Anda di halaman 1dari 7

KATA-KATA ALUAN

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Tahniah diucapkan di atas penerbitan majalah MERCU 2011 Sekolah Menengah


Kebangsaan Seri Ampangan. Sesungguhnya penerbitan majalah ini akan dapat meningkatkan
lagi kecemerlangan sekolah khasnya dalam bidang penulisan dan penerbitan.

Penerbitan MERCU 2011 ini bukan sahaja dilihat sebagai usaha untuk
mendokumentasikan segala aktiviti dan pencapaian sekolah di sepanjang tahun, malah sebagai
instrument yang boleh digunakan untuk menilai sumbangan setiap pihak di sekolah dalam
merealisasikan visi dan misi SMK Seri Ampangan.

Saya amat yakin dan percaya bahawa SMK Seri Ampangan akan meneruskan
kecemerlangannya dan mampu melahirkan generasi modal insan yang berminda kelas
pertama dan menjadi kebanggaan negeri dan negara.

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada Sidang Pengarang MERCU 2011 yang telah
berusaha dan bekerja keras bagi menjayakan penerbitan majalah ini. Semoga SMK Seri
Ampangan terus menjadi contoh terbaik dalam memenuhi agenda pendidikan negara.

Selamat Maju Jaya,

DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN


MENTERI BESAR
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada sidang redaksi MERCU kerana sudi memberi saya peluang
mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini dan syabas diucapkan kerana berjaya
menerbitkan majalah MERCU Edisi ke-23.

Saya percaya penerbitan majalah ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi
semua warga sekolah terhadap kejayaan sekolah. Segala apa yang dilakukan, hendaklah
dilakukan dengan penuh dedikasi. Hal ini merupakan faktor utama bagi mencapai kejayaan
yang merupakan harapan dan impian setiap individu.

Sesungguhnya, tidak ada jalan pintas kearah mencapai kejayaan melainkan dengan
bekerja keras. Saya percaya kesungguhan menuntut ilmu pengetahuan dan penguasaan
kemahiran akan mendorong pelajar untuk menjadi warga sekolah yang membanggakan.
Pendek kata, gunakan peluang pembelajaran di sekolah sebagai peluang untuk menerokai
potensi anda ke tahap samaksimum yang mugkin.

Akhir kata, saya berharap agar usaha untuk menerbitkan majalah seumpama ini setiap
tahun akan terus dilaksanakan dan sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat
dalam menjayakan penerbitan majalah ini kerana tanpa usaha dan komitmen adalah sukar
untuk kira mencapai kejayaan dalam apa jua bidang.

Sekian, terima kasih.

MOHD SAH BIN ZAINAL ABIDIN


PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SEREMBAN
PEJABAT PELAJARAN DAERAH SEREMBAN.
KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya saya dapat merakamkan sepatah
dua kata di dalam majalah MERCU ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang
Redaksi MERCU kerana telah Berjaya menerbitkan majalah MERCU dengan lebih berkualiti
dan cemerlang. Semoga segala pencapaian akademik dan kokurikulum, hasil karya serta
peristiwa penting yang diabadikan di dalam majalah ini akan menjadi nostalgia untuk tatapan.

Dunia pendidikan masa kini semakin mencabar. Cabaran globalisasi dan liberalisasi
yang didasari arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang pantas memaksa
semua warga pendidikan menguasai ilmu dan kemahiran yang tinggi untuk terus kekal dan
maju. Para pelajar bukan sahaja dididik untuk mencapai prestasi akademik yang cemerlang,
bahkan mereka juga hendaklah dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran untuk
mengendalikan diri dan emosi yang betul supaya dapat mencapai prestasi diri yang
membanggakan.

Saya percaya sekolah ini juga, telah mengambil langkah-langkah aktif dan proaktif
untuk mendedahkan para pelajar kepada pengalaman pembelajaran yang berkesan dan
seterusnya dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkebolehan dan
berketerampilan selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan
modal insan kelas pertama.

Akhir kata, saya doakan semoga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan akan
terus melahirkan murid-murid yang cemerlang, bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga
dalam bidang kokuriulum pada masa akan datang.

Salam hormat.

TUAN ABDUL HALIM BIN ABDUL RAZAK


PENGARAH PELAJARAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum w.b.t. , Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia.

Sekalung tahniah dan syabas kepada sidang redaksi MERCU bersama-sama guru
penasihat kerana telah berjaya menerbitkan majalah sekolah edisi ke-23. Kerjasama dan
gabungan idea serta usaha yang berterusan antara pelajar dan guru merupakan suatu budaya
yang baik dan perlu dijadikan landasan untuk mencipta pelbagai kejayaan lain pada masa
hadapan.

MERCU merupakan salah satu khazanah sekolah justeru menjadi sumber rujukan bagi
warga sekolah serta alumni. Majalah ini memuatkan pencapaian dan kejayaan sekolah
sepanjang tahun lalu dalam bidang akademik, sahsiah serta kokurikulum.

Bagi mencapai matlamat sebagaimana terkandung dalam misi dan visi sekolah,
pelbagai program telah dilaksanakan khususnya yang menjurus kepada pembentukan dan
penyuburan intelek, rohani, jasmani dan emosi para pelajar SMKSA selaras dengan wawasan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Akhir kata, saya berharap agar prestasi kecemerlangan yang dicapai dapat dikekalkan
malah dipertingkat lagi.

Sekian, terima kasih.

DATIN SRI HAJAH ROHAYAH BINTI HARUN


PENGETUA
SMK SERI AMPANGAN
KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt atas limpah kurnia-Nya yang telah
memberi kesempatan kepada saya untuk menitip sesuatu di dalam majalah ini. Syabas dan
tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi yang telah berjaya menghasilkan sebuah lagi
majalah MERCU edisi ke-23. Pada hemat saya, usaha ini amat bermakna sekali. Saya percaya
melalui majalah ini, kita dapat melahirkan pelajar yang kreatif, proaktif, berpandangan jauh
serta mampu menghadapi cabaran pada masa akan datang demi diri sendiri, masyarakat,
negara dan bangsa.

Melalui penghasilan majalah ini, hubungan silaturrahim dapat dieratkan sesama


pelajar. Pelajar dapat mengenali orang sekeliling dengan lebih mendalam lagi. Gabungan idea
dan usaha gigih telah menunjukkan kerjasama antara ahli kumpulan sehinggalah majalah ini
dihasilkan dengan jayanya. Hubungan ini amat penting, wajar disemai dan seterusnya
dikembangkan.

Umpamanya, kita tidak akan berjaya menghasilkan pencapaian akademik yang luar
biasa tanpa adanya kerjasama dan hubungan silaturrahim yang erat antara para pelajar, tenaga
pengajar dan juga ibu bapa. Oleh itu, hubungan ini sewajarnya diteruskan para pelajar setelah
menamatkan pengajian di SMKSA agar mereka dapat saling membantu dan bekerjasama
untuk mencapai matlamat bersama.

Akhir sekali, saya mewakili PIBG SMKSA ingin mengucapkan jutaan terima kasih
atas kesempatan ini. Saya berharap agar pihak pengurusan dan para pendidik di SMKSA akan
terus gigih mendidik anak-anak agar aspirasi yang dicita-citakan akan tercapai dan seterusnya
melahirkan generasi yang menjadi kebanggaan negara dan bangsa.

Sekian, terima kasih.

EN. ASLAM BIN NAWABDIN


YDP PIBG
SMK SERI AMPANGAN
KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada warga SMK Seri Ampangan.

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana pada tahun ini, sekali lagi
Majalah MERCU telah dihasilkan dengan jayanya.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada sidang redaksi kerana memberi saya peluang untuk memberikan sepatah dua kata
dalam majalah ini. Jutaan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi MERCU bersama-sama
guru penasihat serta semua pihak yang terlibat kerana telah berusaha bersungguh-sungguh
dalam usaha menghasilkan majalah ini.

Sepanjang tahun ini, pelbagai peristiwa telah berlaku. Sama ada peristiwa manis atau
pahit telah kita lalui bersama. Terdapat juga peristiwa yang mengharumkan nama sekolah
terutama dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sama ada di peringkat daerah, negeri, dan
kebangsaan. Hal ini demikian kerana warga SMK Seri Ampangan sentiasa berusaha dengan
gigih dan tidak mudah putus asa dalam usaha mencapai kejayaan. Sifat-sifat warga SMK Seri
Ampangan amat bertepatan dengan slogan sekolah iaitu “KEJAAYAN MERCU
KEGIGIHAN”.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, sekolah ini tidak pernah putus atau sepi dalam
menerima pelbagai anugerah dan menerima lawatan tetamu dari pelbagai tempat sama ada
dari dalam mahupun luar negara. Oleh itu, semua peristiwa dapat dirakam dalam majalah
kebanggaan kita ini.

Saya juga berasa bangga menjadi warga SMK Seri Ampangan kerana para pelajarnya
bukan sahaja berbakat dalam pelbagai bidang malah cemerlang dari segi akademik,
kokurikulum dan sahsiah diri. Hal ini demikian kerana keberkatan dan doa para guru yang
seiring dengan kesungguhan para pelajarnya. Saya yakin bahawa SMK Seri Ampangan akan
terus melahirkan insan yang berilmu, cemerlang akhlak dan cemerlang akademik pada masa
depan.

Sekian, terima kasih.

AMEER FARIS BIN AMEER SHARIFFUDDIN


KETUA PEMIMPIN PELAJAR
SMK SERI AMPANGAN
KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya


Majalah MERCU edisi ke-23 ini dapat disempurnakan. Penyempurnaan majalah ini telah
berjaya membuktikan bahawa semangat, kesungguhan, iltizam dan dedikasi yang jitu dalam
usaha pendokumentasian peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2011.

MERCU kini sudah berusia 23 tahun. MERCU diwujudkan khusus untuk para pelajar
dan guru mengimbau dan mengenang kembali kenangan manis ketika di SMK Seri
Ampangan. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada guru penasihat penerbitan majalah sekolah Pn. Raba’a bt Arshad. Tidak lupa
juga ribuan terima kasih kepada ahli Sidang Redaksi MERCU yang membantu meringankan
kerja-kerja pembikinan majalah MERCU edisi ke-23. Selain itu, terima kasih juga kepada
seluruh warga SMK Seri Ampangan yang memberi kerjasama dan dorongan secara langsung
atau tidak langsung.

Akhir kalam, saya berharap agar penerbitan majalah ini akan memberi satu impak
kepada satu usaha yang murni dalam memberi warga SMK Seri Ampangan warga yang
dihormati dalam segala aspek kehidupan di dunia dan di akhirat. Semoga majalah ini akan
menjadi wadah ilmu dan titian penghubung kepada generasi yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

LIYANA FARIDAH BINTI KHAIRROUL NORSAIDI


KETUA EDITOR
MERCU EDISI 2011

Anda mungkin juga menyukai