Anda di halaman 1dari 10

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul dan

bersua muka pada hari ini bagi merapatkan silaturrahim dan meraikan kemenangan kita

melawan hawa nafsu sepanjang sebulan Ramadhan yang telah lalu. 

Majlis Jamuan Hari Raya ini sebenarnya diadakan khusus bagi meraikan saki baki

syawal masih tinggal beberapa hari lagi untuk para murid, guru, staf mahupun pekerja

yang banyak membantu sekolah sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Justeru itu saya mewakili seluruh warga SK…LEBIR. mengalu-alukan kehadiran para

jemputan terutama …YDP (Sebut Nama), NYD, J kuasa PIBG, Jemputan-jemputan

Khas Penyelia Keselamatan dan Penyelia Kebersihan SK Lebir , seterusnya guru-guru

SKL, dan murid-murid yang yang dikasihi sekelian.


Hadirin Sekalian, tidak dinafikan bahawa kta semua sentiasa menjadi perindu kepada

kemeriahan sambutan hari raya semasa kecil dahulu. Kasih sayang ibu bapa serta

saudara mara di kala Aidilfitri menjelma. Kemeriahannya, keriuhannya dahulu sentiasa

menjadi kenangan manis buat kita semua.

Atas kesedaran dan keperluan ini maka pihak sekolah mengambil langkah menyambut

semua perayaan saudara mara budaya dan agama masyarakat Malaysia bagi

memberi impak kepada murid bahawa mereka sama sekali tidak disisihkan bahkan ada

ketika mereka mendapat perhatian yang lebih baik daripada kanak-kanak yang

bernasib baik tinggal bersama keluarga.

Hasrat murni pihak sekolah bagi menjadikan sekolahi ini se-selesa mungkin untuk

murid-murid akan tercapai sekiranya tidak disokong dengan peruntukan yang

mencukupi. Untuk itu marilah kita memberikan tepukan gemuruh kepada semua warga

SK……Lebir…. Dan pihak PIBG kerana telah berusaha sedaya upaya bagi mencari

jalan untuk menjayakan untuk program-program yang telah dirancang di sini.

Majlis yang berlangsung pada hari ini tidak menjanjikan satu acara gemilang ( grand).

Namun saya mengharapkan agar ia menjadi satu batu tanda persahabatan yang murni

dan kenangan Aidilfitri yang bermakna.

Akhir kata daripada saya, majlis kita pada hari ini tidak akan dapat dijayakan tanpa

penglibatan penuh dan bersungguh-sungguh warga SK…Lebir.. Sekalung penghargaan


dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan tungkus lumus

tuan puan sekalian.

Pantun

Ambil kain untuk mengelap,

kerana kopi tumpah dilantai;

Harap maaf salah dan silap,

ayuh menjamu selera beramai-ramai.

Sekian, terima kasih.

Selamat menjamu selera.

Selamat hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir batin.

BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN” dengan tagline sekolah “COMMITTED

TOWARDS EXCELLENCE”.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Yang Berbahagia Tuan-Tuan dan Puan-Puan,


Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin.
Saya sebagai wakil sekolah dengan sukacitanya ingin mengucapkan Selamat Hari
Raya Aidilfitri kepada semua pelajar dan guru-guru sekalian. Hari yang dinanti-
nanti telah tiba, hari yang penuh dengan kegembiraan dan sukacita.

Hari raya Aidilfitri merupakan suatu perayaan yang sangat penting dalam
kalangan umat Islam. Ia adalah hari yang dijadikan sebagai tanda syukur kita atas
segala limpahan rahmat dan keberkatan yang telah diberikan oleh Allah SWT. Ia
juga sebagai satu kesempatan untuk kita memaafkan dan memohon maaf antara
satu sama lain.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika ada sebarang
kesilapan atau kekhilafan yang telah saya lakukan. Saya juga ingin menyeru
kepada semua pelajar dan guru-guru agar dapat saling memaafkan dan memohon
maaf antara satu sama lain. Ini adalah satu-satunya cara untuk kita dapat
mempereratkan lagi hubungan kita dan membangun suasana yang harmoni di
sekolah kita.

