Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN GURU BESAR

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2016

Bismillahirrahmanirrahim….
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Terima kasih Pengacara Majlis,


Yang Berbahagia Tuan Haji Anuar bin Manap, Yang Dipertua PIBG Tn Hj Al
Faisal Bin Ali
Barisan Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru SKKKP, pelajar-pelajar yang
diraikan dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.

Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pada pagi yang penuh bermakna ini kita
dapat berkumpul bersama-sama bagi memberikan pengiktirafan kepada para
pelajar  yang telah memperoleh tahap pencapaian yang cemerlang khusus dalam
bidang kurikulum sepanjang tahun 2019.  Di samping itu juga, majlis pada pagi
ini turut meraikan majlis Graduasi Tahun 6 dan Murid Cemerlang Pra sekolah.
Sesungguhnya majlis indah yang telah disusun atur oleh pihak pengurusan
sekolah ini merupakan satu agenda pendidikan yang bertujuan untuk
menghargai kejayaan-kejayaan yang telah diperoleh para pelajar kita. Ucapan
syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis yang tentunya telah
berusaha dengan gigih supaya majlis ini akan berjalan dengan lancar dan teratur
seterusnya mencapai matlamatnya.  Kita sedar bahawa majlis seumpama ini
amat perlu dilaksanakan untuk memberi makna dan penghargaan kepada
kehidupan anak-anak generasi  pewaris  masa depan negara.  Saya juga
mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran tuan puan.  Saya
percaya kerjasama yang padu serta sokongan yang berterusan daripada ibu bapa
akan meningkatkan lagi semangat warga sekolah untuk terus mencatat kejayaan
yang membanggakan.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Sepertimana yang kita sedia maklum, keputusan UPSR 2019 akan diumumkan
pada 21 November ini, sudah tentu sedikit sebanyak akan menjadi satu debaran
yang besar khususnya pada anak-anak skktem apatah lagi guru-gurunya.
Insyaalh benih yang baik ditabur akan menghasilkan pulangan yang baik namun
segala – galanya adalah telah ditertulis oleh –NYA. Bagi saya anak2 bersama
guru2 skktem telah berusaha bersungguh-sungguh kearah keputusan yang
cemerlang.
Bagi anak2 tahun 6 kamu semua akan menempuhi satu dunia yang baharu.
Dunia alam remaja yang penuh dengan cabaran sebagai generasi yang akan
membentuk negara pada mada akan datang. Jadilah pelajar yang mempunayai
sikap yang berkemahuan untuk terus belajar serta ingatlah dengan pendidikan
kita mampu berubah dan dengan pendidikan juga kita meletakkan diri dihormati
orang. Walaupun ada wang menggunung belum pasti dapat meletakkan diri kita
sebagai orang yang berjaya.Ingatlah perjalanan anak2 sekelian masih jauh pt3,
spm, bidang kemahiran TVET, Diploma, Ijazah dan sebagainya sedang
menanti, jangan sia-siakan waktu akan berlalu. Ibu-bapa kamu sentiasa
menyokong demi kejayaan kamu

Hadirin Yang Sy Hormsti Sekelian


 Sekalung tahniah juga untuk semua guru yang telah bekerja keras demi
menyediakan dan menyampaikan pembelajaran yang berkualiti supaya pada
akhirnya pelajar yang menerima pembelajaran di sekolah ini dapat
menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara seterusnya mampu
menjadi insan yang cemerlang dan dapat membangunkan negara sejajar dengan
kehendak semasa pada masa akan datang. Syabas diucapkan kepada semua guru
yang sememangnya tidak pernah jemu dan sentiasa bekerja keras untuk
melaksanakan perubahan dan pendekatan baharu dalam sistem penyampaian
pengajaran dan pembelajaran untuk menggembleng bakat dan potensi pelajar
secara optimum.  Syabas juga kepada ibu bapa kerana turut memainkan peranan
penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka.  Namun demikian ,
pada hemat saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri pelajar itu
sendiri agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi
sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan.

Para hadirin sekalian,

Sebagaimana yang telah saya nyatakan di awal tadi bahawa majlis ini
merupakan satu pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya .  Oleh itu, saya
mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari
ini.  Saya berharap agar kejayaan para pelajar ini akan berterusan dan akan
menjadi pembakar semangat kepada para pelajar yang lain untuk sentiasa
mempunyai sikap daya saing untuk mempertingkatkan mutu pemcapaian
mereka dalam bidang akademik bahkan dalam bidang kokurikulum juga.  Bagi
pihak sekolah, saya mendoakan agar pelajar-pelajar akan terus melakar
kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri, keluarga , sekolah,
masyarakat, bangsa dan negara.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua
penerima anugerah dan terima kasih daun keladi kepada jawatankuasa Hari
Anugerah Cemerlang dan Graduasi 2017 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala
Pajam. Terima kasih juga kepada En Norazi Pegawai SIP+ yang dapat
mrluangkan masa bersama kita pada hari in, tidak lupa juga kepada YDP PIBG
Tn HJ Al Faisal kerna telah meluluskan sumber kewangan dalam membantu
menjayakan majlis kita pada hari ini Kepada tetamu dan hadirin, sokongan tuan
puan akan dikenang sampai bila-bila.
Pohon sirih pohon selasih

Tumbuh merimbun di hujung laman

Kalungan budi junjungan kasih

Kekal cemerlang sepanjang zaman

Di waktu pagi berlagu nazam

Girangnya rasa si anak dara

Warga SKKTEM teruskanlah  azam

Binalah bangsa bangunkan  negara

Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum
warahmatullahi wabaratuh.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Anda mungkin juga menyukai