Anda di halaman 1dari 1

Sekapur Sirih daripada Ketua Pelajar

A ssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya telah memberikan saya peluang
menyampaikan sepatah dua kata untuk dimuatkan dalam Majalah Gemilang 2019.
Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli Sidang Redaksi yang
telah bertungkus-lumus menghasilkan majalah sekolah dengan baik serta memuaskan hati
setiap pembacanya pada tahun ini.

Tanpa disedari, saya telah meranum akal dan mematangkan fikiran di sekolah ini
selama 2 tahun. Sepanjang menuntut ilmu, terlalu banyak ilmu yang dikutip yang telah
membentuk saya supaya menjadi seorang pelajar yang berdisiplin dan berketrampilan
dalam semua aspek sama ada fizikal atau mental, terutamanya tugas sebagai ketua pelajar
amatlah mencabar kerana kematangan dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk
menghadapi pelbagai situasi yang mencabar. Terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah
dan guru-guru yang telah memberikan saya tunjuk ajar dan pengalaman yang
sememangnya tidak dapat dijual beli dimana-mana sekaligus menjadikan saya seorang
yang komited dan amanah terhadap tugas yang diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan buat
semua guru di SK Desa Tun Hussein Onn.

Kepada warga SK Desa Tun Hussein Onn terutamanya calon UPSR 2019,
berusahalah bersungguh-sungguh kerana setiap usaha yang berterusan akan diberikan
ganjaran yang setimpal dengannya. Dengan penuh rasa rendah diri, saya mewakili suara-
suara pelajar Tahun 6 ingin memohon maaf andai kata ada tersilap bahasa, terlanjur kata
dan menguris hati guru-guru. Semoga Visi dan Misi sekolah kita dapat dilaksanakan agar
dapat melahirkan modal insan kelas pertama pada masa akan datang.

Sebagai Ketua Pelajar sekolah ini, sukalah saya mengungkapkan “ Marilah kita
semua berganding bahu, bergengaman tangan, bangun dan maju, sederap, mara sepakat
mengukuhkan tekad dan azam demi menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dalam
usaha mengangkat martabat sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.”

Selamat Maju Jaya & Selamat Belajar.

Sekian, terima kasih.

Iman Darwisy bin Zaidi


Ketua Pengawas,
SK Desa Tun Hussein Onn.

Anda mungkin juga menyukai