Sekiranya ada di antara kita yang tidak dapat menikmati hari raya ini bersama
keluarga, saya ingin mengucapkan syukur kerana masih ada peluang untuk kita
dapat berada di sini bersama-sama. Saya berdoa agar Allah SWT melindungi kita
semua dari segala bahaya dan memberikan kita kebahagiaan serta kejayaan
dalam hidup kita.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua pelajar dan guru-guru sekalian. Saya berharap kita dapat
mengambil kesempatan ini untuk bermaaf-maafan dan mempereratkan lagi
hubungan kita. Terima kasih banyak-banyak.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Contoh Teks Ucapan Hari Raya Aidilfitri (2)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Yang Berbahagia Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin.
Saya dengan penuh kerendahan hati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitri kepada semua pelajar dan guru-guru sekalian. Hari yang dinanti-nanti
telah tiba, hari yang penuh dengan kegembiraan dan sukacita.

Hari raya Aidilfitri adalah hari yang sangat bermakna dalam kalangan umat Islam.
Ia adalah hari untuk merayakan kemenangan setelah sebulan penuh berpuasa. Ia
juga adalah hari untuk kita mengunjungi sanak saudara, berkumpul bersama
keluarga dan mempereratkan lagi hubungan sesama kita.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kita semua tentang
pentingnya menjaga tradisi dan adab semasa merayakan hari raya. Kita perlu
menghormati tetamu yang datang menjenguk, menghargai dan menghulurkan
tangan memohon maaf kepada keluarga dan sahabat-sahabat kita. Ini adalah
satu-satunya cara untuk kita mempereratkan lagi hubungan kita dengan mereka
yang tercinta.
Saya juga ingin menyeru kepada semua pelajar dan guru-guru agar dapat
bersama-sama menjadikan hari raya ini sebagai satu-satunya kesempatan untuk
kita memaafkan dan memohon maaf antara satu sama lain. Jangan biarkan ego
dan dendam menghalang kita dari mencapai keharmonian dalam hubungan kita.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua
pelajar dan guru-guru sekalian. Saya berharap kita dapat mengambil kesempatan
ini untuk bersama-sama merayakan kemenangan dan mempereratkan lagi
hubungan kita. Terima kasih banyak-banyak.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Yang Berbahagia Tuan-Tuan dan Puan-Puan,


Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin.
Saya dengan rendah hati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada
semua pelajar dan guru-guru sekalian. Hari yang dinanti-nanti telah tiba, hari
yang penuh dengan kegembiraan dan sukacita.
Hari raya Aidilfitri adalah hari yang sangat bermakna dalam kehidupan kita
sebagai umat Islam. Ia adalah hari untuk merayakan kemenangan setelah sebulan
penuh berpuasa dan menunjukkan kita telah dapat mengawal nafsu dan diri kita
sendiri. Ia juga adalah hari untuk kita menghargai keluarga, sahabat dan orang
yang kita sayangi.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kita semua tentang
pentingnya menjaga nilai-nilai dan adab-adab semasa merayakan hari raya. Kita
perlu menghormati tetamu yang datang berkunjung, menghargai dan
menghulurkan tangan memohon maaf kepada keluarga dan sahabat-sahabat kita.
Ini adalah satu-satunya cara untuk kita mempereratkan lagi hubungan kita
dengan mereka yang tercinta.
Saya juga ingin menyeru kepada semua pelajar dan guru-guru agar dapat
bersama-sama menjadikan hari raya ini sebagai satu-satunya kesempatan untuk
kita memaafkan dan memohon maaf antara satu sama lain. Jangan biarkan ego
dan dendam menghalang kita dari mencapai keharmonian dalam hubungan kita.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua
pelajar dan guru-guru sekalian. Saya berharap kita dapat mengambil kesempatan
ini untuk bersama-sama merayakan kemenangan dan mempereratkan lagi
hubungan kita. Terima kasih banyak-banyak.

Tangan dihulur maaf dipinta, Erat hubungan sesama kita, Semoga gembira di hari yang

mulia ini, Salah dan silap harap dimaafkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan
Batin. Yang jauh itu Waktu, Yang dekat itu Mati, Yang besar itu Nafsu, Yang berat itu

Amanah,

Sumber Asal : https://www.mysumber.com/ucapan-aidilfitri.html

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas

Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Sumber Asal : https://www.mysumber.com/ucapan-aidilfitri.html


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Yang dihormati barisan Penolong Kanan SK Kuala Kubu Bharu


Yang saya kasihi serta diraikan, barisan guru SK Kuala Kubu Bharu
Serta anak –anak didik SK Kuala Kubu Bharu yang cemerlang

Pertamanya, marilah kita melafazkan rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berada dalam majlis yang mulia ini dan kita dapat
bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat SK Kuala Kubu Bharu bagi
Tahun 2018, dalam suasana yang ceria, harmoni dan tenang. “GURU PEMACU
TRANSFORMASI PENDIDIKAN” itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini.

Menjadi contoh, mencurah ilmu,


Tak kenal lelah, tak tahu jemu;
Itulah cikgu, itulah guru,
Besar jasanya sejak dahulu.

Guru-guru yang dikasihi,


Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau
kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik
anak bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang
tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan
harapan dan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru
dalam menyumbang ke arah pembangunan potensi dan masa depan murid. Justeru,
amatlah wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi
kedudukan istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik
kita memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan
penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.

 Usman Awang pernah berkata,

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik
sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak
bangsa. Sejauh mana dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini benar-
benar menjadikan mereka insan yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia,
Berjaya dan cemerlang dalam kehidupan. Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas
yang sangat berat serta amanah yang sangat besar. Di tangan kitalah letaknya
kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan harapan mereka lebih utama
daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar.Kita sanggup
berkorban bukan sahaja dengan masa dan tenaga, malah dengan wang ringgit.

Gurindam Guru Sejati

Guru sejati muhasabah diri,


Bijak bertindak dan berdikari.

Guru sejati senyum mesra,


Sentiasa menggunakan budi bicara.

Senyuman dipapar menawan hati,


Tutur katanya penuh bererti.

Guru sejati guru berkualiti,


Gigih mengajar sepenuh hati.

Rela berkorban apa sahaja,


Kurang cakap banyak bekerja.

Guru sejati umpama lebah,


Menebar ilmu sabar tabah.

Membina, membentuk insan berakhlak


Gigih membimbing tak pernah jelak.
Marahnya sayang bencinya kasih,
Mulutnya manis hatinya bersih.

Guru sejati sentiasa proaktif,


Tenang tenteram berfikiran positif.

Guru sejati guru bestari,


Hidup bermotivasi jati diri.

Guru sejati berbudi bahasa,


Berkhidmat demi nusa dan bangsa.

Guru-guru SK Kuala Kubu Bharu yang dikasihi,

Hadiah sebesar gunung, saya tak punya.Tapi apa yang mampu saya beri hanyalah doa
kepada yang Maha Esa, agar cikgu diberi kesihatan yang baik, kesabaran dalam
mendidik anak-anak murid, keberkatan hidup, rezeki yang melimpah ruah dan keluarga
yang sejahtera.

Berilah keihklasan dalam menjalankan tugas.Nak kaya memanglah sukar, tapi nak jadi
jutawan akhirat, insya’Allah, saham besar terbentang luas di sana.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-
cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah  ini amat dihargai dan sangat
disanjung tinggi.

Anda mungkin juga menyukai