Anda di halaman 1dari 5

Teks Ucapan Perasmian Majlis Anugerah Kokurikulum Kali ke-22/2018

Alhamdulillah hirabbil alamin wassalatu wassalamu ala ashrafil ambia


iwalmursalin waala alihi wasahbihi ajmain dan salam sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis.

Yang dihormati,
Barisan Penolong Kanan,
Guru-guru Kanan Bidang,
Guru-guru,
dan
Semua murid yang saya kasihi.

Assalamualaikum
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Sebagai mukadimah, marilah kita semua memanjatkan rasa
syukur kepada Pencipta kita kerana diberi kesempatan untuk
meraikan dan seterusnya memeriahkan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Kokurikulum kali Ke-22 ini.

Hadirin yang dihormati,

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum pada hari ini


diadakan khusus untuk memberi pengiktirafan kepada setiap
1
murid mahupun para guru yang telah banyak menyumbang bakti
dan tenaga dalam mengharumkan nama sekolah secara amnya.
Sesungguhnya, kejayaan anda semua pada hari ini sangat
penting dalam melahirkan generasi pewaris masa depan yang
berkualiti dan berkaliber.

Semua warga sekolah yang dikasihi,

Penglibatan aktif dalam kegiatan kokurikulum merupakan satu


kaedah signifikan untuk membina peribadi mulia dalam kalangan
murid sekolah. Misalnya melalui latihan yang bersepadu
merangkumi minda, fizikal, emosi dan faktor-faktor lain sama ada
dalaman atau luaran akan membentuk seseorang murid patuh
dengan aturan dan secara tidak langsung mendidik pelajar agar
berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan membina jati
diri ke arah kepimpinan. Kegiatan kokurikulum bukan sahaja
bertindak sebagai satu platform untuk mencungkil bakat murid
yang berpotensi malahan bertujuan untuk menyedarkan semua
golongan akan kepentingannya kepada kesejahteraan mental dan
fizikal. Sementara itu, melalui kegiatan kokurikulum juga dapat
membentuk perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan
murid yang berbilang kaum, budaya dan kepercayaan.
Seterusnya dapat mengeratkan silaturahim antara semua murid
yang bertanding.

2
Anak murid sekalian,

Kemaslahatan kokurikulum dalam melahirkan murid yang


seimbang dan kamil sudah pasti tidak dapat dinafikan.
Tambahan pula, pengambilan murid ke Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengambil
kira 90 peratus markah akademik dan 10 peratus kokurikulum.
Hal ini menunjukkan bahawa para murid perlu mempunyai
keseimbangan antara kecemerlangan akademik dengan
kokurikulum. Oleh itu, Majlis Anugerah Kecemerlangan
Kokurikulum yang dianjurkan setiap tahun di sekolah membuka
peluang kepada semua murid agar dapat meningkatkan
keupayaan diri untuk terus maju dan seterusnya menjadi modal
insan kelas pertama yang diimpikan oleh negara kita.

Para guru dan murid yang disayangi,

Di sini, saya ingin menarik perhatian hadirin sekalian tentang


cerita seorang belia yang berjaya dalam kariernya sebagai ahli
sukan, namun berjaya dalam akademiknya juga.

3
Ibu beliau merupakan seorang guru sekolah, manakala ayahnya
pula merupakan seorang jurutera yang juga aktif dalam
permainan bola sepak pada suatu ketika dahulu.

Semasa di bangku sekolah, ahli sukan ini selalu memperoleh


keputusan yang cemerlang di sekolah. Beliau pernah menjadi
pelajar terbaik dalam mata pelajaran Matematik. Malah bercita-
cita ingin menjadi seorang jurutera seperti ayahnya juga.
Semasa peperiksaan PMR, beliau memperoleh 7A, begitu juga
dalam peperiksaan SPM semasa menuntut di Sekolah Convent
Green Lane, Pulau Pinang. Kemudian beliau melanjutkan
pengajiannya di University of Nottingham.

Kini, namanya dijulang di negara kita mahupun di seluruh dunia.

Murid yang dikasihi sekalian,

Siapakah ahli sukan berjaya yang saya ceritakan ini? Lahir di


Pulau Pinang, bermain squasy. Siapa? Ya, sudah tentu
jawapannya ialah Datuk Nicol Ann David.

4
Anak-anak yang disayangi,

Mesej saya melalui cerita di atas tadi ialah seseorang murid tidak
akan berjaya dalam hidup jika hanya menumpukan 100% dalam
akademik semata-mata. Sebaliknya mereka harus mencapai
keseimbangan dalam bidang akademik dan bidang kokurikulum
sekali gus. Jadi, saya ingin menyeru kepada para murid agar
menjadi seorang murid yang seimbang mulai hari ini.

Akhir kata, saya mendoakan agar semua murid yang mengambil


bahagian dalam karnival kokurikulum ini diberikan kesejahteraan
dan kesihatan yang baik untuk terus maju dalam semua
lapangan. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk
mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah
kerana berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan
Kokurikulum tahunan ini.

Dengan itu, saya dengan lafaz Bismillahirahmanirahim


merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum kali
ke-22 pada tahun 2018.

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum


warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai