Anda di halaman 1dari 1

KATA ALU-ALUAN

WAKIL PELAJAR TINGKATAN 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya mewakili murid-murid Tingkatan 5 , mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan
sepatah dua kata sempena majlis yang penuh bermakna ini. Saya amat bersyukur dan bangga
kerana berpeluang untuk bersama-sama di petang ini meneruskan tradisi sekolah yang gilang
gemilang Majlis Graduasi pada tahun ini.

Tuan-tuan , puan-puan dan rakan-rakan yang sama dihormati sekalian , sempena Majlis Graduasi
pada tahun 2019 ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan
terima kasih atas segala sumbangan guru-guru dalam mendidik kami semenjak hari pertama semasa
menjejakkan kaki di sekolah ini. Saya percaya segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang
diperoleh akan menjadi memori dan panduan dalam menjalani kehidupan kita pada masa hadapan.

Pada kesempatan ini juga ,kami merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan dan kesabaran
guru-guru mendidik kami. Terima kasih atas segala nasihat dan teguran yang diberikan untuk
kebaikan kami. Jasa dan perkhidmatan pada guru-guru curah kepada kami yang tidak mengenal erti
putus asa tidak akan kami lupakan.

Kepada sahabat yang bersama sama meniti liku-liku kehidupan sepanjang zaman persekolahan ini
akan menjadi kenangan manis dalam hidup kita. Segala bantuan dan sokongan anda selama ini akan
saya kenang. Kita selepas ini , mungkin membawa haluan masing-masing selepas hari ini , namun
sahabatku , pepatah agung menyatakan hilang di mata di hati jangan .

Akhir kata , selamat bergraduasi dan jumpa lagi.

Sekian,terima kasih

KHAIRUL FAKHRUSY SYAKIRIN

Anda mungkin juga menyukai