Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN

KARNIVAL DAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM

Assalamualaikum WBK..

Yang dihormati, Pn. Fadzilah Binti Zainu Hasri, Penolong Kanan Kokurikulum. Pn. Siti
Ruhaiza Binti Mohd Siran, Penolong Kanan Pentadbiran. Encik Zaidi Bin Zakariya,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Encik Noor Azman Bin Hashim, Penolong Kanan
PPKI, barisan guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan


rahmatNya, kita semua dapat berada di program yang begitu penting pada hari ini iaitu
Karnival Dan Hari Anugerah Kokurikulum SK TUDM Subang bagi tahun 2023/2024.

Hadirin sekalian,

Hari Kokurikulum merupakan salah satu program utama yang dijalankan oleh
pihak sekolah saban tahun. Alhamdulillah, pada tahun ini, sekali lagi pihak sekolah
berjaya menganjurkan program ini pada hari ini. Walaupun pada tahun ini kita
menghadapi sedikit cabaran bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum akibat kekangan
waktu namun dengan kesungguhan semua pihak, Hari Kokurikulum yang menjadi acara
puncak pada tahun ini berjaya juga diadakan. Saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha bersungguh-
sungguh serta rela mengorbankan masa dan tenaga demi memastikan kegiatan
kokurikulum dapat dilaksanakan. Sesungguhnya ini merupakan amanah dan
tanggungjawab yang perlu dipikul bersama-sama.

Dalam kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada para murid sekolah ini agar
sentiasa bersemangat mencipta kejayaan terutamanya dalam aktiviti sukan mahupun
aktiviti kokurikulum amnya. Namun, perkara yang selalunya menjadi halangan kepada
kita semua ialah sikap dan pemikiran yang negatif terhadap sesuatu perkara. Jika kita
semua dapat mengubah corak pemikiran dan sikap kearah yang lebih positif, pastinya
sedikit demi sedikit kita juga akan mencipta kejayaan peribadi yang seterusnya akan turut
menjadi kejayaan dan kebanggaan pihak sekolah.

Untuk itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada
semua murid yang telah menunjukkan kesungguhan mereka dalam aktiviti kokurikulum
yang dijalankan pada tahun ini. Walaupun berhadapan dengan cabaran namun masih
terdapat segelintir murid yang sentiasa konsisten menyertai aktiviti kokurikulum yang
dijalankan seperi latihan sukan, perjumpaan kelab dan persatuan serta unit beruniform
serta mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Bagi
murid-murid yang menunjukkan daya kepemimpinan yang tinggi dalam unit-unit
kokurikulum yang disertai, pihak sekolah dengan berbesar hati akan memberi
penghargaan kepada mereka. Jadikanlah anugerah yang bakal diterima ini sebagai batu
loncatan untuk memberi sumbangan yang lebih besar lagi pada masa hadapan.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua


warga sekolah atas segala kerjasama yang telah dicurahkan sepanjang tahun ini. Tanpa
sumbanan dan pengorbanan para murid dan warga pendidik, amatlah sukar bagi kita
untuk memperoleh kejayaan. Semoga segala usaha yang telah kita lakukan ini akan
diberkati Tuhan dan lebih banyak lagi kejayaan yang bakal dikecap pada masa-masa
yang akan datang. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program kita pada
hari ini. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai