Anda di halaman 1dari 3

NOVEL DISEBALIK DINARA (NILAI)

Novel yang saya kaji ialah novel Disebalik Dinara. Nilai yang terdapat dalam novel
ialah nilai kasih sayang. Sebagai contoh, Azraai sangat menyayangi adiknya Farisya. Dia
mengambil berat tentang keselamatan adiknya, Farisha. Dia sanggup memasang ‘retinal
scanner’ dan intercom yang bersambung dengan rumahnya demi memastikan keselamatan
adiknya.

Selain itu, nilai lain ialah nilai kebijaksanaan. Sebagai contoh, Farisya seorang gadis yang
sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem
komputer.  Kebijaksanaan berpunca daripada implan yang telah dipasang pada badannya
sejak kecil oleh bapanya, Karl.

Seterusnya, terdapat nilai bekerjasama. Sebagai contoh, Rosman dan Farisha saling


bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga
bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Softlab.

Selanjutnya, terkandung juga nilai kegigihan. Contohnya, Marilyn@ Medina gigih


meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila. Dia juga
gigih meneruskan ciptaan sainsnya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah dicintainya.
Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada keluarga
angkat.

a) Huraikan tiga nilai yang anda perolehi daripada novel yang anda pelajari.

          Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor yang mengisahkan
tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur
kemanusiaan. Novel ini telah tiga pengajaran utama.

         Antara pengajaran yang terdapat dalam novel  ialah nilai kasih sayang terhadap
anggota keluarga. Contohnya, Farisha amat nenyayangi Azraai, abang angkatnya. Azraai
juga amat menyayangi adiknya sehingga beliau memasang alat keselamatan di rumah
Farisha untuk memastikan keselamatanya serta menyembunyikan Farisha sewaktu diburu
oleh Medina.

Selain itu, nilai kebijaksanaan. Contohnya, Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam
teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan
dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di badannya  sejak kecil dan pelbagai
jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke dalam badaannya oleh
bapanya, Karl.

            Akhir Sekali, nilai ketabahan. Contohnya, Farisha tidak pernah menyalahkan takdir


dirinya dilahirkan daripada hasil hubungan terlarang antara Karl dan Medina. Farisha sabar
dalam mengharungi kehidupannya sebagai anak angkat dalam keluarga Azraai. Dia tidak
berdendam dengan ayahnya, Karl yang menggunakan tubuhnya sebagai bahan uji kaji.
4(b) DI SEBALIK DINARA & SILIR DAKSINA (NILAI)

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang
Noor manakala novel di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
pelbagai peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.

Peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam novel Di Sebalik Dinara ialah
peristiwa kasih sayang seorang Azraai terhadap adiknya, Farisha. Azraai menyayangi
adiknya, Farisha apabila dia memasang alat keselamatan retina scanner di rumah Farisha dan
sistem interkom di pintu masuk rumah Farisha kerana bimbang akan keselamatan adiknya
berikutan peristiwa pembunuhan yang baru berlaku berdekatan tempat tinggal atau apartmen
Farisha.

Peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam novel Silir Daksina pula ialah
peristiwa kasih sayang Haiqal sahabat, Ratna. Sebagai sahabat, Haiqal telah menaikkan
semangat Ratna yang kecewa dengan keputusan SPM yang kurang cemerlang dengan
memberikan kata-kata semangat serta berhujah tentang insan-insan tersohor yang pernah
mengalami kegagalan sebelum berjaya dan dihormati di dunia misalnya,Thomas Alva Edison
dan Abraham Lincoln.

SILIR DAKSINA (PERISTIWA- TELADAN- PEMBACA)

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada
pembaca.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Abang Saleh dan Abang Bidin
menjaga kebun kelapa sawit arwah ayah Haiqal dengan penuh
tanggungjawab. Mereka mengemas kebun dengan bersih dan menyusun
pelepah-pelepah sawit dengan teratur dan kemas. Peristiwa ini dapat
dijadikan teladan kerana kita perlu menjaga dan menjalankan amanah yang
telah diberikan kepada kita dengan sebaik-baiknya.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Datuk Haiqal telah memberikan


pertolongan kepada Tauke Lim yang berada dalam kesusahan semasa
dia dan keluarganya baharu berpindah ke Kampung Seri Purnama.
Tauke Lim mengambil upah menoreh getah di kebun getah datuk Haiqal.
Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana setiap manusia perlu membantu
orang lain yang dalam kesusahan walaupun berlainan bangsa dan agama.

Anda mungkin juga menyukai