara-k4-komsas-tingkatan-4/

16
HBML 3103

7.0 Lampiran

FOKUS UTAMA – KOMSAS

Elemen Bidang & Aras Catatan

Sinopsis 10.1 Aras 1 (i) Menyatakan semula cerita da Puisi tradisional


prosa dan moden
(Sajak)
dan menghuraikan maksud puisi

dengan perkataan sendiri dalam

karya

10.1 Aras I (iv) Mengenal pasti idea utama, Prosa tradisional


dan Moden
peristiwa penting untuk
(Cerpen), Novel
membuat sinopsis karya prosa
dan

drama.
Tema / Persoalan 10.4 Aras 2 (i) Menjelaskan tema, pemikiran, dan Puisi, prosa,
novel
persoalan puisi dan

Prosa

Watak & 10.6 Aras 2 (iv) Menganalisis watak dan Puisi, prosa,
Perwatakan novel
perwatakan serta latar.

Plot 10.6 Aras 3 (ii) Mengecam teknik plot Puisi, prosa,


(Penceritaan novel

17
HBML 3103

terus, dialog, monolog, monolog

dalaman, imbas kembali, dan

imbas muka.

Latar 10.6 Aras 2 (iv) Menganalisis watak dan Puisi, prosa,


novel
perwatakan serta latar.

Gaya bahasa 10.5 Aras 2 (iii) Mengenal pasti penggunaan Puisi, prosa,
sinkof, novel

pengulangan,

simile, personafikasi, dan unsur

bunyi,

atau

10.5 Aras 3 (i) Menjelaskan penggunaan inversi,

metafora, dan

hiperbola dalam karya.

Nilai / Pengajaran 10.4 Aras 2 (ii) Menghuraikan nilai dan Puisi, prosa,
pengajaran novel

yang terdapat

dalam teks.

Bentuk / Nada 10.3 Aras 1 (iii) Menjelaskan bentuk dan nada Puisi tradisional
puisi dan moden
(Sajak)

17
HBML 3103

FOKUS SAMPINGAN – KOMSAS

2.1 Aras 1 (i) Mencambahkan idea yang bernas semasa bertukar-tukar fikiran tentang sesuatu

topik.

2.1 Aras 1 (ii) Menjelaskan idea dengan menggunakan kata- kata, ungkapan dan ayat yang

sesuai dan tersusun.

2.5 Aras 1 (iv) Memberikan cadangan bagi sesuatu isu/permasalahan.

7.1 Aras 1(ii) Memilih isi penting yang relevan dengan topik yang diberi.

9.4 Aras 3(ii) Membuat pembentangan dengan penyampaian yang menarik.

17
HBML 3103

17
HBML 3103

17
HBML 3103

16

17

Anda mungkin juga menyukai