Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih juruacara majlis.

Yang saya hormati, Pegawai-pegawai PPD Pitas, YDP PIBG SK Pekan Pitas,
Encik Abu Bakar bin Okik.

Yang Berusaha, Puan Asniah binti Bunawan (Penolong Kanan Kokurikulum SK


Pekan Pitas), Puan Rohana binti Biriska (Penolong Kanan Kurikulum SK Pekan
Pitas), Encik Mabry Miller Mike Ikol (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

serta

guru- guru dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.

Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama meraikan Majlis Penutupan
Karnival Kokum SK Pekan Pitas Tahun 2023.

Saya ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan tahniah kepada


semua Ahli Jawatankuasa, yang telah berusaha bersungguh-sungguh demi
memastikan karnival kokurikulum di sekolah ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Sesungguhnya ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu
dipikul bersama-sama sebagai warga pendidik.

Hadirin sekalian,

Saya ingin menyeru kepada murid-murid sekolah ini agar menjadikan


kejayaan atlet-atlet Paralimpik negara sebagai sumber inspirasi bagi kita semua
mencipta kejayaan terutamanya dalam aktiviti sukan mahupun aktiviti
kokurikulum amnya. Jika mereka yang menghadapi pelbagai halangan fizikal
mampu mencabar diri sendiri untuk mencipta kejayaan, sudah tentulah kita semua
yang sempurna ini juga mampu untuk meraih kejayaan. Namun, perkara yang
selalunya menjadi halangan kepada kita semua ialah sikap dan pemikiran yang
negatif terhadap sesuatu perkara. Jika kita semua dapat mengubah corak
pemikiran dan sikap ke arah yang lebih positif, pastinya sedikit demi sedikit kita
juga akan mencipta kejayaan peribadi yang seterusnya akan turut menjadi
kejayaan dan kebanggaan pihak sekolah.
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan
kesungguhan mereka dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada tahun ini.
Walaupun berhadapan dengan cabaran namun masih terdapat segelintir murid
yang sentiasa konsisten menyertai aktiviti kokurikulum yang dijalankan seperti
latihan sukan, perjumpaan kelab dan persatuan serta unit beruniform serta
mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.
Saya juga mengharapkan agar ibu bapa murid-murid dapat memberikan
sokongan kepada anak-anak, tuan-tuan dan puan-puan untuk bergiat cergas
dalam aktiviti kokurikulum. Ini kerana, potensi dan penglibatan murid dalam
bidang kokurikulum akan membantu mereka mencipta kecemerlangan dalam
bidang kurikulum. Momentum seperti inilah yang kita perlukan agar anak-anak
kita sentiasa cerdas dan cergas sama ada di sekolah mahupun di rumah. Maka
akan lahirlah murid-murid minda kelas pertama yang senantiasa kita harapkan.

Dengan adanya kerjasama dua hala ini, saya berharap agar semua sekolah
yang berada di dalam daerah Pitas akan terus cemerlang dalam bidang
Kokurikulum khasnya. Saya juga berharap agar warga pendidik dan murid-murid
dapat bersama-sama menguatkan tekad dan usaha bagi memastikan bidang
kokurikulum akan terus cemerlang pada masa akan datang.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


semua warga sekolah atas segala kerjasama yang telah dicurahkan sepanjang
tahun ini. Tanpa sumbangan dan pengorbanan warga pendidik, ibu bapa dan
murid-murid, amatlah sukar bagi kita untuk memperoleh kejayaan. Semoga
segala usaha yang telah kita lakukan ini akan diberkati Tuhan dan lebih banyak
lagi kejayaan yang bakal dikecap pada masa-masa yang akan datang. Sekali lagi
saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang menjayakan program kita pada hari ini.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai